Saya masih simpan segala coding untuk blog pertama tahun 2005. .Dulu² nak edit blog, bukan klik dan drag kiri kanan atas bawa sesuka hati. Kena berjegil biji mata baca html code macam cacing kerawit tu. Tapi lama² kita akan faham kedudukan semua code kepala , badan , ekor dan tepi blog.
Kena faham <MainOrArchivePage><$BlogItemBody$> <$BlogItemTitle$></</BlogItemComments> <$BlogItemAuthorNickname$> dan macam² lagi . Bila nampak blog kawan² ada rama² terbang, daun berguguran, mouse berekor, terus minta code.
Link list kena masukkan secara manual di sidebar.
Saya cuba menjejak kawan² lama dari link yang masa ada, lebih separuh darinya sudah hilang dari dunia cyber dan ada juga yang bertukar link.
Kerana saya bermula dari zaman blogger yang ‘membina laman peribadi dengan gaya peribadi’ , jadi bukan satu masalah untuk saya menerima apa jenis blog sekali pun. Saya tak ada masalah untuk blog yang letak lagu, berkelipan warna warni atau bling bling. Itu adalah diri mereka, kecualilah kalau tujuan adalah untuk blog pemasaran produk atau blog menjana pendapatan. Selagi blog itu atas niche peribadi, saya boleh terima apa saja jenis blog yang dihasilkan oleh pemilik blog.
Maksudnya di sini – blog yang dihasilkan bersesuaian dengan tujuan ianya dibina. Kalau nak menarik pembaca, bina sesuatu yang menyenangkan tetamu tetapi kalau untuk diri sendiri, suka-suka – buatlah apa saja tanpa perlu bersalah kepada orang lain. dan………… orang lain pun tak ada hak untuk membenci blog dia.
Ini adalah asas – kalau dah faham asas , awak boleh berada di mana saja di dalam dunia blogging ini dengan selesa , aman dan makmur .
bernostalgia pagi²
nak menyelit gak komen di sini…hehe…
dulu stat tullis blog di friendster…pastu kenal blogspot…siap de lagu lg kat blog tu, mcm2 nak letak, sanggup belajar itu ini…coding2 tu belajar sendiri jer, langsung takde basic…tp bila dh guna wordpress ni, jd malas lak nk belajar itu ini, sebabnya EjamOthman dah ada..harap kat dia je kalo nak buat apa2…tau post entry jer…hehe
wahhhhhhhhhh…ien
mana menghilang
erk..mgkn kak jie yang kurang peka.
saya bdk baru belajar…byk benda agi x fhm pasal blog ni..:)
nak belajar yang asas ni yang pening…huhuhu
Betul2. Rindu tul zaman blog dedulu.. Hehe.. 😀
susah tu memang susah coding tu kan..tapi lama-lama macam seronok jugak..hehehe
bila ingat balik masa guna blogger dulu, rasa cam entah apa-apa. keje main dengan coding je. penat tapi now ada wordpress, klik situ sana sini.hehehehehe. pasal blink blink tu, jujurnya saya kurang selesa masuk blog macam tu. bukan benci dengan pemiliknya tapi mungkin saya kurang sabar jadi saya jarang masuk ke blog macam itu kecuali dia adalah readers blog saya. kalau orang sudi baca blog dan komen blog kita, tak mungkin kita tak boleh tahan dan usaha sikit 😉
bezanya dulu dan sekrang yer..skrg ni semua mudah dah..
wahhh..
cyida yang membacanya pun agak teruja..
bestnya blogger2 dulu..
hehehe
Tia teringin nak merasa zaman itu ..
Menulis kod html ibarat back to basic tetapi ramai zaman sekarang yang mempunyai pengetahuan mengenainnya. Saya masih ingat ketika mula-mula bekerja dahulu bina laman web mengunakan Tripod pada tahun 1997 ketika itu saya mengunakan kod html 4.0 buat kumpulan link mengenai Kejuruteraan Biomedikal. Saya mengunakan Netscape ketika itu untuk taip kod html.
Sekarang saya pun sudah lupa address dan tidak pasti masih wujud lagi atau tidak.
kod HTML.. ayat yang sepatah haram tak faham.. cuba nak faham.. tak habis faham. Kalaulah kod ni sejenis bahasa?
Assalam…
Dulu2 memang best. Macam2 widget ada.masa tu tak kita berat blog dah, main letak je. walaupun dari 0, kita belajar code html, bersusah-payah nak tambah atau buangkan sesuatu…cari ilmu..
sekarang ni semuanya dah tersedia…Terima kasih juga pada kak jie sebagai tok guru…menuntut ilmu SEO tak abis lagi ni…
ehh! mcm kod blogger classic je.. 😀
maybe boleh refer sini kot.
google . com /support / blogger / bin/ answer.py? hl=en&answer=42095
respeklah..saya try mengadap kod blogger pun lama² pening kepala..last² malas dah nak ubah..lagi senang buat latihan Add Maths..hehe
perghhhhh..otai ni..macam nak buat website dah rupa codingnya..
yonna tak faham kenapa yonna yg menyampah dgn blog2 yg ada welcome note,closing note, hujan salji, lagu dlm blog sekarang ni. sedangkan dulu yonna sendiri pulun buat code2 tu semua. lagu tu tiap2 minggu kot tukaq. hahaa. guna esnips la, player apa entah lagi. konon dah abeh master la psl blog.
tapi dah makin tua ni, suka benda simple dan plain. tak minat blog/skin.template warna2 dah. dulu kalau kita boh semua dlm blog, mana ada org komplen kan ma? sbb tu kita selesa gila nak bubuh apa pun.
tp sekarang ni, mcm trend pulak. sape bubuh je lagu dlm blog, habis kena kutuk kaw2. hahaha
HAHAHAHAHAAHHAHA! ada org lain cakap bahasa urdu gak ke? ingat yonna sorg je cakap kak jie camtu
Kak Jie masih ada blog yang guna template klasik. Guna code dari blogskin.
dulu2 tempat nak dapatkan template cute, comel , muda mudi kat blogskin.com 😆
kalau tengok blog org lain ada benda pelik sini, tak segan silu minta code.
lepas tu masing2 cuba dapatkan benda yang lain advance
meriah sangat dgn berwarna warni 😆
Salam
Untunglah juga, belajar secara format, kak jie ni main redah je zero..tatau apa
belajar dengan anak2 yang buat blog – masa tu belajar dgn yonna, baiduri, arabella,
mcm dah terlebih umur nak mengodek cacing kerawit tu 😆
kita memang tak boleh nak berpatah balik tetapi kalau kita boleh kekalkan diri sendang matlamat dulu – itu sudah cukup utk memuaskan diri sendiri. Bukan sikit dugaan tu…. selalu juga nak tergelincir 😆
pening tgk coding..huhu
Ahh…classic template, era sebelum widgetization. Cepatnya masa berlalu…
mmg pening nak update kod tu dulu2….mujur ada blog kujie.. dia yg tanpa jemu segan silu untk mengajar..heheheh..thanks kujie.com
🙂
Bagi yg belajar ttg coding mmg okeh la kut..tp mcm aku ni mmg jenuh la nak stadi..seb bek banyak sumber boleh kita dpt kt tenet skg…makin maju makin mudah..tp makin banyak lak la masaalahnya..begitu juga ngan kehidupan seharian kita.
Aku lepas ‘letih’ guna notepad aku jumpa CuteHtml, guna sampai sekarang. Copyright 1999 tu, hahaha…
say still bermain dengan coding siang dan malam sampai skrg sbb dah bekerja dlam bidang system development ni..huhu… Macam cacing kerawit kan? Boleh berpinar mata kalau mengadap sepanjg hari…
Dalam setiap perkara pun hendaklah bermula/mahir yg asas dlu.. Baru tak kan sesat.. 🙂 Anyway, teringat lak zaman dulu2 main edit theme blogspot… byk belajar dari situ..
bila code yang basic tu kita dah paham cara guna, fungsi dia atau sebagainya, lama2 tanpa tak sedar kita tiba2 bleh jadi pandai dengan code2 yang boleh dikatakan susah..
‘sekolah’ terbaik yang byk mengajar saya tentang code2 macam ni adalah w3schools.com.. dan diselitkan juga dgn try & error.. kalau takut berdepan dengan error, memang sampai ke sudah takkan pandai semua tu..
aku advance sikit kot.. guna notepad++.. tp still notepad jugak.. hehe..
code ni kalau pandai kne fahami stiap kegunaanya…
kalu dh tau mmg mantap jadinya^^…
suka perkataan hidup biar sedap hihi…terbaik^^
dulu zaman belajar. semua berlumba tunjuk skill mana hebat 😆 tapi niatnya belajar. dari situ datangnya dilarangmelarang dan lain kawan2 blog. geocities pun 😆
tapi kini sudah makin pudar. semua berlumba tunjuk earning mana hebat. duit makin mendesak manusia jadi begitu. saya rasa la 😎
apa pun ada je blogger yang masih dan masih begitu. contohnya puan blog ni
sungguh nostalgia kan? mesti rindu dgn kawan2 lama itu…emm betul la…blog kita cara kita…penulisan kita…saya faham 🙂
buat pada notepad tak bangang tuan, dulu zaman geocities pun saya guna notepad. bahkan kalau linux guna dalam terminal, hitam putih. sampai sekarang saya guna yang simple2. dreamweaver? saya tak pernah guna 😆
Wow..2005..masa saya bergelumang untuk buat website company guna frontpage. Dapat siapkan 1 website pun dah kembang kempis dada. Macam dapat bonus setengah bulan gaji. Sekarang dah banyak template. Mudah sangat..
Tak pernah main dengan coding lama2…untung kalau dapat merasa berblog masa dulu2,sekarang semua dah tersedia…
sekarang k.jie dah boleh baca bahasa urdu lak 🙂
percaya atau tidak, saya copy paste source code berita harian pastu edit sket2 letak dlm blog saya kat geocities. hehe 🙂
saya pula budak baru nak belajar .. jadi bab² coding nie memang tak berapa tahu sangat.. hehehe ..
Dulu apa yang kita share lewat blog merupakan sesuatu yang bling2, narsis dan berbau pribadi. Saya rasa sekarang lebih ke monetize dan hal2 yang berbau pribadi dan narsis ini masih tetap ada namun biasanya kita share di jejaring sosial..
Tak ka kerja gila buat coding pakai Notepad? Kalau dengar kat budak-budak la ni, memang depa kata bangang kut. Hahaha…
coding tu memang pening bagi siapa yang tak pernah belajar computer macam saya huhu…
haha…saya dulu pun macam ni jugak.rasanya dalam tahun 2000 kot.masa tu baru je form 5.buat web guna frontpage.lepas tu berjinak2 dengan macromedia flash dan dreamweaver pulak.masa tu kalau tak silap tahun 2002.memang nostalgia 😀
Teringat dulu bila masuk blogspot kwn2 tgk navbar dia takder masa tu pun sy search google nak cari cara nak hilangkan navbar,
Dulu kita buat blog ikut kehendak kita..skrg kehendak tu nampaknya kuasa di tangan org lain..
Apa2 pun kita yg menentukan bagaimana dan apa yg kita inginkan
Dulu-dulu bersengkang mata nak meng adjust code tu semua. Cuba dan gagal tu biasa dan biasa explore ssendiri je. Sekarang semua dan mudah tapi adat manusia yg mudah nak lebih mudaah lagi.
Wow,Kak jie, nostalgianya, saya suka main coding kat template lama.Faham la sikit-sikit HTML code. Selagi ianya blog peribadi,ianya adalah ekspresi diri, ikut niche dan tujuan penulisan masing-masing.agar ianya bermakna, kalau tak mampu untuk beri sesuatu kepada orang lain,buat blog agar bermakna buat diri sendiri.
haha… ingat ingat.
Time tu sbb ramai kawan blog pun sbb nak tanya coding nak design layout baru. Banyak dapat ilmu dari coding source code blogger dulu dulu.
Salam,
hehehe bestnya kalau nak ingat blogging dulu2, semuanya kena main dgn coding, sampaikan satu sama tu yan kena buka buku sebab terlupa code nak buat marquee kahkahkah
Dan nasib jugaklah dulu ada belajar segala coding, maklumlah budak software engineering, malu kalau tak tau segala coding, hahaha tapi dah lama tinggal sob…sob….
Pada ketika itu, dunia blog lebih meriah dari yang ada sekarang. Kesukaran untuk menghasilkan blog pada ketika itu, menjadikan kebanyakkan blog memang best dan berkualiti biarpun hanya sekadar blog peribadi (Blog Kujie ni maintain! hehe). Tiada blogger menghentam antara satu sama lain.
Saya setuju pendapat mengenai blog peribadi itu.