Kelahiran 08-08-2010 – Tahniah Mr & Mrs Kreuger
Blogger

Kelahiran 08-08-2010 – Tahniah Mr & Mrs Kreuger

Salam dan selamat berhujung minggu kawan². Entri ini diterbitkan khas untuk meraikan kegembiraan seorang rakan blogger yang baru mendapat cahayamata.

Saya pernah bertemu dan makan malam bersama pasangan ini sewaktu mereka baru sebulan berkahwin.  Masa ni sang isteri baru mabuk loya – baru disahkan mengandung bunting pelamin.

Tweet pagi tadi yang mengesahkan kedatangan ‘orang baru’ yang  menjadi cenderamata anugerah sebuah perkahwinan.  Tahniah Azman Ishak

Sepanjang 2 hari beliau berkampung di PPUM menunggu isteri bersalin, beliau berhubung dengan kami rakan² blogger melalui twitter.   Melayan perasaan menghakis resah dan debar, beliau dan rakan² saling sokong menyokong melalui twitter.

PPUM bukan hospital yang hubby friendly yang membenarkan suami masuk menemani isteri di labour room.  Bayangkan macam mana suami berdebar ” dok kelitin” di luar sedangkan orang tersayang sedang berjuang  menahan sakit dan penat melahirkan zuriat mereka.

Apa² pun sekarang Mr & Mrs Kreuger telah pun selamat menjadi ibubapa kepada seorang bayi lelaki.   Tiada maklumat lain kerana Encik Azman terlalu sibuk untuk update – dia menguruskan sendiri isteri dan membuat persediaan sendiri membawa ‘orang baru’ balik ke rumah.  Kita bagi dia ruang dan waktu untuk menguruskan tanggungjawap pertama seorang bapa.

Nota : Azman Ishak adalah Penulis Tamu Hidup Biar Sedap dan individu yang banyak menolong saya membina blog kujie2.com. Terimakasih daun kari…  Lama sudah kami kenal – dari zaman bujang, bertunang , berdua dan kini bertiga.

Dan ingatlah bahwa hartamu dan anakmu adalah ujian bagimu (Al Anfal:28) – Moga akan menjadi ibu bapa yg mampu mendidik anak2mu di dunia dan akhirat dan menjadi ibu bapa idaman anak-anak .

p.s – malam dinner tu saya juga jumpa Noktahhitam @ Eddie – dia pun dah bertunang 2 Ogos 2010 dan dijangka melangsungkan perkahwinan hujung tahun depan.  Jangan lama sangat Eddie – nanti makin jauh ditinggalkan Azman.

p.s Tahniah untuk Cikgu Naman dan Mrs Fiza – ulangtahun perkahwinan yang ke dua

p.s – ramai betul Mr & Mrs Blogger – abang………. jom jadi blogger!  Kita jadi Mr & Mrs Anwar.

©kujie – sering terbayang terkenang peristiwa kelahiran setiap anak².   Kami suami isteri masih lagi bercerita berbual mengimbau rasa dan turutan kejadian² sebelum kelahiran setiap anak² – yang berbeza dan itulah baja cinta rumahtangga yang disiram untuk berkembang sepanjang tempuh perkahwinan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

36 thoughts on “Kelahiran 08-08-2010 – Tahniah Mr & Mrs Kreuger

  1. masa wife bersalin haritu kat Putrajaya..

    Suami boleh temankan isteri, tengok kesusahan semasa proses melahirkan..tapi bila part nak vacuum baru suami kena duduk kat luar

  2. hahahaha lupa.. Kepada nokta hitam nak jadi puteh tu camat brtunang n brsanding ‘nanti’

    and kepada semua nya moga happy2 selalu.. Amin

  3. salam kak kujie.. Suka2 entry nie. Ape2 pun jalani tangungjawab dengan sempurna.. Hanc yang belum kawen nie mendoakan kawan2 hanc.. 🙂
    ‘semua perjalanan jadi cerita’ betul x??

  4. Masih terasa-rasa menyambut anak bongsu di hospital Putrajaya 6 tahun yang lalu suatu pengalaman yg mesti disaksikan oleh setiap ayah, bapa atau abah. Pengalaman ini insyallah akan menjadikan kita ayah yg terbaik untuk anak2nya….kita ada tanggungjawab untuk dunia dan akhirat.

  5. Bab bersihkan uri, terkenang masa anak pertama.. Biasanya aku tak mabuk darah / loya.. tapi ntah tak tau kenapa masa basuh uri tu memang lain macam rasa.. Nak termuntah dll…

  6. Alhamdulillah, baru beberapa hari lepas saya dan isteri sambut kelahiran plugin WP sulong kami. Hari ni Azman dan isteri sambut kelahiran anak sulong lebih bermakna dari Plugin WP. *sob* *sob* (tak tau apa kaitan)

    Tahniah azman dan isteri. semoga menjadi ayah dan ibu yg baik dan anak itu bakal menjadi anak soleh. AMin

  7. baru selesai uruskan uri baby…
    alhamdulillah… teknik yang betul.
    ada orang tolong ajar. saya basuh
    sendiri. nak kata geli tu tak la…
    itu pon hasil zuriat sendiri… buat apa
    nak geli kan.. hehe

    P/S: nanti saya buat entri basuh uri.
    siap ade gambar.. sila jangan pengsan
    sapa yang bukak blog saya nanti.

  8. share apa yang patut kakjie, sy dulu tak takut darah tapi bila tgk uri tu dah jadi seram sejuk, geli dan mcm2 lagi, time 1st time nak pegang pun dah rasa lain mcm, maklumlah tak pernah tgk

    tapi dalam hati dok selawat, pastu masa cuci fikirkan yg uri tersebut adalah pelindung anak kita masa dalam perut, semuanya dilakukan sendiri sampai siap, bungkus dan tanam

  9. bro, kena bljr tu basuh uri, aku dulu dari basuh dan tanam semuanya buat sendiri, huhuh

    part cuci uri tu make sure semua darah hilang, ambil masa skit la dan jgn geli ataupun takut, igt uri tu adalah peneman anak kita selama 9 bulan dalam perut ibu dia

  10. aduh… terharu giler kak jie buat entri.
    buat masa ni masih lagi sibuk kemas rumah.
    update apa yang patut… buang yang mana
    tak patut… buang habuk… semua semua
    buat persediaan dan kelengkapan.

    ok kak jier series terharu dengan kak jie dan
    kawan kawan.. saya nak pergi kursus basuh uri ye.
    Ya Ampon… mesti buat jugak.. saya dah jadi papa.
    hehe…

    Salam ceria untuk kak jie sekeluarga dan jugak
    rakan rakan yang membaca blog kujie2.com.

Comments are closed.