Petikan dari entri Faktor² Blog Tak Berupdate
5. Dah bosan apa yang ada dalam dunia blogging
Ini nampak gaya kena jumpa Kak Kujie, suruh dia mem”bebel” sikit tentang kesedapan berblog ini sesuai dengan taglinenya ” Hidup Biar Sedap“.
Jadi – entri ini adalah balasan di ruangan kotak komen blog syahrilhafiz.com
Kenapa bosan?
Sebab utama hilang fokus pada matlamat asal. Sudah 5 tahun saya menjadi blogger dan nafsu berblog itu masih stabil. Saya masih dapat seimbangkan gembira dan duka di dalam dunia blog. Saya jarang mengambil sesuatu secara berlebihan – suka dan duka berpada².
Masalah sekarang, ramai blogger yang tersasar dari niat utama dia membina blog. Ramai akan labelkan blog dia sebagai ‘milik peribadi’ tetapi ramai juga yang ‘hilang kuasa memiliki’.
Blog peribadi telah berubah menjadi anak syarikat Nuffnang. Earning > BE > trafik > visitors > pageview > dan akhirnya blog peribadi menjadi duplicate Metro atau Kosmo.
Apabila anda mula hilang fokus, menulis ( tulis ke ) blog kepada hal bukan datangnya dari jiwa dan diri sendiri , hanya memenuhi keperluan ‘update’ semata² – lama kelamaan kebosanan dan keletihan mengejar ‘dateline’ target untuk sentiasa ingin melihat peningkatan earning berlaku.
Contoh – hari ini anda post kisah hangat cium mulut Nabil Raja Lawak , visitors dan pageview meningkat memuncak setinggi Gunung Everest, 3-4 hari kemudian graf akan menjunam kerana carian tersebut bukan sehangat hari pertama lagi.
Untuk menampakkan peningkatan kepada blog, anda post pula kisah terhangat hari tersebut – Kisah Uncle Seekers dan bekas Permaisuri Agong, Permaisuri Aishah dalam episode “cinta shyy” ( tak ingat nak eja macam mana, saya baca kisah tersebut sekali saja – itu pun tak semua siri )
Anda gembira melihat stastistik blog. Sampai saat ini, anda akan menjadi ketagih. Blog peribadi sudah lari dari tujuan asal. Segala etika dan ‘keberkatan’ yang anda pegang waktu mula² membina blog telah hilang hanya kerana seronok dan ghairah mengejar trafik. Sedar tak sedar lebih separuh isi kandungan blog peribadi telah menjadi kisah peribadi orang lain. Anda mula bercerita tentang orang ketiga tanpa tahu betul atau salah.
Ini adalah tanggungjawap dan amanah serta jujur pada diri sendiri yang pada akhirnya datangnya ‘keberkatan’.
Sebenarnya ada banyak lagi saya nak membebel … dah disuruh membebelkan tapi apa yang saya nak cakap mungkin akan jatuh tertempek di batang hidung sesiapa – nanti ada hati yang terluka.
Cari dalam blog ini – pernah tak saya menulis mengenai blogger lain, kalau saya tak suka cara mereka, saya mengelak untuk berada dalam komuniti tersebut. Saya unfollow atau unsubscription dari Google Reader, saya mengelak untuk membaca dan mengelak dari mengutuk mereka walaupun sekadar di dalam hati. Untuk buat semua ini perlu kekuatan bukan sedikit dari dalam diri kerana lumrah kita manusia – benda yang ‘syaitan bergedik’ di situ, benda itulah yang paling sedap dibuat.
psst – saya pernah menulis mengenai Hellioz , itu pun atas permintaan beliau sendiri – Hellioz – Entri Ini Untuk Kamu
ok..ok berbalik pada entri ini ( biasalah kalau dah membebel – kelaut sudahnya )
Entri blog ini tak menarik? Cerita anak laki bini? Rasa bosan?
Ianya tetap milik saya – bukan tajaan atau entri berbayar. Inilah kepuasan diri yang menyebabkan saya tidak pernah bosan dengan blog ini walaupun ganjarannya bukan dalam bentuk kehadiran trafik yang boleh dibanggakan atau earning mencurah² untuk diprintskrinkan.
‘pause’
Nak keluar pergi Giant kejap – beli barang dapur – esok mak nak datang. Esok je sambung membebel lagi…
Nota : Kepada otai² cikgu² yang buat tutorial ajar letak link entri terkini kat kotak komen, tolong letak tanda amaran ” Jangan lakukan ini di kotak komen blog wordpress – komen anda secara automatik masuk spam box dan Ip anda di labelkan spam oleh Akismet” kasihan anak murid anda penat2 nak tulis komen secara berhemah tetapi masuk kotak spam.
Minta maaf, saya tak approve komen yang buat macam ni sebab saya gunakan plugin Commentluv. Jangalah tamak sangat der…….. hidup lebih sedap kalau bersederhana.
©kujie – jawapan klasik – blog aku , ikut suka aku!
Salam Kujie,
Kak Long suka baca entri ni. Mengingatkan diri tentang tujuan berblog dan moga dapat mencontohi Kujie yang sentiasa maintain luar dan dalam blog…ehemm… 😀
sangat suka kupasan ni…thanks…berguna untuk saya yang masih baru ni….
hai, kak jie. nk kwn bleh
Nur rasa kalau Kak Jie membebel selalu pun takpe. Teguran atau bebelan dari Kak Jie ni banyak unsur2 tersirat. Kak Jie memang ada prinsip dan teguh dengan pendirian. Tahniah kak.. Teruskan berkarya dengan penuh keikhlasan.
kak kujie kita pun menulis dari hati juga… tu yang bila tak de idea sunyi sepi… huhuhu….
Ohh Kak Jie adalah seorang blogger yang berprinsip dan saya respect pendirian tersebut 🙂
setuju tu kakjie, awal-awal dulu pernah test kaedah dapat trafik ngan berita hangat.. senang dapat trafik.. tapi rasanya not for me kot..
sekarang ni cuma fokus dekat niche tertentu je 🙂
rasa bahagia bila kak jie membebel…hehehe…betul kak jie memang selalu terbabas, tapi sekarang dah mula kembali ke jalan yang benar…eceh…nak blog ikut suka hati tanpa fikirkan traffik dan $$$$…
boleh tak macam tu?
dah tak peduli pasal ranking dah.. malas nak fikir.. lau de idea, tulis la.. lau tak, nasib la blog tu.. hehee
pernah juga saya hampir terjerumus dalam keseronokkan mengejar traffik…alhamdulillah…pulih sudah…
yg penting, berblogging dgn penuh hemah dan beretika…menulis bukan sekadar utk syok sendiri…
sy penah jd cmni..tension sgt.lepas cek smula, rupa2nya salah setting kt nama blog; sy biar nama blog kosong.
kalau tak sama mslh kita, ikut notification yg luv comment kuarkan kt bwh tu.
sori kak jie..sy jwbkan 😀
menulislah dari hati, jangan menulis kerana nak duit or glamour..nafsu blogging akn hilang nnt..wawawa
smart and stedy…
wah boleh buat tagline tuh..huhu
bagi saya selera berblog tu memang akan sentiasa ada, setakat ni masih ok lagi, alhamdulillah..
membaca terus membaca dan membaca…
kenapa comment luv sumi tak berfungsi ye kak?? pelik la…
yang pahit tu ubat…. 🙄
mungkin mereka hendak mengejar populariti. saya sokong semua yg dikatakan di atas oleh pelawat lain. saya rasa ramai orang mula hilang minat akibat sesetengah otaimelabel blog peribadi ini membuang masa tetapi bagi saya tidak.ia merupakan legasi kita.
p/s:sudah lama menjadi silent reader, abru ada semangat nak komen
Salam perkenalan kak jie, betul lah apa kata akak..pergi blog sana sini dah macam baca majalah hiburan plak jadinya. Macam mama, memang tak minat baca gosip2 ni, mama lebih suka baca kisah peribadi ala2 diari tu…saja suka2 nak selami kisah hidup orang lain 🙂 bukanlah bermakna bizi body..hihii..tapi ada pengajaran dalam cerita2 tersebut yang boleh kita ambil.
K.Jie,
saya pun sama.. suka baca entry sendiri yang lama-lama 😉
sama la kakjie, seboleh2nya saya buat tapi dengan my own style, huhu
Bukan faham ke tak faham tu.. tu kes tak baca entry sampai abis.. teruja nak komen kot.. 🙂
btul tu.. skrg ramai yg duplicate artikel dlm akhbar like kosmo, utusan etc dan update bende yg sama.. naik luak dh tgk.. hurmm..
betul tu bro dan kakjie.. semuanya berblog pasal nak jana duit.. niat sudah lari, inikan pula kandungannya nanti.. hurm..
yups betul cuba kaitkan dengan readers…
pergi mana?.. pergi ke 2 ALAM.. hahaha..
haa,tu r kan.. kena pandai olah gak r kirenyer..kaitkan isu semasa dengan situasi diri..wow, bunyi mencabar,kena byk blajar cara penulisan yg relaks dan ada isi ni..karangan SPM pun rasanya tak susah mcm tulis blog kot.. hehe
blog bean dalam Google Reader Kak JIe, kadang2 baca – tanpa komen… dah tua2 ni masa depan komputer dikurangkan. 😆
nak buat entri based on this entry la 😆
oh lupa klik saya bukan spammer
bila bosan, jangan update………..berpoya2 kat twitter pula..hehe 😆
Kak Jie suka baca entri sendiri… entri lama2…ada rasa ada jiwa….dari entri tersebut yang mengimbau kenangan 😆
susah… sebab kita lahir lain generasi dgn blogger sekarang…dia org generasi ‘semua nak cepat’ 😆
bila masa rasa nak berhenti menulis………berhenti saja..jangan penatkan otak nak fikir ayat demi ayat..hehehe
tadi pergi suka suki dgn anak…. 😆
tak de komen lagi…………semuanya setuju..hehe
tapi isu ini m emang agak pedas dan sukar diterima….cakap lebih2 org tak suka 😆
bila graf visitor menurun, mulalah rasa down…hilang mood dan berkerja keras nak penuli ‘target’
tekanan sebab nak capai trafik – blog untuk rehatkan minda – bermesra dengan teknologi – biar tulisan buruk, kisah celah dapur tetapi itu hasil dari ‘kepala otak’ kita sendiri – kepuasan yang tak ternilai
sikit2 tak pa Kak Ina…tapi baca kisah anak Kak Ina kat India tu pun best.. itukan catatan peribadi yang menarik
Kak Jie takut nak sebarkan hal orang lain – kalau esok tiba2 pergi mengadap PenciptaNya…blog ni terus hidup di alam maya..setiap org yg baca walau kita dah tak ada…sampai kat kita di alam kubur sana tu…………. sebab tu sedaya upaya nak tinggalkan tulisan yang baik2…hehe
kadang2 terbabas juga…manusia ni mudah digoyang 😆
setuju……betul…betul…. macam pergi mesorat PIBG je 😆
tetaiba je tau……..ini lah yang kak jie seriau nak keluarkan entri yang agak pedas – selalu berkias2 lemak berkrim takut mencederakan hati orang 😆
dan mereka bagi ‘backlink’ berharga rm 0.25!
ini yg ramai tak sedar – nilai backlink yg dia bagi setiap minggu 2-3 kali nilainya serendah itu. Kita perlu ada rasa ‘hormat’ pada blog sendiri – hargai dan letakkan nilainya pada kedudukan yg sepatutnya
selalu cakap benda2 ni melalui email pada sesiapa yg tanya tips atau panduan…jarang menulis secara terbuka
seriau….ramai yg tak suka kita berterus terang 😆
minggu2 akan datang dah kurang membebel…anak2 dah cuti sekolah…..membebel kat anak2 le pula 😆
sebab tu kak jie cuma baca saja …tak komen
sebab entri tu tak perlu di komen lagi 😆
nak pergi mana? he he he
blog peribadi biasanya berkembang dalam komuniti yang tersendiri – geng mak2 dgn cerita mereka, geng geek dengan komuniti mereka dan berabgai2 lagi group mengikut keselesaan dan minat masing2.
blog peribadi pun boleh targetkan search engine tetapi jangan keterlaluan – ada cara yang smart – kaitkan isu semasa dengan peristiwa yang berlaku dalam diri sendiri.
betul la kak.. kena ubah niche macam tu
pastu tukar themes jadi themes magazine ke..
baru kena kot hehe
nak kena pulas telinga pula nie 😆
kalau 10% bahan entri ke arah itu, ini biasa, boleh diterima…tetapi kalau 80% entrinya adalah dari sumber suratkhabar.. itu bukan blog peribadi
kena ubah niche 😆
kalau bab jangan itu jangan ini sebenarnya tak berapa gemar nak tulis sebab macam menyekat kebebasan orang lain tapi ini bukan entri larangan……ini entri pandangan
Kalau entri ni agak pahit, jangan telan ye… hehehe 😆
benda2 mcm ni sebenarnya bukan mudah untuk ditulis secara terbuka – risau mencederakan hati orang tapi ini adalah pandangan dari Kak Jie, belum tentu sesuai untuk orang lain
hehehe…pulanglah ke pangkal jalan..mcm sesat je
tak de lah sampai macam tu…peringatan yg kak jie tulis ni utk mereka yang ingin enjoy dalam dunia blogging
tanpa tekanan
dah hidup yang sedap 😆