Ada orang tanya macam mana saya sembunyikan teks dalam entri Update Kes Makcik Vs Encik BMW. Teks yang perlu di highlight baru nampak tu. he he he…ramai juga yang cari amount tu tak jumpa. BUkan macam cara buat private post berpassword .
Saya tak pasti ada tutorial ke tentang trick ni, saya mencuba sendiri. Betul ke tidak caranya, kalau dah jadi tu, kira jadilah.
Nak tau?
Mudah sangat. Tulis seperti biasa, sampai pada teks yang ingin kita main cak cak tu, tukar font dengan warna background post. Kalau blog post kita putih, tukar putih, kalau hitam jadikan font tu warna hitam.
Contoh di bawah ni : ( highlight untuk membaca )
Terkadang.Terdera kah rasa?.
Pada jejak tak bertapak.
Pada catat tak bertinta.
Di lanskap maya
Html code dia macam diatas ni. #ffffff tu merujuk kepada warna putih. Kalau susah nak dapatkan code warna background post , pergi Dashboard > Edit Html cari code background post disitu.
tadaaaa…senang je kan?
©kujie – pergi pasar malam tadi, sampai rumah tengok macam² makanan beli…terlupa tinggal berdua saja dengan Intan
Berhati-hati dengan trick tu.. sebab google boleh bagi penalti sebab ia dianggap spamming search engine..dalam SEO letak text yg sama dengan colour background dianggap menyembunyikan keyword so boleh dikatakan juga sebagai kaedah blackhat..boleh rujuk google guideline bahagian Quality guidelines – specific guidelines kat sini… 😉
memang mudah betul..
tapi untuk apa nak main sembunyi2 camni?
Saya ada buat macam tu kat jawapan teka-teki, ramai yang emel saya tanyakan apa jawapan teka teki tersebut walaupun saya ada tulis “Tekan kekunci Ctrl + A untuk melihat semua jawapan”
Apa maknanya tu????
hehe saya pernah gak buat satu ketika dahulu.. 😛
satu lagi kaedah ialah gunakan magic pen, kendian kasi color mana2 tulisan yg mahu dihitamkan..heheheh
kalau menjadi, kira teori tahhapa2tah maza mengenalah tu…
Kujie pun pandai magic gak…ingat Mawi je pandai? 🙂
hehe..tak tahu plak pasal code-code warna nih..
ghitewww.. uhuhu
trick yg cool… bg yg plain colour leh pakai, kalau kat blog lazaac background beropacity, takde harapan.. kena fikirkan cara lain la jawabnya.. :p
tumpang lalu. first time jenguk blog kujie nih
memang celik IT betul kakjie kita sorang ni…sy pun tak terfikir nak buat mcm tu
thanks kak jie
hehe..pernah tengok trik ni tapi tak ingat kat mana 😀
biasa buat ni dulu2.. konon nak private la kan.. last2 kantoi..
hehehe..
lama tak jenguk blog kak kujie.. dlu selalu jugak lepak dkat forum dulu2.. apa tah nama forum tu.tak ingat dah..
zaman forum dah berlalu..hehe
macam2… ya.
kreatif sekali.
betullah cakap Dr Fadzillah Kamsah
he he he..kita sama , kan cikgu
cikgu pakai mac ye?
bilalah blogger otai nk singgah blog aku.. setakat nie cuma hellioz saja..
baguslah… blog otai datang.
kak jie blogger ceruk dapur
kak jie merendah diri.. 😉
wah tip yg bagus, bole le hide apa yg patut 🙂
nak cuba nanti lah! haha 🙄
makanan banyak boleh la saya datang tolong habiskan.. haha~
Ekekeke.. ini cara yg biasa dibuat.. mudah sekali..
nak lagi mudah guna code ni..
AYAT AYAT CINTA
keh keh keh.. hebat ah! series macam Knizam cakap.. GEEKY
makcik geek… mcm makcik gerek je 😆
wah..info menarik ni k.jie..
yeppp. begitulah caranya..
main cuba2 je… tu 😛
waa..hackers
coding mudah tu………….fikir2 sendiri je buat, jadi pula
owh setiap color lain code ye..tima kaceh
try google html color code…
hehehehehehe saya selalu gak buat cara ni dalam forum 😆
saja nak nampak cute 😆
walawei geeky post ni hehe 🙂
geeky apenya…gigil ade lah 😆