Jalan Alternatif Ban Canal
Percutian

Jalan Alternatif Ban Canal

jalan terusan utama
Semalam saya balik kampung satu hari berdua dengan suami. Suami saya cuti 3 hari, malam ni dah balik Hulu Terengganu.

Biasanya kami ikut laluan pantai – melalui Tol Bukit Tagar, UNISEL – Tanjong Karang – Sekinchan – Sungai Besar dan Sabak Bernam. Kali ini kami ikut laluan tepi  terusan utama/ tali air.

Kalau jalan di Sekinchan atau Tanjung Karang sesak teruk, ini adalah alternatif yang boleh digunakan.

Terusan Utama Sungai Sireh

Terusan Besar Sungai Sireh, Tanjung Karang.  Penduduk tempatan panggil Ban Canal atau Bankènal ( sebutannya Keynal)

Ban Canal Tanjung Karang

Dulu pintu air yang merentasi Sungai Tengi ini adalah laluan sempit selorong tetapi sekarang telah dibesarkan dengan laluan 2 lorong.

rumah burung walit

Banglo mewah burung walet / swiftlet di kawasan Sungai Burung.

penanaman padi di Tanjong Karang

Padi dah mula menguning, hasil akan dituai tak lama lagi. Sekawan bangau berderet di tali air.

Nampak dalam gambar ini selain pokok padi?  Deretan anak jagung bersusun dan anak pokok keladi yang baru disemai.  Tiap ruang akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi.  Berbudi kepada tanah, itulah ganjarannya

bangau ditengah sawah

Putih bangau berlatarkan hijau kekuningan sawah.   Cuaca petang yang mendung, kalau siang panas terik mesti langit biru dan sawah hijau kekuningan akan terbitkan panorama indah yang mempersonakan.

rumah tepi sawah
Rumah siapa ni?  Seronoknya….

 Perjalanan balik kampung yang sangat santai dan kami berhenti di satu tapak pasar petang untuk makan satay ditepi terusan utama.

“berdua saja….? anak-anak mana?” tegur ramah seorang peniaga.

“anak-anak dah besar… kami berdua saja”

“untung tengok orang muda-muda  anak dah besar….”

Owh… perkataan muda tu rasa menambah ceria cinta yang mengebu-gebu saat berdua menjelajah seperti ini.

Pantai Bagan Nakhoda Omar (BNO)

Pantai Bagan Nakhoda Omar, kami panggil BNO.

Bila waktu air surut , bot dan sampan akan keluar masuk melalui kawasan yang lebih dalam yang ditanda dengan pancang kayu sepanjang laluan sebagai sempadan panduan kepada nelayan.

 

 

Nota :  semua gambar diambil menggunakan S3.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

19 thoughts on “Jalan Alternatif Ban Canal

  1. subhanallah…cantiknya gambar akak…
    tak terkata bila tengok..
    psst kak.. ada typo tang pokok selain padi tu.. cer tengok.. 😉

    1. terima kasih – dah dibetulkan. semalam tengah dok upadate entri , elektrik terputus. terus tido tak checking pun.

      kak jie suka alam..suka gambar pokok…kebanyakkan gambar adalah view pemandangan.

      guna kamera telefon saja..sebab malas nak usung dlsr

  2. Kita tengok rumah papan kecil di tepi sawah sebagai sangat mengujakan, damai tetapi bagi saya yang sah terbiasa dengan kebisingan sekejap mungkin rasa seronok lama2 mungkin akan ada satu perasaan sunyi…

    Gambar2 akak semua cantik2. Suatu hari mungkin saya boleh bersantai memandu ke daerah ini.

  3. ni memang laluan alternatif saya dari dulu k.jie. masuk dari parit 4 kalau dari sg besar.

    dulu hujung jalan tu, atas empangan tu, cuma muat satu kereta je boleh lalu. saiz lak ngam-ngam je. tayar yg sport rim lebar sikit mesti sangkut.

Comments are closed.