Macam Mana Nak Dapat Google Sitelinks
Blog Tutorial

Macam Mana Nak Dapat Google Sitelinks

Sebelum tidur malam tadi tersangkut dengan perbincangan mengenai Google Sitelinks di Twitter.

Sitelinks adalah link yang terdapat dibawah nama blog yang muncul di laman Google  hasil  dari carian .  Dulu kami panggil Google Authority Listing.  Minimum sitelinks adalah 3.   Biasanya saya mendapat 4 sitelinks tetapi semalam tanpa sebab saya lihat ada 8 sitelinks.

Nak faham lebih lanjut,  taip kujie kat google.com.my atau sesiapa saja yang anda inginkan.  Diri sendiri pun boleh.

Macam mana boleh dapat Sitelinks tersebut?


Dalam Webmaster Help Center, Google  tulis

“We only show sitelinks for results when we think they’ll be useful to the user. If the structure of your site doesn’t allow our algorithms to find good sitelinks, or we don’t think that the sitelinks for your site are relevant for the user’s query, we won’t show them.”

Google Sitelinks akan diberi  secara automatik  dan  kalau rajin pergi baca kat Webmaster Sentral Blog.   Saya tak berapa pandai nak translate dan menerangkan sesuatu yang terlalu teknikal.

Secara umumnya sesuatu laman web menerima Sitelinks  bergantung pada senibina dalaman  laman web anda sendiri.  Susun atur yang kemas dan fokus anda kepada penggunjung.  Faham ayat Google, useful to the user .

Tips asas seperti daftar blog ke search engine, kandungan blog yang berkualiti ( bukan duplicate entri ) , trafik ( Search Engine & Organic  atau Unique visitor   ) , Alexa Ranking, Google PageRank dan susun atur kekemasan sesebuah blog sudah berkali² dibincangkan.

Hari ini saya nak berkongsi 4 tips ( sebenarnya banyak ) untuk mendapatkan pengiktirafan Google.

  1. Google Webmaster Tools Google Webmaster membantu anda untuk meningkatkan dan memahami blog, mengetahui sumber dan data mengenai pengunjung dan menyemak SEO yang berkaitan tentang blog sendiri.
  2. Buang Broken Links –  Buang Crawl Errors ( Error 404 – page not found ) yang terdapat di dalam  Google Webmaster . . Ikuti beberapa cara untuk menbersihkan Error 404 di sini – Cara clearkan Crawl Error. Saya guna Plugin Broken Link Checker
  3. Backlink –  Internal link dan external link.  Internal link adalah backlink dari blog kita sendiri kepada entri di dalam blog yang sama. Setiap kali menulis entri, buatlah intenal link  dengan anchor link yang sesuai kepada entri yang berkaitan untuk mendapatkan pageview kepada sesuatu keywords. External link adalah link daripada blog lain – berilah backlink pada ‘nilai’ yang sepatutnya.  Blog yang bagus mempunyai Internal Link lebih banyak dari External Link.
  4. Homepage Links – Daripada letak widget warna warni sehingga mengganggu pengunjung untuk membaca entri, lebih baik letakkan beberapa anchor link entri yang kita target. 5 daripada 8 link pada widget ” Ingin Tahu ” terdapat pada Google Sitelinks.  Saya tak guna plugin, tetapi link secara manual dan ubah setiap 2-3 bulan sekali.  Target yang berbeza untuk dapatkan Sitelinks berbeza.

Mengikut entri terbaru Ariff – Mana Perginya Sitelinks Itu?

Aku rasa betullah teori aku sebelum ni, kalau tukar theme, site structure atau reka bentuk blog berubah dan sitelinks yang telah diberikan oleh Google hilang serta merta.

Saya bertukar theme paling kerap .   Apa yang saya buat adalah pastikan theme tersebut mempunyai link navigation yang baik,  Homepage Links yang tidak berubah  dan letak  Google Webmaster verification code sebelum sesuatut theme di aktifkan.

p/s – biarlah kita diam-diam berisi – baca sana sini kutip ilmu

©kujie – tak berapa rajin nak buat entri macam ni…kena research sana sini, kena belek² entri lama.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

83 thoughts on “Macam Mana Nak Dapat Google Sitelinks

  1. penat mcm nak muntah..buang crawler errors tu….kadang2 buang sikit2…tapi hari tu kak jie resubmit sitemap – boleh hilang

    pagerank dan sitelinks tu ada banyak sebab, hanya google je tahu.

  2. tengok Sitelinks Yan semua drama tv..wah mesti penonton drama ni. Saya ni nak tengok habis sesuatu drama tu tak pernah..sekali tengok awal, tengah & hujung….tak sabar cari je kat youtube 😆

    rasa mcm malas dah nak tukar theme… cerah gini dah ok
    senang mata tua nk nak mengadap 😆

  3. lambat tak pa… tulisan tak hilang selagi boleh akses blog 😆

    kadang2 kita tak serasi dgn cara penyampaian blogger lain, kita faham kalau blogger lain pula yang terang.. lagi pun kadang2 tak payah faham sangat – buat saja

    lepas tu dendiam ada hasilnya. 😆

  4. kak jie mana risau..ada ke tidak
    sentiasa awek muda gitu..hehehe

    blogging for fun – hidup yang sedap dan simple 😆

  5. memang den ni tak paham pasal blogging ni …hahahaha…main triu2 jer…abis la kena gelak dek orang kalau cham gini …(tutup muka ngan tudung saji)…

  6. hmmm.. banyak sungguh teknikal yang nak kena tau bila berbelogging ni ….baju jer nak berjinak2….nak kena datang selalu rumah kujie ni…izinkan saya tompang lalu mintak ilmu seket yea…hehehe….

  7. stakat ni umur domain kebanyakan memang dah lebih 5 tahun, dan kebanyakannya memang akan expired lambat lagi.

    Tapi rasanya umur domain tak memainkan peranan besar, sebab ada gak domain yang baru, tetapi dapat gak sitelinks ni, sebab saya pernah tgk ada domain yang baru 6bulan dah dapat, masih belajar lagi apa rahsia sebenar, sebab stakat ni takder siapa yang bebetul tahu bagaimana google anugerahkan sitelinks ni secara tepat.

    So kaji banyak sumber, dan cuba semua yang berkaitan, termasuk yang kak jie kongsikan di sini 😀

  8. terima kasih atas tips ni..
    saya dah buang crawler errors tu
    dah lama dah saya nak buang tapi tak reti
    sebab tu tak dpt Page Rank lagi dan sitelinks hehe

  9. 8!! hehe.. kite nie satu pun tarak lagi.. kena berguru bebyk lagi ngan kak jie nie.. haish! kak jie bila nak online YM?

  10. Salam,

    memang setuju, dulu pernah dtg siteink 2 kali tp dua kali tu jugak google tarik balik sebab tukar themes.

    lah nie dpt balik harap2 kekal dan themes pun xde lagi rasa nk tukar, klu tukar memang sitelink tu hilang blk 😆

    now kalau teringin nk guna kaler lain tukar kaler je kt css tp struktur blog masih di kekalkan :mrgreen:

  11. Entri macam ni penat nak di siapkan…ambil masa 2-3 jam . Biasanya buat sikit, save…nanti sambung balik…save 😆
    sebab entri macam ni kena buka banyak link untuk rujukan

  12. masuk blog kak jie..banjyak tips yg di beri,,
    kekadang kene baca ulang2 kerana memahami lebih baik dr bertanya banyak kali…

    tp kekadang still gak takpaham..huhuhu
    sedih tul la sumi nie..lambat tangkap..hehehe

  13. Kak Jie dah ada Sitelinks ni sejak 2 tahun dulu tapi kadang² ada juga masanya tak ada – mungkin masa tu Google sedang kemaskini sistem

  14. conoth structure blog – loading time, page index , meta tag, meta description, H1 tag, H2 tag, Alt image tag , page rank flow – yang simple2 je…ni asas

  15. ada banyak tips..mulakan dengan asas dulu
    contoh – register blog pada search engine, ambil masa untuk hasilkan entri yang bagus

  16. sebenarnya ada banyak sebab dan kriteria yang diambil oleh google, macam2 – apa yang kak jie beri kat sini hanya sebahagian… search saja kat google – ada banyak maklumat

    google boleh kesan entri duplicate – jadi dia boleh tau laman web mana yang ‘smart’ 😆

  17. thanks kak jie…mlm nie nak baca balik entry kak jie ni..harap2 internet takder masalah..

  18. Memang tabik ngn kak jie…

    terima kasih kak jie bercerita pasal sitelinks ni..maknanya..lebih bagus kalau kita daftar blog kite di webmaster tools dulu ek?

    masih belajar dan terus belajar…

    pssst…perasan tak, banyak kali kak jie sebut pasal kandungan entri berkualiti bukan duplicate dalam blog ni… 🙄

  19. aduhaiii… sebenarnya maza hanya tahu menulis di blog aje.. bab2 yg lain memang maza lemah dan tak tahu pun.. huhuhu

  20. terima kasih kak jie sebab berkongsi… setakat ni memang tak pernah merasa lagi sitelinks kat mana-mana website saya. Mungkin lepas ni boleh cuba untuk dapatkan sitelinks plaks. 🙂

  21. pasal nk letak Google Webmaster verification code tu yg selalu terlupa bila tukar theme 😆
    terima kasih kakjie. ada beberapa tips yg boleh sy cuba 😉

Comments are closed.