Apesal Entri Ini Tentang Apesal?
Blog Tutorial

Apesal Entri Ini Tentang Apesal?

Apesal?  simple je kan domain yang menggunakan warna oren sebagai warna tema. Apesal.com adalah  juara kategori Best Social Media Icon of the Year – International dan calon finalit untuk kategori Social Media Champion of the Year pada majlis Malaysia Social Media Week (MSMW) 2012) baru-baru ini.

Selepas Geng Blogger, saya kurang mendaftarkan diri ke laman ping aggregator lain kerana 70% entri  blog ini berkisar kepada kisah peribadi.  Saya pun tak ingat bila saya mendaftar dengan apesal.com.  Mungkin kerana kawan² kroni juga kot.  Pemiliknya saya kenal.

Kalau nak tau apesal.com tu apa, cuba tengok widget  yang mengandungi 6 post bergambar di akhir entri ini .  Itulah  widget dari ping aggregator apesal.com .

Apesal.com adalah medium perkongsian trafik dikalangan blogger. Dengan adanya widget  tersebut, barulah perkongsian pintar itu dapat dilaksanakan.

Selepas mendaftar, klik Get Your Widget untuk mendapatkan jenis, bentuk widget yang bersesuaian dengan blog.

Bagaimana apesal.com  membantu blogger untuk mendapatkan trafik?

Bila mendaftar, pihak apesal.com  akan set traffic sent 1000 (secara percuma) untuk memastikan blog tersebut mempunyai peluang untuk mendapat sehingga 3000 hits. Tapi janganlah sampai tak letak widget. Hidup mesti ada give and take. Tak kan nak untung sorang².

Selagi kita tidak mencapai exchange ratio 300% , entri yang kita ping akan terpapar pada widget di blog orang lain yang  memasang widget serupa.

Exchange ratio = (traffic received / traffic sent) x 100. Traffic sent (graf biru) adalah trafik yang datang dari widget blog kita ke blog orang lain. Traffic received (graf merah) adalah trafik yang datang dari blog orang (widget) ke blog kita.

  • Salah satu cara untuk mendapatkan exchange ratio yang tidak tinggi ( ratio saya 89%), letak widget ditempat yang mudah untuk dilihat.  Kalau kat sidebar, janganlah letak kat nun bawah kat hujung dunia. Pastikan kedudukan widget berada  selari dengan page utama blog.  Saya jenis blogger yang tak suka blog meleret panjang² jadi saya kurang memasang widget di sidebar sebaliknya saya letakkan widget di single post bawah setiap entri.

 

  • Upload gambar yang menarik dan jelas juga menjadi daya tarikan pengunjung untuk klik kepada entri tersebut. Gambar seksi dan lucah memang menarik minat pembaca untuk klik tetapi jangan lupa pihak apesal.com mempunyai penapis santan seperti Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana meraka sangat menitikberatkan kandungan blog dan kualiti blog. Jadi baca FAQ sebelum mendaftar.

 

  • Ping hanya entri yang berkualiti supaya mendapat traffic received yang lebih banyak. Tak semestinya setiap update blog perlu di ping. Kita perlu ada piawaian kualiti diri untuk mendapatkan feedback yang berkualiti juga dari pihak lain.  Jumlah entri yang kita ping bukan membawa maksud semakin banyak trafik yang kita dapat kerana setiap klik yang berlaku akan mempengaruhi exchange ratio.

 

  • Apesal.com mempunyai ciri-ciri SEO. Jadi semasa submit entri, masukkan data yang betul mengikut SEO. Sekiranya blog tersebut belum SEO, sekurang-kurangnya trafik akan masuk melalui apesal.

Untuk description post, orang selalu masukkan tagline blog dan benda-benda yang tidak berkaitan. Kalau tajuk berbentuk fakta contohnya ” Cara Memikat Suami”,  ada yang letak description  “betul ke ni?”.   Malah ada blogger yang hanya meletakkan titik atau dash (-) sahaja.

Description yang sesuai untuk tajuk seperti ini adalah ” Tahukah sifat atau peribadi yang disukai suami ? Bagaimana cara untuk memikat suami demi kebahagiaan rumahtangga ? “
Saya biasanya akan copy sedutan entri yang difikirkan menarik untuk mempengaruhi orang untuk klik baca selanjutnya. Biar description tersebut menjadi tarikan tanda tanda kepada pelawat.

 

  • Pada bahagian tags / label. Sepatutnya masukkan keyword yang kuat, yang evergreen, yang kukuh untuk berada dalam dalam carian.

Semoga sedikit tips dari pemerhatian saya ini akan membantu blogger lain untuk mencapai tahap maksimum dalam perkongsian trafik dan penyebaran maklumat.

apesal.com

apesal tak register lagi ?  klik saja apesal.com

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

75 thoughts on “Apesal Entri Ini Tentang Apesal?

  1. kakjie, apa pasat sy setting letak bawah setiap post tp bila nak submit kat apesal, depa kata blog sy takdak widget Apesal… apesal eh? tu yg trpaksa letak balik kat sidebar….

  2. thanks bbnyak, ratio sy dah hmpir mncapai 300%, bila dh smpai 300%, btl ke kita tidak lagi akan dapat traffic dari apesal??

  3. tq kak jie dia atas penerangan ni.. saya baru nak buat eksperimen dengan apesal ni. Tahniah apesal.com menang anugerah best sosial media..

Comments are closed.