Saya masih simpan segala coding untuk blog pertama tahun 2005. .Dulu² nak edit blog, bukan klik dan drag kiri kanan atas bawa sesuka hati. Kena berjegil biji mata baca html code macam cacing kerawit tu. Tapi lama² kita akan faham kedudukan semua code kepala , badan , ekor dan tepi blog.
Kena faham <MainOrArchivePage><$BlogItemBody$> <$BlogItemTitle$></</BlogItemComments> <$BlogItemAuthorNickname$> dan macam² lagi . Bila nampak blog kawan² ada rama² terbang, daun berguguran, mouse berekor, terus minta code.
Link list kena masukkan secara manual di sidebar.
Saya cuba menjejak kawan² lama dari link yang masa ada, lebih separuh darinya sudah hilang dari dunia cyber dan ada juga yang bertukar link.
Kerana saya bermula dari zaman blogger yang ‘membina laman peribadi dengan gaya peribadi’ , jadi bukan satu masalah untuk saya menerima apa jenis blog sekali pun. Saya tak ada masalah untuk blog yang letak lagu, berkelipan warna warni atau bling bling. Itu adalah diri mereka, kecualilah kalau tujuan adalah untuk blog pemasaran produk atau blog menjana pendapatan. Selagi blog itu atas niche peribadi, saya boleh terima apa saja jenis blog yang dihasilkan oleh pemilik blog.
Maksudnya di sini – blog yang dihasilkan bersesuaian dengan tujuan ianya dibina. Kalau nak menarik pembaca, bina sesuatu yang menyenangkan tetamu tetapi kalau untuk diri sendiri, suka-suka – buatlah apa saja tanpa perlu bersalah kepada orang lain. dan………… orang lain pun tak ada hak untuk membenci blog dia.
Ini adalah asas – kalau dah faham asas , awak boleh berada di mana saja di dalam dunia blogging ini dengan selesa , aman dan makmur .
bernostalgia pagi²
Setuju sangat dengan pendapat penulis ni.Blogger kena tahu apa tujuan buat blog..hehehe
wah klu sy dh pening dgn coding2 tu semua.
teringat saya masa mula berinternet… dulu geocities..tripod… mmg sempoi je nmpak… mmg tak tertarik sgt … tak plak tau jerih perih si penulis nak setting2 codding… saya berblog mula2 dulu pun di friendster… tu pun kira sempoi tak bercoding..alhamdulillah.
samalah… mcm rasa syok sendiri. tp mungkin itu yg dinamakan identiti… kdg2 terkezuttt tiba berbunyi lagu2 kadang nak baca mcm terganggu dgn snow…. tp saya amik konsep LESS IS MORE jeee…
Bez nye bace komen2 dari blogger2 yg mmg dh mcm2 pngalaman dia ade. Nana baca abis sume komen2 ka atas. Jrg nana mcm ni. 😆 Hihihihihi. (tlalu teruja ngn sume cite blogger2 dulu share kn kt komen ats td). 🙄
Macam2 diorang dah experience. Untung jadi orang dulu2 ni. 😉 Hihihihihi.
Samalah kita. Kena nak blaja lagi dari otai2 yang sememangnya dah lame dalam dunia blogging ni. 😉
Memang sangat memeningkan. 😆
Betul tu LoveHijau. Buat blog ni, biarlah paling2 kurang pun, diri sendiri dapat manfaat dari blog yang di buat.
one upon a time.. boleh wat citer tu.. 😉
dalam banyak2 senarai links di atas..chii familiar dengan blog amanz,faisalrahim,hokkuden (dari kuden ..chii kenal kak jie rasanya),firdee.net,notadiari,sultanmuzaffar,bersama-masa (chii lost contact da ngan pasangan ni =()..dulu2 blogdrive sgt popular kan =)
notepad++ maju sikit anarm, ada kaler2. aku guna gak skg hahaha
Saya pun ada juga sikit-sikit perangai Kak Jie tu. SImpan coding blog saya yang lama-lama.
Kadang kala rindu juga mengedit-edit kod html tu 😕
kak jie patut letak satu column kt sidebar atau mungkin di kepala blog atas topik ‘sejarah kujie2’. kdg2 org cm saya yg masih br dlm dunia blog ni xmengerti sgt perit jerih blogger yg dh lama berkecimpung 😮
tudia banyak komen dan pengalaman disini , saya baca semunya ..kajie jgn risau saya tak kan hentam kajie walo tk jawab komen hahaha..
dari mula ada blog sampai sekarang tak berapa nak faham pasal coding cam cacing kerawit
Dulu nak masukkan gambar punyalah azab… sebab tu kita susah nak tengok blog yang berwarna-warni… banyak tulisan dari gambar membuatkan blogging jadi so personal…
yes, kak jie punay entri ni benar2 menggamit memory… saya masih simpan blog yang saya tulis tahun 2004 dulu… auww!
Lama baru sempat mampir lagi disini
wordpress ni cam susah sikit nk faham..nak2 plak bila dah ada org lain yg tolong buatkan…cuma satula kelemahannya, bila dah tak pandai nak ubah2, kalo nak ubah theme ke apa, tkleh suka2…kena mtk pertolongan org lak..kalo dulu, men ikut suka bila2 masa nak ubah…huhuhu…
wah.. link lama-lam dalam gambar tu, 2 link yg paling nyata bertukar, rasanya amanz.my ngan budiey tu….
dulu2 kot blog saya belum wujud kak…ada blogspot tapi lama baru pandai duna code html…
yep saya dulu pon mcm ni gak, bnyk betul coding nk kena cari sana sini
tak sempat merasa zaman tu, pasal tak kenal apa itu komputer apatah lagi blog pada masa tu…
Sangat terlewat kenal dunia IT, tapi … biar lewat, dari tidak langsung (kalau Melayu tu cakap Inggeris – better late than never?)
ingatkan kalau nak berblogging ni tak payahlah nak belajar coding sebab ambil template pun yg pre-install je.
Tapi semenjak 2-menjak ni rajin pulak godek2 coding sebab nak test benda baru. Bila dah jadik, bangga hidung!!
best ooo geocities tinggal sejarah 😆 😆 😆
Haha bila teringat mula belajar buat web dari 1997-Geocities Help-Fortunecity-2000-phpnuke-phpbb-2003-diaryland-blogspot-2005 pakai domain sendiri bestt
memang menyampah kalau tengok coding nih. kalau budak yang amik course sains computer, memang wajib kena tau cacing kerawit nih. kalau tak, memang kena kutuk la dengan lecturer
masa zaman saya buat web hanya dengan henpon (wap web),memang sebijik2 kena tulis kod html seperti itu..bukan mcm sekarang ni semuanya main copy paste je..hehe
mueehehehehee ps nak pasang iklan pon tak reti
aaaa..coding~ada simpan lagi coding blog lame..huhu..
dulu rajin nak godek2 coding ni kak jie..sekarang bila masa dah takde,semua dah lupa.langsung malas dah nak ubah2 blog tu..biarkan jek macam tu..hehehe
tak sempat nak balas semua komen…………………..dammmm! kena kutuk lah lepas ni!
kalau dulu, blogger tak menghentam blogger lain.
evolusi teknologi
entah.. kak jie suka pula
sebab bila masuk blog mcm tu kak jie suka tengok benda2 cantik, warna warni yang tak boleh diletak kat blog sendiri…hihihi
kak jie ada blog ‘peribadi’ yang letak semua benda tu….saja utk nampak muda…kehkeh 😆
2005? Time tu, saya belum mampu nak beli komputer kat rumah pun…
sejak dah tinggalkan template klasik, rasa kemahiran makin kurang sbb tak dipraktikkan
bukan bab coding …bab asas mencipta blog
macam mana kita bina hak kita dan kita menghormati hak orang lain.
semua orang sedang belajar…tak akan berhenti
tiap ada ada saja benda baru yang kita temui…dan itulah semangat utk hari esok 😀
bab bila dah guna wordpress jadi malas tu kak jie sokong 100% – dah hilang dah skil nak main coding , cuba itu ini mcm dulu 😆
Kak Jie belajar dengan budak2 je masa tu…. dia orang umur 14-18 tahun je..hebat dia orang tu
teringat masa belajar html dulu..