Petikan dari entri Faktor² Blog Tak Berupdate
5. Dah bosan apa yang ada dalam dunia blogging
Ini nampak gaya kena jumpa Kak Kujie, suruh dia mem”bebel” sikit tentang kesedapan berblog ini sesuai dengan taglinenya ” Hidup Biar Sedap“.
Jadi – entri ini adalah balasan di ruangan kotak komen blog syahrilhafiz.com
Kenapa bosan?
Sebab utama hilang fokus pada matlamat asal. Sudah 5 tahun saya menjadi blogger dan nafsu berblog itu masih stabil. Saya masih dapat seimbangkan gembira dan duka di dalam dunia blog. Saya jarang mengambil sesuatu secara berlebihan – suka dan duka berpada².
Masalah sekarang, ramai blogger yang tersasar dari niat utama dia membina blog. Ramai akan labelkan blog dia sebagai ‘milik peribadi’ tetapi ramai juga yang ‘hilang kuasa memiliki’.
Blog peribadi telah berubah menjadi anak syarikat Nuffnang. Earning > BE > trafik > visitors > pageview > dan akhirnya blog peribadi menjadi duplicate Metro atau Kosmo.
Apabila anda mula hilang fokus, menulis ( tulis ke ) blog kepada hal bukan datangnya dari jiwa dan diri sendiri , hanya memenuhi keperluan ‘update’ semata² – lama kelamaan kebosanan dan keletihan mengejar ‘dateline’ target untuk sentiasa ingin melihat peningkatan earning berlaku.
Contoh – hari ini anda post kisah hangat cium mulut Nabil Raja Lawak , visitors dan pageview meningkat memuncak setinggi Gunung Everest, 3-4 hari kemudian graf akan menjunam kerana carian tersebut bukan sehangat hari pertama lagi.
Untuk menampakkan peningkatan kepada blog, anda post pula kisah terhangat hari tersebut – Kisah Uncle Seekers dan bekas Permaisuri Agong, Permaisuri Aishah dalam episode “cinta shyy” ( tak ingat nak eja macam mana, saya baca kisah tersebut sekali saja – itu pun tak semua siri )
Anda gembira melihat stastistik blog. Sampai saat ini, anda akan menjadi ketagih. Blog peribadi sudah lari dari tujuan asal. Segala etika dan ‘keberkatan’ yang anda pegang waktu mula² membina blog telah hilang hanya kerana seronok dan ghairah mengejar trafik. Sedar tak sedar lebih separuh isi kandungan blog peribadi telah menjadi kisah peribadi orang lain. Anda mula bercerita tentang orang ketiga tanpa tahu betul atau salah.
Ini adalah tanggungjawap dan amanah serta jujur pada diri sendiri yang pada akhirnya datangnya ‘keberkatan’.
Sebenarnya ada banyak lagi saya nak membebel … dah disuruh membebelkan tapi apa yang saya nak cakap mungkin akan jatuh tertempek di batang hidung sesiapa – nanti ada hati yang terluka.
Cari dalam blog ini – pernah tak saya menulis mengenai blogger lain, kalau saya tak suka cara mereka, saya mengelak untuk berada dalam komuniti tersebut. Saya unfollow atau unsubscription dari Google Reader, saya mengelak untuk membaca dan mengelak dari mengutuk mereka walaupun sekadar di dalam hati. Untuk buat semua ini perlu kekuatan bukan sedikit dari dalam diri kerana lumrah kita manusia – benda yang ‘syaitan bergedik’ di situ, benda itulah yang paling sedap dibuat.
psst – saya pernah menulis mengenai Hellioz , itu pun atas permintaan beliau sendiri – Hellioz – Entri Ini Untuk Kamu
ok..ok berbalik pada entri ini ( biasalah kalau dah membebel – kelaut sudahnya )
Entri blog ini tak menarik? Cerita anak laki bini? Rasa bosan?
Ianya tetap milik saya – bukan tajaan atau entri berbayar. Inilah kepuasan diri yang menyebabkan saya tidak pernah bosan dengan blog ini walaupun ganjarannya bukan dalam bentuk kehadiran trafik yang boleh dibanggakan atau earning mencurah² untuk diprintskrinkan.
‘pause’
Nak keluar pergi Giant kejap – beli barang dapur – esok mak nak datang. Esok je sambung membebel lagi…
Nota : Kepada otai² cikgu² yang buat tutorial ajar letak link entri terkini kat kotak komen, tolong letak tanda amaran ” Jangan lakukan ini di kotak komen blog wordpress – komen anda secara automatik masuk spam box dan Ip anda di labelkan spam oleh Akismet” kasihan anak murid anda penat2 nak tulis komen secara berhemah tetapi masuk kotak spam.
Minta maaf, saya tak approve komen yang buat macam ni sebab saya gunakan plugin Commentluv. Jangalah tamak sangat der…….. hidup lebih sedap kalau bersederhana.
©kujie – jawapan klasik – blog aku , ikut suka aku!
sbb tu kak jie berpesan, cikgu2 yg buat tutorial tu kena buat warning utk anak murid dia..jangan buat kat blog wp.
p/s – dah ada juga yg buat mcm tu dlm komen entri ini..entah..dia faham ke tidak apa yg kak jie font merah tu
takut esok kita dah tak ‘ada’ entri semua tu dak de sapa nak padam………sampai akhiratlah apa yg kita tanggung tu
boleh semua tu………tapi berpada², bersederhana jangan keterlaluan..baru nampak smart 😆
Kak Jie pun aihhh…………. kadang2 nak juga ikut trend
tapi rasa mcm terhakis kreadibiliti 😆
sebab tu entri ni tiada perkataan “JANGAN” – Kak Jie tak larang tetapi satu pendapat – ikut atau tidak , tak ada warning…hehe 😆
sebab ‘keinginan’ tak ada sempadan
kita nak nak nak nak…sampai ada ketikanya tanpa sedar tersasar dan mulalah rasa bosan 😥
salam..
ada yg berpendapat blog peribadi tak boleh pergi jauh..apa pendapat akak ye?
cara penulisan pun memainkan peranan kan?
hem…terkena batang hidung sendiri … 😳 bila 😈 nafsu nakkan RM dari BE..
itulah identiti = ramai yang lost dalam mencari idenditi dengan cara ‘mee segera’ 😉
Kak Jie pun rasa juga.. tp jarang nak ambil kisah, sebab biasanya kalau kita tegur nanti keluar ayat klasik ” melayu dengki melayu”..entah apa kena mengena tatau lah
tapi kali ni sebab ada org yg tanya………..on the right time~
mama pula suka mengarang separuh2…ada byk dlm draft yg tak siap2..haha 😆
setuju dgn kata2 kak jie…
ada jugak mcm terkena batang idung belalang dgn kata2 kak jie tue.tp itu mmg kebenaran.tak kan smpi nak jd kosmo ngan metro nombor 2 kan…
bila terlalu nak menjaga trafik,mungkin satu masa nanti akan memberi tekanan kpd kita…
blog ni ‘gorup sokongan’ kalau Kak Jie tak update, ada ramai penulis lain blog akses blog ni..dia org update 😆
Jadi tak akan rasa bosan dgn diri sendiri..hehe
memang benar apa yang ditaip oleh kak jie tu.. bila duk kejar cerita hangat untuk traffik, lama-lama bosan akan melanda.. lebih baik cerita ttg diri sendiri.. heheh
duplicate metro dan kosmo.. hahaha.. naik muak bila baca benda yang sama.. takde modal nak bercerita, terpaksalah ‘curi’ sumber asalkan visitor nuffnang naik.. esoknya buat entry pulak pasal statistik.. hehe.. ntah la.. nak ‘kecam’ sangat nanti kata kebebasan nak berblog dah takde.. itu tak boleh ini tak boleh.. tapi fikir lah apa tujuannya, apa yang baik buruknya..
walaupun blog ku dah tak berupdate, still tengok google analytic setiap hari.. =P
susahnya bila dah terasa bosan…mood untuk menulis pon semakin berkurang…
hehe…first of all thanks kak jie sebab usha blog saya…second thanks sebab entri yang best…anyway you got the point…nak jadi blogger tak susah tapi nak bikin orang suka dengan penulisan kita itu quite susah lah
hehe stuju tu kak Jie.. walaupun blog saya jarang update, tapi sesekali update tu saya puas sebab saya tulis dari hati. 😆 😆
©kujie – jawapan klasik – blog aku , ikut suka aku!
terbaik. bukan sekali kita dah kata. banyak kali. kadang kala kene ajar juga. walaupun pahit. sepahit buah maja.
AIkk??tengah semangat bace ni ttbe pause..
sbb 2 sy kkdg jarang cite psal bende2 yg hangat pisang goreng ni..
ske cite psal bende2 yg bleh difikirkan bersama, tp wat sementara waktu, xde idea..hehehe
semua yg kak jie bebel tu ada pada saya..dari blog peribadi mula bercerita pasal hal orang lain..hmmm
setiap ayat kak jie ada betulnya, aha super suka this entry =p
thanks kak jie…byk yg betulnya dan kena hidung sendiri juga..oh, i dedicated my latest entry to kak jie..Kak Jie, sumber Inspirasi…
esok mak nk dtg, lusa anak buah nikah, ahad kenduri belah perempuan ( yg kita org p minang hari tu..blk kita jumpa kat R&R tu ) kemudian minggu depan 28 kenduri kat rumah kakak ipar pula kat Bangi tu…awal dah kena p rewang kejubus segala bagai ni…
jumaat ni adik pun nak datang..huhu
kalau dah ada tetamu, tak kan tuan rumah nak dok goyang kaki beronline , kot…aih…sungguh kurang sopan! 😆
Yup, betul tu apa yang ditulis.. Saya setuju.. Kadang kala saya pelik melihat beberapa blogger asyik blogging atau whining tentang BE dan visitors tiap2 minggu.. Bosan..
I hardly check my weekly money making.. Entahla sebab I rasa I blog to make myself happy. Sometimes bila macam2 benda dalam fikiran, nak menulis untuk lepaskan stress.. And also making new friends and seeing lots of comments at my posts adalah lebih mengujakan drpd tgk berapa BE dan sebagainya 😛
Well, that’s just me
hahha.. kat rumah maza pun hampir sama scenario nya.. berebut dgn anak..
dan mcam baiasalah.. anak2 akan mengalah dgn bapak. Oppsss! hehehhee
“Ayah buat kerja. Ayah buat kerja. Lalu, lalu, lalu…”
baca juga maza, kat google reader, kadang2 tak sempat nak tinggalkan komen
anak2 dah cuti – ada kt rumah dari minggu lepas – PC ni mcm dah tukar hak milik…tak kan nak berebut dgn anak2, kan… 😆
sminggu 2 ni memang sebok dgn hal lain, x sempat nak update belog atau singgah di belog kak jie, tp sesekali baca bebelan kak jie ni terus rasa smangat yang baru nak pergi tu datang balik, ibarat baru lepas taruk minyak angin kat perut, kembung2 loya2 terus nyah..
Pernah jugak terfikir bila kak jie nak membebel. Tapi hari dah dengar bebel tu. Dah terus semangat semula. 🙂
hahha.. setakat hari ini maza merdeka, dan sesuka itu juga ada macam2 cerita di blog GKKJ.. hehehe
psst: dah lama kujie tak menyinggah, meh ler.. ahaks…
Thanks K.Jie
leteran yg bguna 🙂
terima kasih kak jie sebab ingatkan zqah 😀
Bebel Kak Jie, jangan tak bebel 🙂
hmm macam-macam
niat mulanya baik lepas tu dah fulusssss
sekali sekala baca kak jie membebel ni best jugak. banyak input sbnarnya.. =)
Leteren yang penuh makna…rasa macam terkena..hahaha….memang kalau berblog ni mudah tersasar, tambahan kalau nak kejar visitor…dari blog peribadi jadi blog apa tah. Saya kalau buat artikel, buat yang saya tahu je…huhu…
macih skali lagi atas entry menyedarkan diri. saya harap tidak terbabas hingga ke gaung layaknya. haha. thanks kak! 😉
betul tu kak jie..sgt setuju…saya pon selalu gak tersasar…tapi pulanglah ke pangkal jalan…
Suka dengan jawapan klasik tu.. “blog aku, ikut suka aku”.. 🙂 mcm penuh makna.. Biasa yg buat link entri terkini dlm komen tu dari blogspot.
yg hot2 kita baca ja kt blog org len..blog kita,tulis pasal diri sndiri sudeh,kan kak jie..mana nk tau,kot2 nnti blog pasal diri sendiri ni boley jadi manuskrip sejarah ke kan besok2..
hihihi!
itu la pasal..
matlamat lari dari yang asal memang susah nak balik semula..
sebab tu enjoy je blogging ni..
tak payah memikirkan apa sangat….=)
kakjie,
membebel penuh makna, i will take note that…kadang2 saya juga terbabas sama
Pada saya tak salah mengikut trend,yang silap MENGEJAR TREND gara-gara trafik yang tak seberapa…hanya pandangan blogger kecil-kecilan 😎
thanks kak jie. tapi betullah..bila tersasar dari matlamat asal, mulalah, mudah terasa bosan dan tertekan..;)
senang jer nk dpt trafik, tp tak besty. mcm i mmg stick to bab kewangan
Sama laa kita kak jie! kadang pegi mana mana baca tagline yg sama je… last time ada jiji dok soksek kat blog sendiri sb tulis kebosanan baca blog blog yang rata rata pegi mcm tgk iklan je manjang! takpon mcm baca majalah hiburan@!~
yonna malas nak mengarang ayat.pastu resize gambar hahahahha. =p twitter adalah salah 1 penyebab T___T cehh alasannn,
p/s : rinduuuuuu mama!
Kadang2 rasa “lost” dalam blog sendiri,mungkin ini adalah penyakit seorang blogger..tapi Kak Jie tetap ada idea untuk menulis ;-)… tu yang jeles tu..
menulis dari hati sendiri =)