Ulangtahun di Constantine
Rumahtangga

Ulangtahun di Constantine

Hari ini 4hb Ogos 2010 hari ulangtahun kelahiran suami, Saipul Anwar. Pertama kali berpisah jarak jauh bercinta di hujung benua. Saya pun tak pasti nak hantar ucapan  ikut waktu Malaysia atau waktu Algeria .  Kita sudah masuk hari baru 12.01 pagi, dia masih kebelakang 7 jam – 5.01 petang.

Hari ini kita jalan kenali Algeria melalui  gambar-gambar yang dikirimkan .

Mandi di Laut Mediterranean , Skidda utara Algeria

Suami bersama pemandu beliau.  Kita tengok gambar² menarik bandar Constantine, Algeria.

Lanskap yang mengkagumkan.  Jalanraya dan bangunan dicelahan bukit.

Terpegun! Bayangkan jambatan setinggi ini dan terowong laluan air dibawahnya walaupun sudah kering .

Pemandangan bandar Constantane

Jalanraya dicelahan bukit batu – sayup² tinggi di kemuncak.  Turun bukit area Terowong Menora pun kadang² dah ngeri…

Jalanraya melalui terowong bukit batu  hanya ditebuk begitu saja


Terowong dan jalanraya juga bangunan  di celah-celah bukit batu

Pekerja dari Malaysia, hanya suami seorang saja muslim.    Tentunya puasa yang sangat mencabar dengan siang musim panas lebih panjang.

Ya Allah…
Abadikan kasih sayangnya,
Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,
Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.
Amin.

©kujie – Bangun awal pagi untuk berpesta harijadi berdua di talian…sob sob sob.. sayang abang!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

44 thoughts on “Ulangtahun di Constantine

  1. mama, semalam tak tido langsung sehari. khatam tengok 1 litre of tears. mengongoi nangis mcm budak kecik hahhaa

  2. kaguman pertama: kakjie n ur hubby…still mcm loving couple..suka2…

    kaguman kedua: pemandangan algeria tu..hehe…

  3. waalaikumsalam…
    terimakasih kerana singgah.
    malaysia cuma sarawak yang belum jejak…satu hari nanti – insayallah

  4. Kami bukan kakitangan kerajaan ( pekerja kedutaan )
    suami hanya pekerja kontrak dengana company jepun yang menyiapkan highway di sana, kalau nak pergi kena keluarkan belanja sendiri.
    bukan sikit..tambang pergi balik lebih rm 8K

  5. terimakasih… atas ucapan dan doa.

    tiap tempat berbeza dgn satu sama lain dan ada kisah yg boleh kita pelajari darinya

  6. suami dan isteri yang bertuah, hatinya penuh dengan kasih dan setia yang tidak berbelah

    selamat hari lahir untuk suami kujie, moga doa isteri yang setia menanti ini, dimakbulkan Allah hendaknya. ameen

  7. cantiknye jalan die wpun mmg mengngerikan.. hehee.. selamat hari lahir buat suami kak jie.. mga sentiasa gembira & happy dgn kak jie.. hehee

  8. Tengok gambar tu jadi semangat pulak nak ke Algeria ni mesti mencabar terutama kalau pergi kawasan pendalaman.

  9. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yer untuk suami kak jie..takut plk tengok gambr 3 dan kebawah tu..tak runtuh ker dorang buat macam tu?

  10. Semoga dipanjangkan umur suami kak jie dan dimurahkan rezeki. Btw..gayatnya jambatan tuh. Tgk pon da fobia..eeeeeeeee!!

  11. waa.. ramainya orang mandi kat pantai tu.. bestnyeee… cantik lah permandangan kat constantine ni… rasa tengok discovery channel plak… hehehe

  12. Cantik2 betul permandangan kat sana tu..Memang tak rugi berjalan ke tempat orang, banyak ciptaanNya yang Agung dapat kita lihat

  13. :mrgreen: selamat ulangtahun kelahiran buat suami kakJie yg jauh dimata, kita sungguh terpegun melihat pics itu kak, huaaa… rasa seram pun ada juga 🙂

  14. askum… salam tuan rumah..
    bestnye.. kat algeria… bile la nak sampai sane?? satu malaysia pun saye belum habis round lagi…huhu

  15. takper kakjie, dpt dalam talian pun dah ok daripada saya dulu time rekrut, tak dpt hubungi langsung, hanya berpesta dalam hati je

  16. cantik pemandagan .. bestnya klau dapat pergi ke sana .. kak jie dah pernah pergi ke Algeria ke ?

    selamat hari lahir buat uncle saipul ! 🙂 semoga berbahagia selalu walaupun cinta jarak jauh .. hehe

  17. Happy Birthday untuk En. Abang semuga Allah permudahkan semuanya dan berjaya dunia akhirat.

  18. Cerita kawan saya yang dah menjelajah Algeria, katanya bandarnya cantik tetapi kebersihan agak kurang. Teringin juga nak ke sana tu bila dah selesai kewajiban lebih penting menjadi tetamu Allah.

  19. tumpang lalu ….selamat hari lahir encik saipul anwar…kakjie fantastic…amazing picture !

  20. huwaaaaaaaaaaaaaaaaa comelnyaaaaaa selebret dalam kompiter! hahaha. happy birthday,pakcik saipul :p hihi

  21. gud morning kak jie. saya plak bangun pagi kena berkasih sayang dengan notes, ada test hari nih. huhu

    cantik nya Constantine. ramai gila orang mandi lauutt.

Comments are closed.