Kadar Baru Kompaun Saman Trafik
Isu Semasa

Kadar Baru Kompaun Saman Trafik

Saya mempunyai pengalaman dengan saman trafik yang agak kelat. Saya berYear End Sale (YES)  akhir tahun lepas di balai polis trafik selesaikan 18 saman trafik yang telah  diberi diskaun 50%.

Saya ada pengalaman tak boleh nak perbaharui cukai jalan kerana telah di blacklist akibat  24 saman dengan jumlah rm 4700.00

Awal bulan lepas sewaktu terima kereta baru, ada seorang kawan hantar SMS  ” Bolehlah merempit”.

ha ha ha… makcik rempit dah insaf, ok.  Sekarang bawa 80lm/j atau kalau di lebuhraya duduk lorong paling kiri dengan RM 100km/j.

Sebenarnya bukanlah sebab² saman tu…saman tu semua bukan saya seorang yang buat. Itu semua saman bekas pekerja² suami  yang merempit sebab bawa kereta bukan milik sendiri.

Saya sangat² berhemah memandu sekarang, penuh sopan santun. Saya risau kalau berlaku apa². suami di sana susah hati memikirkan kami di sini. Nak balik bukan dekat.

Saya baru check saman trafik, rekod saya dan suami bersih. Tiada hutang tertunggak. Tiada saman ekor atau pun saman tangan.

Kita buat kesalahan trafik hampir sepanjang hidup, kecil-kecilan hinggalah pada kategori besar.   Mungkin kita pernah lakukan kesalahan  1000 kali tetapi  terlepas.  Bila kena saman sekali, kita bertegang urat leher cuba membebaskan diri.  Kita tak ingat pun baki 999 kali yang terpeliharan dari diketahui.

Bagi saya, kesalahan tetap kesalahan walau pun polis trafik tak nampak, tetapi Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Melihat.   Sama seperti membuang sampah merata² walaupun tiada sesiap yang melihat.

Saman yang saya dapat  sekali dari 1000 kesalahan yang terlepas itu adalah peringatan/ amaran / teguran dari Allah – kita bukan saja ada tanggungjawap kepada Dia Pencipta tetapi kepada kehidupan kita di dunia.

Ini perasaan dalam diri saya, kita berbeza dan sudah semestinya punya rasa dan pendapat berbeza.

====================================================

Sistem pembayaran saman oleh PDRM, JPJ dan DBKL telah diselaraskan berdasarkan prinsip ‘The More You Delay’, ‘The More You Pay berkuatkuasa mulai 1 Mac 2011.

1.  Kategori Pertama : Kesalahan yang menjadi penyumbang utama kemalangan, keselamatan, pengguna, kesesakan lalu lintas dan perkhidmatan pengangkutan awam .

Kadar kompaun –  RM 300 , tak ada kompaun

Contoh Kesalahan :

  • Memandu laju melebihi 40km/j dari had yang dibenarkan.
  • Melanggar lampu isyarat merah
  • Tidak memakai tali pinggang keledar
  • Memotong Q
  • Menggunakan lorong kecemasan
  • Pemandu teksi tidak menggunakan meter

2.  Kategori Kedua: Kesalahan berkaitan tingkah laku negatif pemandu dan kesalahan teknikal pada kenderaan yang boleh menyumbang secara aktif kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kadar kompaun – Bayar dalam tempuh 1-15 hari selepas dapat saman RM150, antara 16-30 hari RM 200 dan antara 31-60 hari RM 300. Bagi mototsikal bawah 250cc, RM 100, RM 150 dan RM 300.

Contoh Kesalahan :

  • Memandu laju – lebihan kelajuan kurang dari 40km/j dari had yang ditetapkan
  • Membuat pusingan U di kawasan yang tidak dibenarkan
  • Tiada lesen memandu
  • Berhenti dipetak kuning
  • Tidak mematuhi isyarat “No Entry”
  • Brek tidak efisyen

3.  Kategori Ketiga: Kesalahan teknikal pada kenderaan yang secara pasif boleh meningkatkan risiko kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.


Kadar kompaun – 1-15 hari RM100, 16-30 hari RM 150 dan antara 31-60 hari RM 250. Bagi motosikal bawah 250cc – RM 50 , RM 100 & RM 150.

Contoh Kesalahan :

  • Lampu tidak menyala
  • Lampu brek tidak berfungsi
  • Tidak memasang lampu
  • Tidak memasang cermin sisi
  • Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian

4.  Kategori Keempat: Lain-lain kesalahan selain daripada di atas yang tidak menyumbang kepada kemalangan, kesesakan dan perkhidmatan pengangkutan awam.

Kadar Kompaun – 1-15 hari , RM 70 , 16-31 hari – RM 120 & 31-60 hari RM 150. Motosikal bawah 250cc RM 40, RM 70 & RM 120.

Contoh kesalahan :

  • Plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi
  • Lesen memandu tamat tempuh
  • Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan barangan
  • Tidak membuat tukar milik
  • Tidak mempamerkan plat ‘P’

Sumber dari : Facebook Rasmi  Polis Diraja Malaysia. Maklumat lanjut hubungi balai polis terdekat atau di talian 03-22663333/3444, 03 – 2266 2222, 03 – 2031 9999. Emel : mcc@rmp.gov.my

Ditaip semula oleh jejari runcing ( bukan Elia awek Khairul Fahmi Che Mat ) kujie2.com selama 5 jam. Segala maklumat yang dipaparkan disini adalah betul pada masa ianya ditulis.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Kadar Baru Kompaun Saman Trafik

  1. aq geram betullh dapat saman hari nie. padahal aq g pasar dekat jer ngan umah. nama je bandar tenggara,kota tinggi. tapi bukannye bandar wei,pekan jer. aq g naik motor g pasar dekat je ngan umah,jadi aq x pakailh helmet.. x tahulh pulak,masa on the way blik adalah mamat polis bantuan ni saman aq n adik aq. benggang wei.. aq x dpat terima sangat situasi ni. masalahnya org kampung klaw g pasar depan umah memanglah x pakai helmet… nie semua giler.

  2. saya penah nak kena saman sebab bwk tangga atas kereta,saya berani bawak sebab dulu penah lalu rood block jpj tak kena saman,cuma tengok lesen IC, tapi bila saya tanya polis tu dia cakap undang undang polis ngan jpj lain, tak paham betol,hati jadi sakit,mintak penjelasan

  3. sy penah byr saman tak pakai helmet RM300 sampai skrg klu pakai moto misti pakai helmet 😳 . Tapi skrg x de lgi yg nak saman2..merata2 je budak2 gune moto x pakai helmet.. 👿 cissss

  4. Salam,nk tanya skit…klau saman daripada kesalahan tidak melekatkan tanda P di bagian blakang dn dpan kereta ,ape efeknye yer???dengar khabar angin, kene tarik P walaupun x pernah buat kesalahan…betul ker???Mekasih….

  5. saya pernah kena saman sekali je seumur hidup tu pun pergi serah diri ke balai polis iktu kata polis tu org yg awk langgar pun tk dtg kenapa awk datang ? saya balas sy tk pernah buat salah sbb tu saya takut bila buat salah huhu

  6. tapi saman yang bukan kesalahan kite cmne tu kak jie? (saman atas kesalahan traffic obstruction, tapi x pnh pun pg dkt tmpt kene saman tu..xpasal2 masa cek kat rilek ade saman)adei…kene ‘ngadap’ balai untuk settlekan masalah… tu yg x gemar…

  7. so far.. alhamdullilah selama 6 tahun bawak kete tak pernah lagi kene saman..
    eh pernah sekali kot..tapi tu pun sebab ‘kene paksa’ ngn kawan..

    tak kesah la orang cakap saya bawak kete slow macam siput.. asalkan saya hepi..

  8. Ada orang disedarkan cepat… ada orang lambat, mcm kak jie..kehkeh

    tapi serius, bila kita berusaha kerasa langsaikan hutang dunia kita tu…. mesti ada kesedaran yang lebih kuat untuk mengelak buat salah kali ke dua , ketiga….dan seterusnya.

    ini pengajaran paling baik.

  9. kata org sepandai pandai tupai melompat…. sebelum ni terlepas je, sekali dah kena , belajarlah redha , je tak? 😀

  10. Kena bayar saman sudahlah satu hal kemudian hendak pergi bayar pula. Sekarang sudagh ada MyEG boleh bayar online itu pun masih liat hendak bayar 🙂

  11. pernah juga beratur panjang setelkan saman smpai berpeluh-peluh tp tak lah banyak macam kak jie..lps kompaun byr la dlm 290…tu pun dah rasa serik nak parking merata dan bwk laju…syg woo duit tu. ada btulnya kata kak jie, itu cuma sedikit peringatan, sbnrnya byk lg kesalahan yg x di snap camera..byr je la tnpa byk songeh…haha

    *kalau kat hway lebih suka ddk lane tgh..takut nak duduk lane kiri…lori besar2

Comments are closed.