Bila saya buka sesuatu blog, dan paparan ini memenuhi skrin komputer, saya terkedu. Sebagai blogger yang membaca post entri, saya dinafikan hak tersebut.
Beliau hilang seorang blogger yang berkemungkinan menjadi pengunjung tetap atau pembaca setia. Pembaca blog mungkin bukan sasaran keutamaan beliau.
Kadang² ruangan komen pun tertutup dengan iklan atau icon comel gedik². What you give, you will get back, tak boleh nak salahkan orang tak baca atau tak komen.
Tapi tiap orang mungkin membina blog dengan sebab berbeza. Beliau mungkin ada sebab tersendiri dan kerana itulah apa yang dipamirkan untuk ‘pandangan pertama’ pertemuan dengan pengunjung. Beliau bukan buat blog untuk saya – saya faham.
Saya terlalu kerap bertemu dengan layout blog seperti ini . Warna background blog ini bukan warna asal, saya telah tukar dan padam entri yang mungkin boleh mencetuskan rasa tidak selesa blogger tersebut. Entri ini bukan ditujukan kepada seseorang tetapi sebagai hebahan umum. Image sekadar contoh.
Iklan header tu bukan tetap kat header…. dia duduk kat header skrin, ikut je mouse jatuh tergolek!
p/s – entri ini bukan nak mengata sesiapa , cuma nak tunjukkan gambaran yang mungkin kita sebagai tuan blog tak sedar. Tiap orang gunakan browser yang berbeza. Cantik lawa depan skrin kita belum tentu sama dengan komputer orang lain. Kalau blog saya juga mempunyai cacat cela herot sana sini, sila bagi tahu ye… nak membaiki diri dari teguran orang.
saya tak tulis tips ‘jangan’
Edit :
Untuk memudahkan pembangun laman untuk melihat kesesuaian laman web dengan kepelbagaian pelayar ( baca browser ) ( tak semua pengguna menggunakan pelayar yang sama ). Pembangun laman web boleh menggunakan laman web http://browsershots.org/ sebagai rujukan
tu la..kekadang masuk blog gini penuh ngan iklan je..padahal entri pun seciput jek..hampeh je rasanya melawat blog tu.. 🙂
tp kalau byk sgt iklan sampai nak baca entry pun susah…org pun tk nak masuk kan kak jie…
i’ll skip that kinda blog. a lot of blog does better design.
Creative blog from kujie, regards from indonesian blogger.
saya budak baru belajar… sebelum ni pun dari tutorial akak juga la saya belajar… 😳
eleh boleh je kak…
kita suka baca entri ,kan… dari situ baru kita kenal karektor tuan blog..baru kita membina perhubungan bukan main terjah je
ni mcm panduan nak melawat blog gak ni..bkn blogwalking sia2 yg memenatkan 😆
kata kunci “bersederhana”..biar kedua dua pihak selesa.
blog yg pasang byk iklan, target dia pengunjung blog..kalau keadaan tu dah buat pengunjung tak nak datang lagi..rugi tau
ada blog yg iklan dia banyak tapi tersusun cantik… tk ganggu pembacaan. Kena pandai2 susun supaya memikat pembaca…kalau pembaca tak datang, letak iklan banyak mana pun tak ada hasil juga
kak jie boleh terima kalau blog ada lagu… entah kak jie suka. mcm ada ‘jiwang’ tuan blog yang hendak diselidik..ada rahsia ada perasaan…. itulah seronok menjadi pembaca blog 😆
Waalaikumsalam…
terimakasih kerana komen 😆
kalau blogger yg kak jie kenal, kak jie email bagitau…kalau yg tak pernah bertegur sapa, tak beranilah…sebab yg kita pernah tegur2 ni sekurang2nya kita boleh jangka karektor dia…boleh ke dia terima..
dia orang ada ‘guru’ untuk belajar tutor…guru tu yang bertanggungjawap
#ohyeker
kadang2 tuan blog tak perasan……….. sebab dia mgkn tak klik baca entri dia…mgkn sekali dua kali je..nasib kita yang kena..hihi
Kak Jie suka membaca…rasanya sehari menjelajah banyak blog walau tak tinggal komen…. 😆
Kak Jie tak larang…entri ni tak de perkataan JANGAN…. ini manual panduan je… sesiapa boleh ikut atau tak
orang lain berbeza kehendak.. kak jie memang pembaca blog. Ada banyak blog yg dikunjungi walau tak komen setiap hari…tapi agak kecewa kalau tak boleh baca
harap2…tapi entri ni tiada perkataan JANGAN, kak jie tak LARANG… ini cuma manual panduan. 😆
mungkin tuan blog tak nampak , browser berbeza
tak salah letak iklan…tapi kena letak tempat yang selesa pembaca nak baca blog…. supaya kita dapat pembaca dan pengkomen… benda2 tu menghalang nak baca entri tak boleh, nak submit komen pun tak boleh…
tapi……… tapi… kalau tulis blog suka2 utk diri sendiri, tak ping tak iklan tak spam sana sini , buatlah apa saja kt blog.
sebelum kita jemput org dtg ke blog, kita kena tau apa yg kita nak tawakan pada pembaca, barulah kita akan dpt ‘keputusan yang memuaskan’
biasanya kawan2 yg bertegur sapa dgn kak jie, kak jie akan email mereka kalau ada apa2 yg perlu …. kalau blogger tak kenal tu tak berani lah…. 😆 kena tau sempadan hak peribadi seseorang….kalau kawan….kita kena jadi kawan yang baik…tegur apa yg tak betul bukan mengiyakan tanpa sebab
tak adalah sampai macam tu…. tiap orang ada hak untuk buat apa saja ke atas blog mereka…. cuma ini panduan untuk mereka yang ingin dapatkan pembaca…mgkn dia buat blog utk diri sendiri… tak adil pula nak flag 😆
Kak Jie jarang tegur, Jangan buat itu jangan buat ini…itu macam araham… Kak Jie lebih suka beri contoh macam ni dan biarkan mereka berfikir sendiri…sebab tiap orang create blog dgn berbagai sebab, tak mungkin sama kehendak dengan kita…. jadi ini sebagai manual panduan…masing2 kena ‘baca’ untuk dapatkan hasil yang semaksimum 😆
Kak Jie tak de IE, risau pula blog ni macam mana rupa kat browser tu
Kak Jie biasa email blogger sebab wordpress ada simpanan email pengkomen di sini. Rasanya ramai dah blogger yang dapat email dari Kak Jie untuk beritahu sesuatu yang perlu dibetulkan pada blog meraka.
Tetapi…. untuk blogger yang rapat, yang biasa ulang alik kat blog ini saja…blogger yang tak pernah bertegur sapa tu tak berani nak tegur blog dia orang. Kalau yg dah biasa bergurau bertegur kat sini, sikit sebanyak kita kenal dia, kita faham kerektor dia…. 😆
kak kujie, kalau ada singgah blog kita, kalau ada juga herot2 sana sini… inform2 la tuan blog yerk… 😉
Kak Jie guna plugin Wapple Architect untuk mobile… Kak Jie boleh baca blog ini dari handphone….erk… handphone zana canggih sangt kot…tak maching dgn blog suam suam kuku ni 😆
belum pernah jumpa klik baca seterusnya jadi error…terimakasih..nnt kak jie cuba dari browser lain pula
Dia tengah belajar HTML tu…kalau tak nak tutup ja tab yang berkenaan 😐
bagi orang yg guna fastest chrome lagi lah. skrol sampai ke bawah n bila nak masuk ke page baru, shoutbox yg float kat sblh kanan dok kt sbelah kiri. tutup pn tak jadi apa..sabo je lah
biasanya blogger yang baru nak mengenal dunia blog.mereka lebih kepada cantikkan blog dari cari pembaca setia.. itu cuma pendapat saya la..
iskh… cemane nak baca entry, sbb tujuan utama masuk blog sesorg nak tgk intipati ceritanya?
byk blog saya pangkah sekarang ni. iklan satu, bahasa nya ke dua. byk perkataan yg dah diolah bahasa mereka sampai saya sungguh takleh nak faham.
er.. kak jie.. nak tanya, blog kak jie nie leh di mobile browse kan tak? sbb zana suka baca thru tipon. cemane beso dlm kat monitor cenggitu gak dlm phone. besar2kan tros hp off. beso bena kot pagenya. 🙂 er.. lagi satukan.. kekadang zana click ‘ baca seterusnya’ ada error. nape ya kak?
emm…kalau blogspot, mahu kena flag nih blog macam tu..
ye, iklan float, shoutbox float, apa lagi tu, haa whos.among.us pun float, pepe je lah yang float2, kiri kanan, atas bawah, dok ngekor je, buatkan kureng minat nak terjah kat situ. err..kakjie, sy punya ok tak?huhu..
cukup je tempoh, rasanya iklan di blog saya pun akan dikurangkan..priority kepada pembaca saya sahaja..tengkiu kak jie..
saya pun kadang-kadang tak selesa masuk blog macam tuh, iklan terapung, icon bergerak ikut mouse,,memang cantik tapi tak best. so, masuk sekali je la. kadang-kadang rugi, entri dia best tapi sebabkan semua tuh, mood nak baca pun terbang.
biasanya bila jumpa blog macam ni terlintas “dia nak belajar HTML”..blog testing je tu..hiks! XD
Dah semangat ni nak baca isi entry tu, tapi sekali pang kena tutup dengan iklan terapung itu semua. Erm kalau waktu mood okay tak apa. Kalau waktu mood k.o..terpaksa batalkan niat nak baca. 😥
rimas la iklan terapung tu kak jie..kalau kita rimas apatah lagi org lain. bila kita tegur nanti dibalas pulak “blog sy, sy punya pasal..” so mmg pastu tak masuk dah blog yang ada banyak apung-apung ni.. huhuhu
Assalamualaikum,
Pangkah aje…macam peergi ngundi tu 😉
Lagi sadis bila shoutbox dia pun gerak2 hadang bacaan…apa kes. Tak kan nak baca komen yang orang tinggal. Tak pun tuan rumah hanya nak kita tinggal komen je kot, tak payah baca 😉
fuyoo.. semua iklan dia nak buat float.. susah la gitu kan.. kalau yg bukak blog guna netbook or windows yg lama.. semua blog tu tertutup dengan iklan je..
betulla kak jie…kat skrin kita nampak molek..kat skrin orang nampak kecil moleklah pulak…tak sama macam kita nampak…yang baiknya, kita boleh bagi pendapat…
Assalam…
Singgah membaca..
satu lagi kak jie, blog yg ada lagu. bagi yang suka pasang muzik kuat2, boleh terkejut beruk dibuatnya. lagi2 bila blogwalking tengah2 malam sambil pakai headphone. 😡
kalau yan serius mmg terus pangkah sbb mmg xleh nk baca entry, nak komen apatah lagi, sbb nk tulis komen xnmpk apa yg ditulis, selindung dibalik widget2 tu, kalau guna laptop tahan lagi, kalau guna netbook aspire one lagi sadissss penuh widget je kt scree
Terimakasih berkongsi info KAK KUJIE.
Memang adakala iklan jadi penyemak mata dan kepala. Sori, memang lari terus.
mmg rimas kalau jumpa blog yg cam gitu…tp itula kan maybe dia buat blog bukan utk tatapan umum…
Rimas. Ada tu pulak suh kita follow dia dgn blog yg bersepah-sepah iklan dan yg tak selesa bila iklan tu turut mengekori bila kita scroll up & down. Maaf cakap, kebanyakkannya student. Sumber topup prepaid dorang kot…
memang ramai blogger yg suka pasang iklan terapung skrg ni..
kalo 1 tu ok lagi..
kalau kat twitter, kena guna hashtag #damnitsotrue haha.