Blogger Dulu-dulu
Blog Tutorial

Blogger Dulu-dulu


Saya masih simpan segala coding untuk blog pertama tahun 2005. .Dulu² nak edit blog, bukan klik dan drag kiri kanan atas bawa sesuka hati. Kena berjegil biji mata baca html code macam cacing kerawit tu. Tapi lama² kita akan faham kedudukan semua  code kepala , badan , ekor dan tepi blog.

Kena faham <MainOrArchivePage><$BlogItemBody$> <$BlogItemTitle$></</BlogItemComments> <$BlogItemAuthorNickname$> dan macam² lagi . Bila nampak blog kawan² ada rama² terbang, daun berguguran, mouse berekor, terus minta code.

Link list kena masukkan secara manual di sidebar.


Saya cuba menjejak kawan² lama dari link yang masa ada, lebih separuh darinya sudah hilang dari dunia cyber dan ada juga yang bertukar link.

Kerana saya bermula dari zaman blogger yang ‘membina laman peribadi dengan gaya peribadi’ , jadi bukan satu masalah untuk saya menerima apa jenis blog sekali pun.  Saya tak ada masalah untuk blog yang letak lagu, berkelipan warna warni atau bling bling.  Itu adalah diri mereka, kecualilah kalau tujuan  adalah untuk  blog pemasaran produk atau blog menjana pendapatan.  Selagi blog itu atas niche peribadi, saya boleh terima apa saja jenis blog yang dihasilkan oleh pemilik blog.

Maksudnya di sini – blog yang dihasilkan bersesuaian dengan tujuan ianya dibina.  Kalau nak menarik pembaca, bina sesuatu yang menyenangkan tetamu tetapi kalau untuk diri sendiri, suka-suka – buatlah apa saja tanpa perlu bersalah kepada orang lain.  dan………… orang lain pun tak ada hak untuk membenci blog dia.

 

Ini adalah asas – kalau dah faham asas  , awak boleh berada di mana saja di dalam dunia blogging ini dengan selesa , aman dan makmur  .

bernostalgia pagi²

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

90 thoughts on “Blogger Dulu-dulu

  1. teringat saya masa mula berinternet… dulu geocities..tripod… mmg sempoi je nmpak… mmg tak tertarik sgt … tak plak tau jerih perih si penulis nak setting2 codding… saya berblog mula2 dulu pun di friendster… tu pun kira sempoi tak bercoding..alhamdulillah.
    Jom terjah post menarik dari haza ..KISAHNYA DI THAI…My Profile

  2. samalah… mcm rasa syok sendiri. tp mungkin itu yg dinamakan identiti… kdg2 terkezuttt tiba berbunyi lagu2 kadang nak baca mcm terganggu dgn snow…. tp saya amik konsep LESS IS MORE jeee…

  3. Bez nye bace komen2 dari blogger2 yg mmg dh mcm2 pngalaman dia ade. Nana baca abis sume komen2 ka atas. Jrg nana mcm ni. 😆 Hihihihihi. (tlalu teruja ngn sume cite blogger2 dulu share kn kt komen ats td). 🙄

  4. dalam banyak2 senarai links di atas..chii familiar dengan blog amanz,faisalrahim,hokkuden (dari kuden ..chii kenal kak jie rasanya),firdee.net,notadiari,sultanmuzaffar,bersama-masa (chii lost contact da ngan pasangan ni =()..dulu2 blogdrive sgt popular kan =)
    Jom terjah post menarik dari chii ..8 Cenderahati Paling BerhargaMy Profile

  5. Saya pun ada juga sikit-sikit perangai Kak Jie tu. SImpan coding blog saya yang lama-lama.

    Kadang kala rindu juga mengedit-edit kod html tu 😕

  6. Dulu nak masukkan gambar punyalah azab… sebab tu kita susah nak tengok blog yang berwarna-warni… banyak tulisan dari gambar membuatkan blogging jadi so personal…

    yes, kak jie punay entri ni benar2 menggamit memory… saya masih simpan blog yang saya tulis tahun 2004 dulu… auww!

  7. wordpress ni cam susah sikit nk faham..nak2 plak bila dah ada org lain yg tolong buatkan…cuma satula kelemahannya, bila dah tak pandai nak ubah2, kalo nak ubah theme ke apa, tkleh suka2…kena mtk pertolongan org lak..kalo dulu, men ikut suka bila2 masa nak ubah…huhuhu…
    Jom terjah post menarik dari norsaritanaini ..Sotong Goreng TepungMy Profile

  8. tak sempat merasa zaman tu, pasal tak kenal apa itu komputer apatah lagi blog pada masa tu…

    Sangat terlewat kenal dunia IT, tapi … biar lewat, dari tidak langsung (kalau Melayu tu cakap Inggeris – better late than never?)
    Jom terjah post menarik dari Abang Zul ..MASIHKAH ADA YANG INGAT ?My Profile

  9. entah.. kak jie suka pula
    sebab bila masuk blog mcm tu kak jie suka tengok benda2 cantik, warna warni yang tak boleh diletak kat blog sendiri…hihihi

    kak jie ada blog ‘peribadi’ yang letak semua benda tu….saja utk nampak muda…kehkeh 😆
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Konflik Dalam PerhubunganMy Profile

Comments are closed.