Dalam budaya orang Melayu, ada banyak permainan tradisional yang menjadi aktiviti sosial mengisi masa lapang. Dikalangan penduduk Melayu Pantai Timur Semenanjung Malaysia permainan seperti permainan wau, sepak raga , gasing, laga ayam, congkak, laga lembu adalah permainan tradisional yang sudah sebati dalam kehidupan budaya mereka. Permainan tradisional seperti ini turut melahirkan nilai artistik dan kemahiran menghasilkan kraf-kraf seperti ukiran kayu, logam juga tenunan.
Tidak hairanlah kebanyakkan bahan permainan tradisional mempunyai kehalusan seni ukir yang menarik.
Dalam banyak permainan tradisional yang biasa kita tahu, pernah tak dengar Hencang Buah Keras?
Pertama kali saya nampak adalah sewaktu berkunjung ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Hencang Buah Keras telah menjadi permainan Melayu Pahang sejak beratus tahun dahulu. Ia terkenal semasa pemerintahan Sultan Ahmad Al=Mu’adzam Shah (1882 – 1914) hinggahlah ke zaman pemerintahan Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah (1917 -1932). Malah pada akhir tahun 60’an, permainan ini masih dimainkan disesetengah kampung.
Permainan ini dimainkan kadang kala memakan masa berminggu-minggu barulah selesai satu-satu pertaruhan.
Permainan Hencang Buah Keras ini memerlukan 3 alat penting
1. Pengapit Buah Keras ( seperti gambar diatas )
Alat pengapit diperbuat dari kayu yang keras seperti sena, merawan, meranti dan bahagian yang akan diletakkan buah keras disalut dengan tembaga.
2. Buah Keras
Buah yang akan dilagakan dinamakan buah keras kerana ia beasal dari pokok buah keras dan jenis buah keras tersebut yang akan menentukan kalah atau menang sesuatu pertaruhan.
- Buah Jantan
- Buah Betina
- Buah Gendong
Buah keras boleh ditambah kekuatannya dengan cara direndam di dalam air asam gelugur ( asam keping ) , digoreng kekuningan dan kemudian disapu dengan gula kabung.
3. Pengalas atau Pelapik
Biasanya diperbuat dari ijok atau sabut dan berfungsi supaya buah tidak bergeser semasa berlaga.
Cara Bermain
Permainan melibatkan dua pasukan dan setiap pasukan diwakili oleh dua penghencang yang akan cuba menghencang buah keras pihak lawan sehingga pecah.
Permainan dibahagi kepada beberapa peringkat
- Berbalok ( Berbanding-banding ) – Memastikan buah keras sesuai dan sama tahan untuk dilagakan
- Melambung – Untuk memastikan kedudukan susunan buah didalam pengapit
- Memasang – Menempatkan kedua-dua buah keras yang hendak dilagakan itu kedalam pengapit.
- Menghencang – Atau bermaksud menghentak dengan kaki adalah peringkat yang akhir
Sumber : Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang.
Ada sesiapa yang pernah tahu mengenai permainan tradisional ni. Terus terang saya tak pernah. Sewaktu kunjungan ke muzium akhir tahun lepas baru tahu mengenai permainan ini dan sebab itulah saya gigih menyalin maklumat yang terdapat di muzium untuk dikongsi bersama.
saya baru dengar permainan ini dari anda 🙂
unik dan menarik..buah keras pun saya pertama kali dengar ni..hehe..
Memang 100% baru tahu..
Dulu2 permainan keluarkan peluh,
sekarang main game byk mengeluh
Terima ksih kak jie bekongsi
Tak pernah lagi main permainan ni..serius ni kali prtama jumpa permainan ni..hehe
tak pernah tahu pun.. huhu, main lagilah..
maza juga tidak pernah hencang ini…
tapi pernah nampak pak busu pecahkan buah keras dengan menggunakan jejarinya sahaja..
ehehhee
baru PM tahu berkenaan permainan Hencang Buah Keras nih…
Lama sungguh tak pergi muzium .. cuti sekolah ni kena bawa anak2 lah.
Salam manis, tumpang lalu 🙂
Perahan delima minuman nutrisi,
Makan berselang sihatkan badan;
Warisan lama permainan tradisi,
Tidakkan luput ditelan zaman.
luput*hilang 😀
kali pertama tau. tak pernah tengok tp ukirannya cantik..
saya pun sama. pertama kali baru tahu permainan ini.
ada jual tak di kedai .. XD
dah pupus kot kan game ni…
zaman sekarang kanak-kanak ramai main ipad, tablet atau pc saja.
setuju…
anak2 sy begitulah…. selalu kena bising dgn saya :p
saya x tahu la kak jie pasal permainan nih, saya x pernah main pon benda ni, maybe ini disebabkan permainan ni berasal dari sesetengah negeri sahaja dan bukan semuanya
pertama kali dengar..
buah jantan dan betina pun ada. haha..
Alat hencang siap berukir. Ketika kecil main biji getah adalah lawan siapa punya biji getah lebih keras.
first time dengar. tengok cara pun susah je…
permainan tradisional yang saya main sehingga sekarang adalah capteh. lenguh kaki den… tapi best.
saya pon pestime tau.. laga lembu pun baru ni sy tau salah satu permainan tradisional, ingatkan depa suka laga ayam ngan ikan je.. heheh
Tak pernah main,main laga biji getah pernah masa kecik2 dulu. 🙂
Aya tak tau.. baru tahu hari ni kak jie..hehehe
Nampaknya kena cuba main…
permainan lama yang baru pertama kali dengar..
kalo zaman sekolah dulu, lawan buah getah je..hehehe
xpernah dengar..xpe nanti saya cuba tanya atuk nenek saya..hehe