Saya jarang terbitkan entri mengenai kujie2.com. Bukan tak pernah langsung, pernah. Cuma agak kurang. Entri ini dihasilkan rentetan perbincangan dari blog Best Of The Blog – Blog Of The Year 2012 . Siapa dia , kena klik baru tau apa topik perbincangannya.
Secara ringkasnya, entri ini berkisar kepada siapakah pembaca blog kita dari fakta yang dikumpulkan oleh alexa. Alexa adalah satu tanda aras yang digunakan untuk mengukur kedudukan blog kita dikalangan berjuta-juta laman web di dunia.
Kalau kita tak berapa nak ambil kesah pun, sekurang-kurangnya kita kena juga tahu apa yang kita buat, masa yang kita luangkan, duit modal beli domain dan sewa hosting yang kita laburkan itu meletakkan titik tanda kehadiran kita itu di mana.
Tak mungkin kita buat sesuatu secara suka-suka atau saja-saja. Tak ada sesuatu pun di dunia ini yang kita boleh buat sekadar suka-suka atau saja-saja. Semua tu akan dihisab dan ditimbang disoal kelak.
Jangan jawap suka-suka atau saja-saja, sekurang-kurangnya jawaplah untuk diri sendiri. Kalau dah untuk diri sendiri, perlu juga sesekali kita imbas apa yang diri kita dapat dari suka-suka dan saja-saja tu.
Saya pun dah tak faham bab suka-suka dan saja-saja ni… abaikan sajalah, kalau tak faham. Mukadimah pun dah meleret kelaut dalam selat samudera.
Statistics Summary for kujie2.com
There are 48,841 sites with a better three-month global Alexa traffic rank than Kujie2.com. Roughly 35% of visits to the site consist of only one pageview (i.e., are bounces). It is located in Malaysia. The time spent in a typical visit to the site is roughly eight minutes, with 60 seconds spent on each pageview. Kujie2.com’s visitors view an average of 4.5 unique pages per day.
Biasanya pelawat menghabiskan masa 8 minit 60 saat di blog saya. Terimakasih semua. Lama jugalah kalau 8 minit tu.
Nak tips macam mana menggalakkan pelawat menghabiskan masa membaca entri lain di blog ? Saya share dengan korang-korang aje tau, jangan bagi tau orang lain…. sebab tips ni saya agak-agak je, dari pengalaman diri sendiri jadi kalau tak betul, saya silaplah.
- Letakkan beberapa link atau entri untuk menarik minat pelawat membaca di sidebar. Ada orang guna plugin post terbaik, post paling ramai orang baca, post paling top. Saya lebih suka letak link secara manual tanpa plugin kerana saya lebih suka memilih sendiri entri yang saya targetkan sahaja yang akan berubah mengikut iklim blogosphere.
- Kurangkan banner/widget sebab saya tak suka klik benda yang samar-samar, sudah tentu pelawat lain pun rasa macam tu. Saya suka klik link dengan tajuk yang jelas bukan banner yang tak jelas cerita disebaliknya.
- Letakkan backlink ( internal link ) di dalam setiap entri yang berkaitan dengan isu yang ditulis biarpun saya pasang plugin Yet Another Related Posts Plugin . Blog ini ada 2387 entri kesemuanya, dan kebanyakkan isu yang ditulis sekarang atau isu yang dibangkitkan semula adalah isu yang pernah saya tulis sebelumnya.
- Saya buat anchor tag dengan menggunakan perkataan/ayat yang menimbulkan minat untuk mereka klik. Bukan sekadar meletak backlink , saya mendorong pelawat untuk membaca ( klik ).
- Balas komen dengan backlink . Kalau ada komen yang minta penerangan yang lebih lanjut mengenai isu atau topik yang ditulis, saya akan membalas komen tersebut dengan meletak link menyuruh dia membaca entri yang terdahulu sekiranya topik tersebut masih dalam isu yang sama.
- Gunakan warna hyperlink yang kontras supaya pembaca nampak link yang ditargetkan. Contoh tulisan ini berwarna hitam dan saya gunakan warna purple . Saya ada komen isu ini di Group Denaihati Network di Facebook.
- Landing page yang betul. Setiap keyword yang dibawa oleh enjin carian akan sampai ke satu page di dalam blog. Saya akan semak adakah landing page tersebut related dengan apa yang dicari oleh pelawat. Saya gunakan Web Analytic Getclicky untuk menyemak kehadiran pelawat dan landing page. Kalau keyword tersebut mendarat di entri yang tidak mempunyai info sesuai, saya akan edit entri tersebut dan letakkan link yang sepatutnya pelawat klik untuk membantu mereka menemui apa yang dicari. Saya simpati dengan pelawat yang tersesat dan kerana itu saya tak letak tag yang bukan-bukan semata-mata untuk mendapatkan jumlah pelawat.
Semua tips ini adalah dari pengalaman diri sendiri membina blog, tidak ada pengesahan dari pakar yang bertauliah. Kalau bermanfaat kepada kita, ambillah dan cuba menambahbaik mana yang terkurang. Kalau ada tips lain yang nak dikongsi, buat entri bagi saya baca ye.. saya pun nak juga baca pengalaman membina blog orang lain.
Ada sesuatu yang saya perasan, tiap kali global ranking menunjukkan peningkatan ( nombor makin mengecil ), ranking di Malaysia akan menurun ( nombor makin besar ), kenapa tak pasti. Ranking di Malaysia dah 300, sebelum ini 270+.
Tak sangka blog ini menduduki carta pelawat dari negara Brunei. Terimakasih wakil orang Brunei yang berkongsi resepi dan cerita Nasi Katok .
Audience Snapshot Top Search Queries for Kujie2.com
Based on internet averages, kujie2.com is visited more frequently by females who are in the age range 18-24, have children, received some college education and browse this site from home.
Ini fakta yang paling menarik. Sepanjang 3-4 tahun ini, pengkomen yang sering menduduki carta adalah lelaki mengikut Carta Senarai 10 Blog Paling Sedap tetapi saya tetap merasakan perempuan adalah pembaca paling ramai di blog ini. Cuma saya agak-agak kebanyakkan pembaca perempuan yang range umurnya 25 tahun keatas, rupa-rupanya ramai yang muda belia . Korang suka baca bebelan makcik² ye…
Saya menerima 17 reviews setakat ini, jadi kalau sudi, sila-silalah tulis review untuk saya… sepatah kata bukti kasih sayang, boleh?
Klik sini ye… Login dengan akaun Facebook pun boleh. Write a Review for kujie2.com
Pembaca blog kujie2.com datang dan pergi ke mana? Lihat gambar diatas.
nota : bila dah siap publish, saya nampak panjangnya entri ni… membebel kelaut pun dah setengah mukasurat!
yang berkunjung di blog anda ternyata tidak hanya datang dari Malaysia namun juga banyak negara, keren sekali 🙂