Blog Yang Saya Suka Baca
Blogger

Blog Yang Saya Suka Baca

Ini antara 5 perkara yang saya harapkan apabila saya membaca blog:-

Mudah difahami – Saya gemar blogwalking dan klik dari satu link ke satu link.   Saya gemar klik linklist yang terdapat di sidebar blogger lain kerana link-link tersebut adalah satu komuniti yang lain dari komuniti saya.   Tiap blog mempunyai komuniti yang tersendiri.  Tiap kali membuka satu blog baru, saya berminat membaca bahasa yang mudah diproses oleh otak.  Mungkin awak seorang pakar ekonomi atau pakar kimia yang mempunyai berbagai akronim yang agak ganjil pada bacaan umum . Permudahkan atau anda kehilangan saya!

Topik yang relevan – Saya tak boleh menyerap semua entri post yang dikemaskini beribu-ribu sehari, sudah tentu saya membuat jaringan dan menapis apa yang perlu saya baca.  Jangan sentap hingga mempertikaikan kenapa orang tidak membaca blog kita tetapi kita kena kenalpasti kenapa . Sekiranya ingin memilih saya sebagai pembaca blog, pastikan topik yang ditulis berbaloi dengan masa yang saya luangkan.

Tunjukkan anda menikmati penulisan anda – Saya menikmati hasil penulisan orang lain sejak sekian lama.  Saya mempunyai deria ke-6 yang agak kuat untuk menyelami jiwa yang dihasilkan dari entri tersebut.   Seseorang yang menulis dengan berhemah mempunyai personaliti juga baik dan teratur.  Saya tidak percaya kata-kata ” nampak saja jahat tapi hati baik’ kerana apa yang kita lakukan / blogkan adalah datang dari lintasan hati yang mengerakkan otak untuk bertindak. Hubungan antara pembaca boleh  dibina pada kepuasan bersama dan itu lebih teguh dan telus .

Cerita peribadi tetapi terpelihara privasinya – Saya bukan makcik berlonggok atas tangga untuk membaca kisah peribadi tuan blog yang keterlaluan.  Mengintai kisah peribadi orang lebih indah dan teruja dari dihidangkan segenap kisah dari hujung rambut hingga hujung kaki.   Saya sangat hormati blogger yang menulis kisah peribadi/keluarga tetapi masih mengekalkan nilai agama yang mengajar kita bersederhana.  Baik cerita sedih atau cerita duka.

Bukan berita muka depan akhbar – Semua blogger kebanyakkannya pembaca akhbar online .  Saya tak akan baca entri sensasi yang sama” ditulis” oleh 10 blogger  yang sama, tajuk yang sama, topik yang sama dalam hari yang sama.  Saya mencari kelainan dari berita ‘besar’ yang semua orang tahu.  Kecualilah anda seorang ‘wartawan partime blogger‘ seperti  Encik Ondscene.

Tiap orang mempunyai kecenderungan tersendiri untuk menikmati dunia online masing-masing.   Kebiasaannya saya mengelak untuk terlibat dengan blog yang negatif kerana pilihan untuk menjadi siapa kita, apa yang kita baca  untuk ketajaman mental dan minda adalah di tangan masing-masing.   Saya jarang terlibat dalam hubungan online yang terlalu rapat – saya tidak akan ganggu hidup orang lain dan apa yang orang akan kata mengenai saya , itu adalah urusan dia diluar pengetahuan saya.   Kecederaan hati yang mungkin beliau alami akibat prinsip saya bukan tanggungjawap saya.

Apa yang ditulis di sini hanya beberapa perkara yang pastinya berubah mengikut kesesuaian mood membaca pada hari tersebut.  Saya ini wanita normal, emosi banyak tergantung pada kesuburan dan keseimbangan hormon estrogen dan progesteron… entah ada kaitan atau tidak! :lol:

Entri ini menggunakan tajuk SAYA , jadi ini adalah selera SAYA.  Awak pun ade ye………. jom share!  Mungkin apa yang awak suka boleh saya gunapakai di blog ini.

©kujie – entri positif – apa yang saya suka lebih banyak dari  apa yang saya tak suka.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

99 thoughts on “Blog Yang Saya Suka Baca

  1. suke gak blog yg ringkas dn senang dibaca. tak suke kalau bahsa kasar de dlm blog.. lagi satu kurang gemar kalau entry bersifat ngutuk org/terlalu peribadi.. ape pun, ikut selera masing2

  2. salam kak jie..

    saye suke pada blog yang lain dari kehidupan saye..contohnya blog kak jie..blog kehidupan seorang makcik blogger yang hidupnye simple…(hohoho..sebenarnye kakak jie..ehehe)..

    yg pastinye..saye akan jadi pengunjung tetap blog sebegini walaupun kadang2 takde komen yg ditinggalkan..

    ps. thanks kak jie

  3. Setuju dengan pendapat kakjie. Orang yang baik punya minda dan hati yang baik. Jadi falsafah mulut jahat hati baik “totaly” tak boleh pakai. Ia bukan setakat blogger jer malah kalau kita lihat orang yang mendalami ilmu agama sekali pun tidak boleh menyampai dalam nada tinggi, jahat, hina,mencacai kerana peribadi ilmu Allah itu melambang “Pemilik Yang Satu” ilmu itu. Bila kita memakai ilmu itu maka lekab dan baik lah peribadi kita. Terpanjang plak sorry yer.

    ps:menjala lagi ari tu kat sg tepi pusat serenti

  4. betul la tu kak kujie.. kita pun masih lagi tercari2 camana tips2 nak buat org suka baca blog kita! entri kak kujie ini boleh di ambil kira! kak kujie boleh komen blog kita tak? nak tahu apa katamu tentang blog ku.. 🙂

      1. 50 sehari! Saya kurang kekuatan untuk blogwalking sebanyak tu, apatah lagi kelajuan internet yang membataskan. Seronok sebenarnya baca blog-blog yang menarik, ada yang sangat ilmiah, ada yang santai tapi sentuhan penulisan menyentap-nyentap hati untuk membaca dan terus membaca.

Comments are closed.