Kita dah puasa 2 minggu hari, tentu masing-masing sibuk menyediakan persiapan dan bershopping. Kepada suami tercinta , janganlah merungut tentang keghairahan isteri anda bershopping kerana dia bukan melaram sakan untuk diri dia seorang tetapi untuk seisi keluarga.
Siapa beli persiapan anak-anak? – Isteri!
Siapa beli persiapan suami ? – Isteri!
Siapa beli buah tangan untuk keluarga di kampung ? Isteri!
Siapa yang menyediakan kuih muih ? Isteri ( suami jemput kawan-kawan dia je)
Pendek dan panjang kata……..isterilah yang memeriahkan dan membuatkan sambutan hari raya anda para suami sempurna. Jadi apa salahnya anda print artikel ini dan lekatkan di tempat yang mudah anda lihat. Semoga sambutan hari raya tahun ini anda dan isteri bertambah kemesraan, kasih sayang yang bertali arus ( spt kesesakan jalanraya ) dan bunga cinta lestari berkembang mewangi menghiasi rumahtangga anda.
- Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti.
Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”. - Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran.
Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit. - Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
- Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . ( jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).
Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya. - Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.
- Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…?
Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..”
Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap. - Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya termasuk nilai budaya, nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
- Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.
- Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
- PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.
Siapa yang malu…. kita dan keluarga kita !
Selamat mencuba dan semoga anda menjadi suami yang romantis di lorong – lorong komplek membeli belah…
p.s – entri tahun 2007 yang dikitar semula mengikut kesesuaian keadaan semasa
Di cilok dari : : Teratak Santai
Kalau shopping online – dapat statement bank abang jangan mengamuk ye….
©kujie – Entri macam Presiden Isteri-Isteri Kaki Shopping Se-Malaya.
kadang2 suami ni tak paham kalo si isteri pegi shopping…kitaorang kena juga belek sana sini…nak tengok jahitannya mcmana..butangnya ada ke…kalo si suami main terjah je beli..kalo dah suka tak kisah sal harga..yang kita ni pula banyak benda lagi mau dipikir..
nak tanya, kalo kite ikut skali dlm fitting room agak2 org marah tak? ^_^ haha… 😉
Alhamdulillah ada juga yang beri tips untuk sang suami. Nak ikut isteri bershopping tu memang mencabar. Maka kenalah bersabar jer ikut yea..
nasib baik si dia sudi temankan dan mmg mbantu dlm urusan mbeli baju utk raya.. hehe..
yang tu paling best skali..aku vote no 8 gak la..heheheh
baik shopping untuk diri sendiri
lagi bagus… haha
So sweet.. daripada wanita untuk suami.. Saya rasa ramaisuami suka nombor 8, “Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.”
Bagus juga idea ni …ni cari ilham dulu.
pernah ikut sekali pompuan p shopping…fuuhhhhh..memang kena byk bersabar……=)
penatnya nak ikut orang perempuan shopping..pusing sana pusing sini tengok sana tengok sini dah tengok, tengok lagi belek sana belek sini..perempuan yang baik beli barang yang betul-betul perlu dan tidak menyebabkan si dia tertunggu-tunggu..penat tunggu oooo.
p/s: mesti banyak perempuan marah ni..hahaha
bravo…walaupun entry kitar semula…kakjie tapi tetap releven….ting….idea dah datang nak gie IKEA!
nasib xkawin lg…hehhe…kalau x,pening juga…
Haha, ni kira luahan hati para suami ya?
Denaihati,
Apa kata, lepas ni buat entri petua isteri bila suami menemani pergi shopping pulak! 😎
Haha, ni kira luahan hati para suami ya?
Denaihati,
Apa kata, lepas ni buat entri petua isteri bila suami menemani pergi shopping pulak! 😎
aii pandainya geng2 isteri berkata2.. mmg betul tapiiii (panjang plak)si suami besedih tak berlagu..paham2 je la yer..hehe
hehehe.. benar2x tips yang mantap buat para suami..
hm..bab handphone tinggal tu macam tak berapa praktikal je..kot2 la si suami beratur draw duit dari ATM -isteri tengok2 barang ke, suami pergi toilet- isteri belek2 handbang baru ke, takpun suami beli air lama sangat rupanya2 beli rotiboy sekali ke, macam2 la..maybe mesti kena bawak handphone..
kekadang shopping sendiri lagi mudah…
tips menarik dan berguna utk pasangan br macam sy nie sis..lepas nie lehla slalu ikut wife shopping…
salam ramadhan kak jie…tetiba rindu kat akak lah tu yg dtg melawat ‘umah’ akak ni…neway tenkiu for the sharing..:D
saya selalu suruh husband saya jaga anak2 di playground shopping. biar saya dapat shopping dengan pantas, tangkas dan segala2 yang cepat la. hehehhehhe.
isteri juga kena main peranan. jangan main capai je semua benda. beli barang yg perlu saja dan berbelanja mengikut kemampuan.. suami selalu berfikir jauh ke depan, tak nak semasa raya punyalah bergaya sakan, tapi selepas raya poket kosong. hutang keliling pinggang. kalau memang golongan ‘berada’ takpe la.. 🙂
wah, entry ni sesuai untuk musim-musim nak bershopping ni… Kadang-kadang betul juga teguran mengenai lelaki yang ada dalam entry ni.. Ada jugak yang terkena batang hidung sendiri sedikit. Hehe
Hhehehehehe…. nampak muda h tapi tak mudah nak ikut tu…
kak jie, lama tak singgah sini.. tak sempat sorry ya! salam ramadhan untuk kak jie..
betul la, artikel ini harus sangat kita nak tepek kat mukanya, eh! kat muka pintu bilik! hehehe…
itulah, kenkadang kita kena set minda kita sendiri dengan sedapkan hati, bahawa mereka lelaki memang begitu.. nak sakit ati lebih2 kita yang merana jiwa, jadi fikirkan positif aje.. hmm kita je fikirkan dia kan? dia fikirkan ke? hmmm
selamat berbuka nanti ya! 🙂
tersenyum baca entri ni.
teringat kat abah yang selalu tawar-menawar untuk barang2 yang mama nak beli.
Nak teman shopping no problem masa n perbelanjaan tu memang disediakan. Yg kekadang kurang best tu every single thing tanya ok ke, cantik ke dan macam2. Hee awal2 dah bilang beli ikut selera you jangan ikut selera I ya. Mana yang I suka you pakai nanti I belikan sendiri. Bukan apa bila bawa anak2 ni diaorang tak suka lama2 kat satu tempat mula lah lari sana lari sini last sekali bergaduh kan kecoh.
tq kujie, moga para suami akan lebih memahami isteri mereka selepas baca artikel ni 🙂
salam,terima kasih kak kujie kerana memperingatkan saya ttg kewujudan hadis palsu itu
sy sudah menukar isi blog saya.
thanx again akak
=]
Bab ni yang lemah sket…tapi takpe…akan diusahakan (teman wife pergi shopping)
tips yang bagus kakjie. tapi selalunya Sue cuma beli persiapan sendiri dan anak2. yang lain semuanya suami yang uruskan. lebih mudah. lagipun bajet dia jugak yang tentukan.. hehe.
good tips kakjie, tapi mcm tak mampu nak buat je, hahahaha, selalunya time shoipping biar je dia memilih sbb dia tak suka ada org ganggu dia, then sy akan jalan2 ngan anak
hihi harap-harap dapat bakal suami yang sporting boleh ikut shopping! 😀
comel tul entri ni… 😀 ada beberapa tips yang belum digunapakai, mungkin nanti lerh cuba…
wah..mesti suami you suami terbaik
ada gak suami suami kat luar tu…ikut tips ini
slmt berpuaa kujie. org x kisah nk teman wife shoping. tp berbuka nnti wife kene bayar. upah utk hubby
hehehe..tulisan yang membuatkan ku terkedu dan terfikir..hehe..kene praktik bile teman isteri beli baju raya nanti..hehe..thanks kak jie
salam, hai kak jie. sweet entry ni.
hehe..sakitla kami..
good tips.. 😉 persediaan mental dan fulus amat penting utk menemankan isteri bersoping! 😆 😆
hiks..
kena print bagi kt kekanda nih
soh dia hapal
da kawen nnt senang 😀
maza suka dia pergi shopping raya dgn mak abah aje.. hehehhehe
selebihnya.. ngrohhh, ngrohhh….zzzzzzz
hehehehe
haha comel entry ni, kita suka. semuanya kena 😀
jangan sampai penasihat persatuan suami-suami yang malas nk teman isteri bershopping berkata-kata he…23x
hahaha…comel2….salam ramadhan kak Jie 🙂
Salam ramadhan al-mubarak.
Terima kasih kak atas entry merangkap tazkirah ni. Rupa-rupanya banyak benar yang kaum lelaki tak tahu tentang perempuan.
betol3 kak jie…kalau la isteri tak buat semua tu, macamne agaknya suasana raya kat rumah. Bagaimana agaknya anak2 nak beraya, nak makan…, nak bersekolah…eerrmmm….
Apabila isteri suka dan gembira, pasti rumahtangga lebih bahagia dan meriah. 😀 Tapi nak buat isteri gembira punya payah, kan3x. 🙄
hehe .. tips shooping yang bagus untuk yang ada cik abang ! 😛