Bila saya buka sesuatu blog, dan paparan ini memenuhi skrin komputer, saya terkedu. Sebagai blogger yang membaca post entri, saya dinafikan hak tersebut.
Beliau hilang seorang blogger yang berkemungkinan menjadi pengunjung tetap atau pembaca setia. Pembaca blog mungkin bukan sasaran keutamaan beliau.
Kadang² ruangan komen pun tertutup dengan iklan atau icon comel gedik². What you give, you will get back, tak boleh nak salahkan orang tak baca atau tak komen.
Tapi tiap orang mungkin membina blog dengan sebab berbeza. Beliau mungkin ada sebab tersendiri dan kerana itulah apa yang dipamirkan untuk ‘pandangan pertama’ pertemuan dengan pengunjung. Beliau bukan buat blog untuk saya – saya faham.
Saya terlalu kerap bertemu dengan layout blog seperti ini . Warna background blog ini bukan warna asal, saya telah tukar dan padam entri yang mungkin boleh mencetuskan rasa tidak selesa blogger tersebut. Entri ini bukan ditujukan kepada seseorang tetapi sebagai hebahan umum. Image sekadar contoh.
Iklan header tu bukan tetap kat header…. dia duduk kat header skrin, ikut je mouse jatuh tergolek!
p/s – entri ini bukan nak mengata sesiapa , cuma nak tunjukkan gambaran yang mungkin kita sebagai tuan blog tak sedar. Tiap orang gunakan browser yang berbeza. Cantik lawa depan skrin kita belum tentu sama dengan komputer orang lain. Kalau blog saya juga mempunyai cacat cela herot sana sini, sila bagi tahu ye… nak membaiki diri dari teguran orang.
saya tak tulis tips ‘jangan’
Edit :
Untuk memudahkan pembangun laman untuk melihat kesesuaian laman web dengan kepelbagaian pelayar ( baca browser ) ( tak semua pengguna menggunakan pelayar yang sama ). Pembangun laman web boleh menggunakan laman web http://browsershots.org/ sebagai rujukan
haha..
dayah cam nak gelak kuat kuat..
betul..betul..betul..
dayah sangat geram dengan blog yg cam gini bila bw biasanya
dayah “x” je kat atas sekali belah kanan tu..
😛
tak mau sakit kepala tgk ikon lebih byk dari cerita..
betul tu kak jie..sy ade 2 saiz laptop..bile guna lappy yg kecil molek tu. blog cmni akan penuh di skrin iklan je nampak…
Sulit banget untuk mendapatkan visitor kalau banyak sekali iklan tak tertata dengan rapi di blog selain itu mereka yang pernah singgah akan menghindari blog seperti ini dan tak mau datang lagi yang kedua kalinya
Nice share Kak Jie, sudah memperingatkan kita2 nie
baling laptop anda =P
mcmna nak buat iklan terapun ek…hihi
wow..agak2 kakjie bca tak entry kat blog sy ek? 😳
kalau tukar browser tengok blog jadi lain ke puan bee?
mamat tak tahu pula..sebab selalu guna google chrome je..
betul,..nak baca pun tak selesa…sakit hati 👿
teruk betul..atas bawah,kiri kanan..semua nya iklan tergantung..melampau2..
herm, x yah bace blog tuh…
terus tutup jew sbb sangat2 mengganggu perlihatan
Saya masih ingat lagi bahawa kak jie ada mengatakan tidak dapat komen didalam blog saya disebabkan iklan di sidebar itu saya jadikan ia float di sebelah kiri. Memang betul pun. Apabila kita menggunakan google chrome untuk melayari sesebuah blog itu, maka kita tidak mampu memberikan komen didalam blog disebabkan ada benda yang menghalang untuk komen.
Apa-apapun saya berterima kasih kepada Kak Jie kerana banyak menolong saya untuk berblog.
iklan header dia tu, ikut mouse kita scrol down….tutup entri nak baca…bukan statik dok kat header je 😆
psg iklan float ni selalu mengganggu pembacaan.. lg satu krg sesuai sbb tak semua org guna skrin yg sama.. oleh itu paparan tak sama..
p/s: ikut jer mouse jatuh tergolek.. maksudnya ape ek? hehe..
👿
nanti user pening kang, blog tu nak sampaikan iklan ke info..
adehh, kat mna la kak terjah blog tu…
tak ke sshkan user nak baca entri² dia nanti, kalau la user tu pkai pc yang 9 inci tu konpom tertutup semua entri² tu
mungkin blog ni perlukan $$ kot…
Dulu pernah pasang iklan terapong ni.. tapi bila dah kena tegur dengan eyriqazz.. kata susah nak komen n tutup entri.. terus buang fungsi terapung tu.. memang betul tak semua browser support iklan terapung ni.. kekadang kita set sebelah kiri bila orang view guna sesetengan browser terus ke tengah kesudahannya entri tertutup takboleh nak baca.. n apa lagi tekan butang X lah.. hehehe
salu gak masuk dlm blog cmne.. biase nye aie terus pangkah kat tepi je kak jie..bile nex time mmg harem x masuk dh..kehkehkeh
pangkah je kasi buang dulu..~~~
baru2 nih saya ada pakai theme hijau , nampak cantik dan lawa dengan google chrome tau2 ada seorang pengunjung tetap tegur kenapa berselerak nih ? saya terfikir kenapa ? saya tengok ok jer…pastu try tengok blog gune browser lain ..guna firefox…ya allah terkejut den! memang berselerak blog tu ..cepat2 di tukar theme ,sbb tu kalau ada yg perasan theme sy selalu di tukar sbb nk puas hati semua pihak …
Assalamualaikum,
Saya selalu guna IE baca blog kak Jie, dua tiga menjak ni aje guna firefox sebab ada konflik komputer dan IE. Setakat ni guna IE ok je baca blog kak Jie. Orang lain tak tahulah pulak
Mungkin pemilik blog ini masih baru lagi dalam dunia blogging. So, masih terpangaruh dengan cara sesetengah yang dah lama dalam dunia blogging.
Harap pemilik blog ini berubah.
Saya takkan tunggu lama, terus tekan butang pangkah kalau jumpa blog macam nih.
Kujie,
“mungkin kita sebagai tuan blog tak sedar…” tu memang sering terjadi. Mungkin teguran daripada yang tahu dapat membaiki keadaan ini. Kak Long suka kalau ada orang beritahu apa kesilapan pada blog kita tu, sebab kadang-kadang tu, terlampau menggodek sana-sini, tak sedar pula tercuit yang tak patut dicuit. Terima kasih kerana pernah tegur dan tolong tegur lagi ya! 🙂
ada juga jumpa banyak blog yang shoutbox dia menutup 1 blog, cuba close shoutbox tu tak dapat2, last2 pangkah je lah.
saya pun tak suka org letak benda2 yg boleh lindung entry dia…lansung keluar blog tu..hilang mood nak baca.lagi satu saya rimas kalau cursor macam2 bentuk…besar2 plk tu…menggangu pemandangan.
Salam kakjie 🙂
sekadar berkongsi ilmu disini…
bagi seseorang pembangun laman web sejujurnya mereka kena mengambil tahu layout sesuatu laman itu bergantung kepada jenis iklan atau cara susunan.
Untuk memudahkan pembangun laman untuk melihat kesesuaian laman web dengan kepelbagaian pelayar ( baca browser ) ( tak semua pengguna menggunakan pelayar yang sama ). Pembangun laman web boleh menggunakan laman web http://browsershots.org/ sebagai rujukan 🙂
selamat membangun laman web yang menarik 🙂
*nota*
– Selamat hari ibu kepada kakjie dan semua ibu di seluruh dunia ( selamat hari ibu bapa juga kepada penduduk korea 🙂 )
kalau terklik dapat la CPC..hehe..
susah jugaklah kalau berblog asyik nampak RM je
isk.. takkan lah sampai buat entri tp tak baca semula entri dia tu kan. Tapi logik jugak la. Sebab ,maybe dia rasa cam sonok je wat iklan byk2 gitu.
lain padang lain belalang..blog aku blom ada iklan tapi aku orang susah kak hehehe tak caya meh jalan blog aku ye..sekian terima kasih..selamat hari ibu puan2
Tu dia ehhh..gila iklan sungguh.. 😆
haha!
soley soley, suruh klik2 pulak..adeh
memang tak ar nak baca macam mana kalau iklan tergantung.hehe
Ini buat blog ke buat ruangan iklan ni.tapi masing2 ada pendapat sendiri kan.
Kak Jie, dah lama tak singgah blog ni..tapi tajuk ni sangat-sangat la membuatkan saya sama-sama bersetuju dengan pandangan pengomen2 di atas..saya langgan broadband murah, jadi bila banyak sangat iklan seperti yang disebutkan di atas, page jadi lambat sangat loading..tak boleh nak letak komen pulak tu sebab tertutup dek shoutbox dan widget pempuan comel suruh follow blog..
Apa pendapat Kak Jie tentang ticker banyak2 ya..i.e. ticker yang terlalu banyak sampai 10 ticker as if nak beritahu semua orang semua benda. contohnya meh saya bagi ikut turutan 1. declare as couple ticker, 2. engagement ticker, 3. wedding ticker 4. try-to-conceive ticker 6.pregnancy ticker (sampai 2,3 ticker megikut baby development 7. anak-berapa-bulan ticker 8. breastfeeding ticker 9. guna Madela breastpump ticker 10. weight-to-loss ticker….
comel betul confirmation “saya bukan alien, saya ok!”
saya bukan pengiklan tegar,saya ok!.. 😆 😆
tanpa pengunjung, mana nak dtg earningnya? 😆
mgkn ini blog cari makan kot kak jie…tu yg byk pasang iklan..
Salam K. Kujie. Hmm … ginilah bila ada insan yang masuk dunia blog dalam keadaan terburu-buru, terdesak mungkin bila mengetahui blog boleh buat duit, gamaknya kerana sebab itulah – sebab duit..sebab kejar kekayaan.