Macam Mana Nak Dapat Google Sitelinks
Blog Tutorial

Macam Mana Nak Dapat Google Sitelinks

Sebelum tidur malam tadi tersangkut dengan perbincangan mengenai Google Sitelinks di Twitter.

Sitelinks adalah link yang terdapat dibawah nama blog yang muncul di laman Google  hasil  dari carian .  Dulu kami panggil Google Authority Listing.  Minimum sitelinks adalah 3.   Biasanya saya mendapat 4 sitelinks tetapi semalam tanpa sebab saya lihat ada 8 sitelinks.

Nak faham lebih lanjut,  taip kujie kat google.com.my atau sesiapa saja yang anda inginkan.  Diri sendiri pun boleh.

Macam mana boleh dapat Sitelinks tersebut?


Dalam Webmaster Help Center, Google  tulis

“We only show sitelinks for results when we think they’ll be useful to the user. If the structure of your site doesn’t allow our algorithms to find good sitelinks, or we don’t think that the sitelinks for your site are relevant for the user’s query, we won’t show them.”

Google Sitelinks akan diberi  secara automatik  dan  kalau rajin pergi baca kat Webmaster Sentral Blog.   Saya tak berapa pandai nak translate dan menerangkan sesuatu yang terlalu teknikal.

Secara umumnya sesuatu laman web menerima Sitelinks  bergantung pada senibina dalaman  laman web anda sendiri.  Susun atur yang kemas dan fokus anda kepada penggunjung.  Faham ayat Google, useful to the user .

Tips asas seperti daftar blog ke search engine, kandungan blog yang berkualiti ( bukan duplicate entri ) , trafik ( Search Engine & Organic  atau Unique visitor   ) , Alexa Ranking, Google PageRank dan susun atur kekemasan sesebuah blog sudah berkali² dibincangkan.

Hari ini saya nak berkongsi 4 tips ( sebenarnya banyak ) untuk mendapatkan pengiktirafan Google.

  1. Google Webmaster Tools Google Webmaster membantu anda untuk meningkatkan dan memahami blog, mengetahui sumber dan data mengenai pengunjung dan menyemak SEO yang berkaitan tentang blog sendiri.
  2. Buang Broken Links –  Buang Crawl Errors ( Error 404 – page not found ) yang terdapat di dalam  Google Webmaster . . Ikuti beberapa cara untuk menbersihkan Error 404 di sini – Cara clearkan Crawl Error. Saya guna Plugin Broken Link Checker
  3. Backlink –  Internal link dan external link.  Internal link adalah backlink dari blog kita sendiri kepada entri di dalam blog yang sama. Setiap kali menulis entri, buatlah intenal link  dengan anchor link yang sesuai kepada entri yang berkaitan untuk mendapatkan pageview kepada sesuatu keywords. External link adalah link daripada blog lain – berilah backlink pada ‘nilai’ yang sepatutnya.  Blog yang bagus mempunyai Internal Link lebih banyak dari External Link.
  4. Homepage Links – Daripada letak widget warna warni sehingga mengganggu pengunjung untuk membaca entri, lebih baik letakkan beberapa anchor link entri yang kita target. 5 daripada 8 link pada widget ” Ingin Tahu ” terdapat pada Google Sitelinks.  Saya tak guna plugin, tetapi link secara manual dan ubah setiap 2-3 bulan sekali.  Target yang berbeza untuk dapatkan Sitelinks berbeza.

Mengikut entri terbaru Ariff – Mana Perginya Sitelinks Itu?

Aku rasa betullah teori aku sebelum ni, kalau tukar theme, site structure atau reka bentuk blog berubah dan sitelinks yang telah diberikan oleh Google hilang serta merta.

Saya bertukar theme paling kerap .   Apa yang saya buat adalah pastikan theme tersebut mempunyai link navigation yang baik,  Homepage Links yang tidak berubah  dan letak  Google Webmaster verification code sebelum sesuatut theme di aktifkan.

p/s – biarlah kita diam-diam berisi – baca sana sini kutip ilmu

©kujie – tak berapa rajin nak buat entri macam ni…kena research sana sini, kena belek² entri lama.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

83 thoughts on “Macam Mana Nak Dapat Google Sitelinks

  1. bos pun dah ada sitelinks..hehehe..tak tau macam mana la blog kurang pelanggan bos ni leh dapat..tapi bab2 godek2 dalaman blog bos suka.. 😈 😈

  2. Salam…terimakasih kerana berkongsi

    Betullah tu…skrg ni saya pun ada 1K+ error, kebanyakkannya dari link wpmp_switcher=mobile
    rasanya sebab guna plugin mobile web…sekarang dah uninstall plugin tu

    rasa tak best tgok error bertambah²

    kira otai ni kalau dah ada 8 sitelink

  3. Betul tu Zil, sebab aku pnya blog walaupun dah lapan bulan umurnya tapi yang betul jalan dalam 5 blan je, tapi dapat full site link..
    tu yang keliru tu

  4. Salam semua,
    jumpa blog ni masa tengah cari pasal site link ni, dan faktor yang mempengaruhinya,
    tentang error 404 tu saya rasa tak mempengaruhi, sebab saya punya error lebih dari 1k dan stil dapat 8 site link,
    yang pasti saya masih lagi buntu pasal ni…,
    tapi poin lain saya rasa betul,
    dan saya tak pernah fix error to sebab tak tahu macam mana
    saya memang baru lagi dalam blogging ni 😀

  5. Dari pengalaman saya, Google Sitelinks terbina sendiri apabila kita membuat ‘easy link navigation’ seperti pengguaan kategori, tags, pages. Setiap satunya berkait antara satu sama lain. A chain reaction.

    Walaupun theme kerap bertukar tapi apabila kita letakkan categories, pages dan tags di tempat yang Google bots boleh sampai, pastu kedudukan categories, tags dan pages tu jarang diubah dalam tempoh 45 hari, maka Google akan mengambil kira itu sebagai asas untuk membina Sitelinks bagi membantu pengguna mencari maklumat berguna di search engine result page.

    Jika diperhatikan, cara Google membina Sitelinks untuk sebuah blog dari platform Blogger adalah amat berbeza dengan sebuah blog menggunakn WordPress, terutama WordPress 3.0

    Kedua-dua blogging theme ni adalah search engine friendly tapi WordPress mempunyai coding system teratur yang membantu Google Bots memahami struktur blog tersebut lebih pantas daripada memahami struktur Blogger.

    Jika Anda menggunakan WordPress dan mahu Google cepat membina Sitelink untuk blog Anda, enable kan fungsi permalink dan tukar menjadi ‘http://domain name/post name.html sahaja’.

    Banyakkan ruang ‘Pages’ kemudian banyakkan link ke Pages tu dari internal posts sebagai langkah untuk memberitahu Google Bots blog Anda ada Pages yang berinformasi..cara ni berkesan untuk membina Sitelinks untuk blog dari platform Blogger.

    Setakat ni, cuma 2 platform tu saja yang saya kaji.

    Moga penerangan ini membantu..
    Jom terjah post menarik dari ShueQry ..Bila Cinta – 5 Tip Bagaimana Untuk Mempamerkan Rasa Sayang Pada PasanganMy Profile

  6. tulah kakjie, sitelink tu dia amik dr post popular views kot, sbb yan perasan sitelink tu 6 dari post popular views 😆

    pasni ramailah pengarah nk dtg merisik suh entrykan pasal drama…ehehee 😆

  7. kalau tak silap, memang ada sebab kenapa namanya dulu dipanggil Google Authority Listing. Itu menunjukkan sesuatu laman/domain itu dah ada authority bagi nama domain yang dipakai. Jadi, apa-apa link (sitelink) yang berguna (pada pandangan Google) dalam kandungan domain tu, akan dipaparkan dalam Google Sitelinks.

    ps: comelnya budak beliamuda tu.. 😛
    Jom terjah post menarik dari beliamuda ..ServerFreak Migrasi ServerMy Profile

  8. kalau nak kira register tu memang la dah bekurun…usik nyer setahun sekali ….ni jer teruja lak tetiba nak berblog bagai ni ….kok la banyak masa terluang nanti ni ha….hehehehe…
    Jom terjah post menarik dari zairi ..Simple Fact About Hanoi !My Profile

Comments are closed.