Kren Tumbang- Komuter Tak Jalan – Tak Pergi Kerja
Peribadi

Kren Tumbang- Komuter Tak Jalan – Tak Pergi Kerja

Adik perempuan bongsu saya dah pindah tinggal bersama. Sebelum ini dia tinggal dengan adik lelaki saya di Tanjung Malim. Hari ini untuk kali pertama dia akan pergi kerja dari rumah saya dengan komuter Serendah – Tanjong Malim.

Awal dia keluar pagi tadi dengan Shrek.  IKut jadual perjalanan, komuter tiba 7.10 pagi.  Tak sampai setengah jam saya dengar bunyi Shrek .  Apasal pula ni?

Komuter ke Tanjung Malim tak ada hari ini. Kata petugas di stesen, ada wayar errkkk…kabel…erk…. terputus… terbalik… entah tak berapa faham sangat.

Saya cari maklumat di laman web Keretapi Tanah Melayu www.ktmb.com.my tak ada pula news updated. Dekat facebook saya terjumpa infomasi ini


Beritanya ada kren tumbang. Adik dah susah hati, ada ke tidak komuter esok. Saya telefon KTM Call Center 03-22671200 dan petugas menjawap komuter dijangka akan pulih seperti biasa esok.

Janji ye cik…

Dijangka pulih , Puan.  Esok pagi sebelum keluar Puan boleh telefon semula.

EDIT : Komuter beroperasi seperti biasa hari ini…. 04/08/2010

©kujie – collapsed and spent a lot of my day sleeping !

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Kren Tumbang- Komuter Tak Jalan – Tak Pergi Kerja

  1. kak jie pelik – berita tu kata kren tumbang arah Kuang- Rawang
    tapi kenapa laluan arah Rawang – Tanjung Malim pula yang bermasalah….

  2. pelik juga sebab tren tumbang katanya arah Rawang – Kuang , apa kena mengene laluan Rawang- Tanjung Malim?

  3. tumpang menyampuk yea kak jie.
    Wah macam kagum KTM boleh setlekan dlm 1 hari. Bravo.tp kan best kalo ade newsupdate kat website dia kan kak jie. Btw kalo sy jadi adik akak mesti sy risau gak, huwaaa 1st day plak tu… 🙁
    Jom terjah post menarik dari noreed ..ErrkkkBlogger Yang TersepitMy Profile

Comments are closed.