Apesal? simple je kan domain yang menggunakan warna oren sebagai warna tema. Apesal.com adalah juara kategori Best Social Media Icon of the Year – International dan calon finalit untuk kategori Social Media Champion of the Year pada majlis Malaysia Social Media Week (MSMW) 2012) baru-baru ini.
Selepas Geng Blogger, saya kurang mendaftarkan diri ke laman ping aggregator lain kerana 70% entri blog ini berkisar kepada kisah peribadi. Saya pun tak ingat bila saya mendaftar dengan apesal.com. Mungkin kerana kawan² kroni juga kot. Pemiliknya saya kenal.
Kalau nak tau apesal.com tu apa, cuba tengok widget yang mengandungi 6 post bergambar di akhir entri ini . Itulah widget dari ping aggregator apesal.com .
Apesal.com adalah medium perkongsian trafik dikalangan blogger. Dengan adanya widget tersebut, barulah perkongsian pintar itu dapat dilaksanakan.
Selepas mendaftar, klik Get Your Widget untuk mendapatkan jenis, bentuk widget yang bersesuaian dengan blog.
Bagaimana apesal.com membantu blogger untuk mendapatkan trafik?
Bila mendaftar, pihak apesal.com akan set traffic sent 1000 (secara percuma) untuk memastikan blog tersebut mempunyai peluang untuk mendapat sehingga 3000 hits. Tapi janganlah sampai tak letak widget. Hidup mesti ada give and take. Tak kan nak untung sorang².
Selagi kita tidak mencapai exchange ratio 300% , entri yang kita ping akan terpapar pada widget di blog orang lain yang memasang widget serupa.
Exchange ratio = (traffic received / traffic sent) x 100. Traffic sent (graf biru) adalah trafik yang datang dari widget blog kita ke blog orang lain. Traffic received (graf merah) adalah trafik yang datang dari blog orang (widget) ke blog kita.
- Salah satu cara untuk mendapatkan exchange ratio yang tidak tinggi ( ratio saya 89%), letak widget ditempat yang mudah untuk dilihat. Kalau kat sidebar, janganlah letak kat nun bawah kat hujung dunia. Pastikan kedudukan widget berada selari dengan page utama blog. Saya jenis blogger yang tak suka blog meleret panjang² jadi saya kurang memasang widget di sidebar sebaliknya saya letakkan widget di single post bawah setiap entri.
- Upload gambar yang menarik dan jelas juga menjadi daya tarikan pengunjung untuk klik kepada entri tersebut. Gambar seksi dan lucah memang menarik minat pembaca untuk klik tetapi jangan lupa pihak apesal.com mempunyai penapis santan seperti Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana meraka sangat menitikberatkan kandungan blog dan kualiti blog. Jadi baca FAQ sebelum mendaftar.
- Ping hanya entri yang berkualiti supaya mendapat traffic received yang lebih banyak. Tak semestinya setiap update blog perlu di ping. Kita perlu ada piawaian kualiti diri untuk mendapatkan feedback yang berkualiti juga dari pihak lain. Jumlah entri yang kita ping bukan membawa maksud semakin banyak trafik yang kita dapat kerana setiap klik yang berlaku akan mempengaruhi exchange ratio.
- Apesal.com mempunyai ciri-ciri SEO. Jadi semasa submit entri, masukkan data yang betul mengikut SEO. Sekiranya blog tersebut belum SEO, sekurang-kurangnya trafik akan masuk melalui apesal.
Untuk description post, orang selalu masukkan tagline blog dan benda-benda yang tidak berkaitan. Kalau tajuk berbentuk fakta contohnya ” Cara Memikat Suami”, ada yang letak description “betul ke ni?”. Malah ada blogger yang hanya meletakkan titik atau dash (-) sahaja.
Description yang sesuai untuk tajuk seperti ini adalah ” Tahukah sifat atau peribadi yang disukai suami ? Bagaimana cara untuk memikat suami demi kebahagiaan rumahtangga ? “
Saya biasanya akan copy sedutan entri yang difikirkan menarik untuk mempengaruhi orang untuk klik baca selanjutnya. Biar description tersebut menjadi tarikan tanda tanda kepada pelawat.
- Pada bahagian tags / label. Sepatutnya masukkan keyword yang kuat, yang evergreen, yang kukuh untuk berada dalam dalam carian.
Semoga sedikit tips dari pemerhatian saya ini akan membantu blogger lain untuk mencapai tahap maksimum dalam perkongsian trafik dan penyebaran maklumat.
apesal tak register lagi ? klik saja apesal.com
Boleh tak kita delete entry yang telah diping ini
Terima kasih atas perkongsian tentang Apesal.com. Sememangnya amat membantu untuk menaikkan trafik ke dalam blog kita di samping menolong blogger-blogger di sana 🙂
saya sampai sini dari tip rendahkan exchange ratio apesal. wahh,mantap.
wah.. direview oleh apesal. tahniah!
masih bingung caranya menurunkan ratio di apesal.
caranya bagaimana sih?
thanks
dah lama tak ping di apesal huhu. sekarang ni nak guna semula 😀 Terima kasih Kak Jie. Tips yang memang berguna. RAtio Sya setakat ni 90% dah.
memang awesome apesal.com ni…busuk.org pun awesome juga.hehe
Hurmmm~~ ratio aku 300% dan x leh trun2 dah ~~ 🙁
‘Terima kasih APESAL!!’
(>.<)
kenapa saya tak paham pasal ratio nih..ratio saya dah 300 pastu dah xde sape sudi baca blog saya..sobss..T_T
petua atau tips yang mudah
Jangan ping semua entri yang dihasilkan, pilih yang betul² berfaedah kepada orang lain…kalau entri personal , tak menarik perhatian ramai pembaca.
lagi satu.. kalau tak perlu, jangan ping 2 entri serentak
sediakan ruang , contoh hari ini 1, esok baru ping lagi
tahniah sebab mendapat anugerah tersbut dan trima kasih sbb berikan khidmt yg berguna kpd blogger,…skrang ni dah ade 2 laman yg cuba tiru jugak same sbijik cam apesal.com… tak pasti laa knapa wjud 2 laman yg mggunakan sript n template yg same sperti apesal.com. Apa2 pun siapa yg pencetus dia yg tbaik 🙂
baru je pasang widget ni..ternyata sangat berguna untuk blogger baru..
Apesal.com penyumbang trafik terbesar ke blog saya. memang terbaik 😉 terima kasih kak jie sudi kongsi tips ni
Laman web jenis nie kalau letak keyword yang kurang persaingan memang senang nak rank.entri kita pun cepat diindex
apesal, terbaekkk !
Panduan yang berguna..
ratio blog saya.. 144% .. cam tak pernah nak naik or turun..haha
terima kasih kerana membantu dalam menurunkan ratio blog
dah 1 bulan pakai apesal.com ni…so far nampak ok…kene rajin lg usaha maybe leh hit semaksima mungkin visitor…
apesal memang terbaik. walaupun baru setup blog memang terbukti ada trafik dari apesal. untuk newbie apesal sangat berguna. secara tak langsung boleh ping dan promosi blog korang.
nak promote sikit . apa kata jom join booblogs pulak. review blog korang secara percuma 🙂
maklumat yang berguna…
Ouhhh….Baru paham description tu macam mane…. 😀
ooww..baruku tahu…
Saya pernah menggunakan 3 jenis ping aggregator. Tapi Apesal memang terbaikkk setakat ni. Thanks pada Apesal dan juga Kak Jie pasal review kali ni…
sangat berpuas hati ping di Apesal.com..:)
baru je berkenalan dengan Apesal.com ni..:)
terima kasih atas tips2nya Kak Jie, mungkin saya akan mencoba untuk submit artikel saya ke Apesal juga
tips jugak nih, saya tak daftar lagi
Rugilah kalau tidak manfaat fungsi Apesal ini. Apesal banyak menyumbang trafik ke blog saya.
Apesal ~diorang menang award Best Social Media Icon of The Year tu ye? Apesal ? Apesal? LOL.
err alamak apesal saya baru tau pasal apesal ni huhu.. boleh la kot nanti nak cuba hehe
memang menarik apesal nie..pernah guna..sekarang dah tak guna
Terima kasih kak jie. Saye minat jugak nak ping2 ni. Ingat nak try yg busuk tu, tp setelah saye tgk2, byk pulak gambar2 yg tak berapa sesuai keluar…terus tak jadi.
Jadi, kalau apesal ni ada penapis santan yg baik, insyaAllah saya akan terus daftar.
Terima kasih kak jie =)
kak jie pun reg busuk tapi banyak sgt entri yg kak jie tak selesa, jadi jauhkan diri, tak guna lagi.
setakat ni apesal kita boleh pilih kategori yang kita nak keluar kt widget, maksudnya kita sendiri boleh tapis juga
Assalam..
Ada daftar dulu sebelum guna domain, lepas tu dah tak poleh nak ping dah. Tak tau kenapa. Baru je buang widgetnya semalam..
Salam Iza,
Kalau domain blog tak sama mmg tak boleh ping. Hantar email pada kami dan kami akan cuba bantu. 🙂
Ooo…ya ka?
Sekarang masih di kg.
Ok, minggu depan saya send email, InsyaAllah.
Terima kasih.
hmm tak pernah ambik tahu la pulak..hehe
dok tengok merah je, nampaknya kena ambil langkah macam kak jie buat ni la
bagi balance.. 🙂
mmg dah lama guna apesal ni… traffic pon byk masuk dari sini.. mmg terbaik…
apesal.com memang terbaikk..
dok pakai jugak benda ni..sedap sebab traffic exchange.. kalau macam MGID lagi best sebab officer dia akan submit link untuk kita..
Info menarik ne,yang saya tahu blogwalking je,insyallah saya akan try apesal.com pulak lepas ne
Assalamualaikum,
Saya juga dah daftar, dah ping tapi tak tahu kat mana silapnya…entri tu tak keluar-keluar. Mungkin sebab entri saya tu tak ada gambar. Nak godek2 semula dok sibuk dengan urusan duniawi, tangguh je dulu. Apesal punya widget pun dah buang buat sementara waktu sbb rasa macam berat je dok kat situ.
Entah bila sempat buat semula benda alah ni…terima kasih Kak Jie dengan panduan ni
Berat ke? kami sentiasa memastikan widget kami tak berat. biasa kalau kami test, widget yg paling laju load dari benda2 lain. kalau berat, email la kami guna borang hubungi kami dkt apesal tu yer. 🙂
oh, berkenaan dgn post, kami dah periksa, ada satu je post dari blog Anyss – “Jalan-Jalan Keliling Dhaka” yg di post bulan Nov lalu. Dah approve lama dan dah keluar di widget sebanyak 35,377 kali setakat ni.
Kat mana tengok post tu tak keluar? Kalau cari di widget sendiri, mmg takkan keluar post sendiri kat widget sendiri. 😉
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan penerangan dr pihak Apesal sendiri.
Memang tunggu intip2 kat blog sendiri je kot-kotlah nak keluar. Manalah tahu tak keluar kat blog sendiri hu hu hu
Masa daftar dan post entri tu dulu, tak tahu apa-apapun pasal apesal ni…try n error je, tak tahupun percubaan tu jadi ke tak.
Terima kasih, Apesal…nanti saya letak balik widget tu ya. mohon ampunnnn!
Aya pun ada pasang widget apesal.com..buat masa ni exchange ratio = 94%
Ration blog Denaihati 158% ada banyak ruang lagi ni.
saya baru ja daftar apesal.com, 1 jam sebelum saya baca post ni..saya masih tak faham lagi konsep ping2 ni sebenarnya tapi tengok ramai blogger buat, saya ikut la..hehe
menarik gak tp itulah dah jarang sesgt update blog..ni br nak live balik huh…
lama ko menghilang. bertapa..tup-tup..dah nak bertiga dahh..haha
dulu saya pakai apesal tapi tah lembaga tapisan kata ratio saya dekat 300…kadang2 saya buka juga…
penerangan yg lengkap sekali Kak Jie!,kena pakai tapis santan besi tuh he3….
My exchange ratio: 282%.
dulu saya guna perkhidmatan apesal ni, skrg dah x sebab rasa macam penuh sangat blog saya nanti, berat plak loading, hehe
fuh, banyak perabot dkt blog bro. hehe. sebenarnya kami sentiasa cuba memastikan yg load widget kami tidak slow. kalau mula nak slow, kami kelam kabut cari punca dan solution. 😉
Dengan adanya site-site seperti apesal ini akan lebih membantu dalam proyek peningkatan popularitas suatu blog.Patut dicoba….
Terima kasih banyak2 kak jie sbb review kami. Terharu sangat sbb kak jie sudi join dan review.
Pasal penapis santan tu, kadang2 bocor gak kak jie. tp kalau dah repair, santan pon susah nak lepas. hehe :p
Mantapnih, satu lagi toolsyang bisa meningkatkan ranking blog kita punya. Patut dicoba…