Tips memasak puding karamel ini saya dapat dari Norzailina Nordin – penulis novel dan chef selebriti yang terkenal tu. Saya pernah bertemu Norz tahun 2008 waktu menziarah KS bersama Msjbox. Norz hadiahkan saya buku masakan dan sepasang kain untuk baju kurung cenderamata dari Brunei
Dalam novel Norzailina Nordin, Menanti Kasih terdapat watak saya sebagai Hajah Kujie isteri kepada Haji Arsaili , ibu angkat kepada watak Ahmad Ridzafi lelaki yang akhirnya menjadi suami kepada Farhana
Karamel adalah bahagian gula hangus di bawahnya tetapi bila diterbalikkan untuk disajikan, menjadi bahagian atas. Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus.
- Kalau dibakar di dalam ketukar gunakan sistem double boiler. Dengan cara ini, puding akan masak dengan wap daripada air panas dan ketuhar sekaligus.
- Kalau dengan cara kukus, gunakan api sederhana perlahan dan perlu ditutup dengan kertas aluminium atau aluminium foil. Jangan ditutup ketat. Memadai dibentukkan seperti ‘bumbung’ untuk mengelakkan wap pengukus menitis ke atas puding dan merosakkannya.
Bagaimana hendak mendapatkan puding karamel (jenis kukus) yang bertekstur halus? Caranya pukul telur dan gula sehingga gula larut.
Ada dua cara untuk membuat gula perang.
- Pertama, jerang gula pasir hingga keperangan, ketepikan dari api kemudian tuangkan air. Kacau atas api perlahan hingga gula hangus tadi larut sepenuhnya.
- Kedua dengan menjerang air dan gula pasir di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga gula larut. Kemudian biarkan hingga campuran air gula pekat dan berbuih halus. Warnanya akan berubah dari kuning pucat ke perang keemasan. Segera angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau tin berlengser marjerin. Kemudian baru dituangkan campuran telur yang lain.
Jangan dibiar gula hangus terlalu lama di dalam periuk walaupun sudah diangkat dari api kerana ia akan terus hangus dengan kepanasan periuk hingga menyebabkan gula hangus tadi menjadi pahit.
Kenapa kadang kala bahagian gula hangus terpisah daripada pudingnya?
Kerana tidak terus menuangkan campuran telur ke atasnya. Kalau menunggu lama, lapisan gula hangus mungkin mengeras. Inilah sebabnya bila diterbalikkan puding yang sudah masak, lapisan gula hangus melekat di dalam acuan.
Untuk mengetahui samada puding anda masak, cucuk bahagian tengahnya dengan hujung pisau tajam. Jika ditarik keluar pisau, ia hendaklah kelihatan licin dan tidak melekat dengan adunan.
PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air
Cara membuatnya
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.
p.s – resepi, tips dan gambar dari blog Norz.
©kujie – getting angry is easy but getting angry at the right time, to the right person, for the right reason at a right moment is really hard and thats what we call anger management
slm nk tny ye cmne nk bg gula perang tu mnjdi cpt tukar wrna ye?sy xtau la mn nk bt bg cpt bertukar colour..akk ipar sy ckp 5min je..tp sy da try 2x ttp gk amik ms lme..nk bt cmne ye..tolong
Masak gula dulu tanpa air…guna api perlahan… kejap je jadi perang. Bila dh perang sikit terbit bau…baru masukkan air. Jgn biar terlalu perang nnt jadi pahit
100 ml air gunanya untuk gula perang ,yg 410 ml untuk mix dg adunan ke ? 🙂
asal sy buat asik lembek je ,keras kat bawah ,,,huhuhu
Saya buat pun lembik je..
banyak sy coba ,tapi pun gk jadi pulak
Tq for the tips utk buat caramel yg cantik!! 😀
jjjj
suka makan puding ni, tp malas nak buat. haha.
Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..hati-hati bila beli barang secara online
Salam kak jie. saya punya puding ok tapi lapisan karamel selalu x menjadi. permukaan x rata. maybe sebab karamel kot. next time nak cuba tips buat karamel yg kak jie tulis tu.
Jom terjah post menarik dari Amir Said ..Resepi Kek Batik Milo
selamat menjamu selera
Wah! Terima kasih kongsi tips. Saya selalu ada masalah dengan gula hangus dan bentuk permukaan puding yang tak cantik. 🙂
pernah wat 1st x…mmg sdp..alhamdulillah njadi plak…sukanye hati…. 😆
Jom terjah post menarik dari a zie ..Giveaway Kujie2.com Sempena Ulangtahun Perkahwinan Ke 20
terima kasih mau kongsi murah lagi rezeki ya. keyeor air lior
adee…deee…..sedapnya…rasanya terkeluar dah air liur ni…..
Jom terjah post menarik dari princessmia ..Penjenayah Guna Letupan Loloskan Diri Lepas Samun Bank
mau coba ah
Jom terjah post menarik dari cindi ..Body Building Nutrition – Eat Vegetables to Grow Muscle Without Ruining Your Body
feberet saya ni. biasa kalau pi pasar malam memang beli. nanti nak mintak orang umah buat la.mmmm
Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Promosi keahlian percuma
baru jumpe ni. sebab dah beso, kena la buat eksperimen sendiri:(
kak,
‘anger mgt’ tu sgt best. nak francais kat new n3 nanti bole? will give u HIGH credits. muahsss! 🙂
Jom terjah post menarik dari tips-kurus ..Tips – Minta MC
nk pak macam sedap la kak jie:)
salam…akak..sya mg slalu tercri2 resepi puding ni…n sy dh try resepi akak ni br jap td..tp…sedihnyer..jd lembik..xbeku mcm dlm gmbr…macmne eh….
boleh try nanti ni.. sedap pulak nmpak..
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Blogger Yang Terdesak
datang sini nak amik resepi ye kak jie.. mak suruh print nk cuba masak… hehe
Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Tutorial- Aplikasi menguruskan akaun twitter
hadoiyaiiiii sedapnyaaaa kakjie… ermm mcm terasa-rasa di anak tekak 🙂
Jom terjah post menarik dari tpinky ..ESQ 165 – Angkatan Sabah
hari tu first time buat puding karamel. mama tau takkkkkkkkk! 5x ulang buat gula perang tuuuu T_______________T gile ah. gula asyik jadi keras je.asyik tak sempat nak kacau! stress gila heahah
Jom terjah post menarik dari yonna ..SayaAdaMasalahNakLetakTajuk
Dah lama tak buat, tengok entri ni, terus aje keinginan nak buat puding karemel ni berkobar-kobar.
Selamat berpuasa…
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Kemerdekaan- seorang model dan si putih
Kak jie ni macam tahu2 je saya nak buat puding karemel.. tapi kalau tak mau guna kastard tu pon xpe kan?
Jom terjah post menarik dari Daleela ..Malaysia Airlines-MITM Travel Fair & Malaysia FIRST Online Fashion Entrepreneurs Weekend at Mid Valley 13-8 -15-8
yup betul2.. kalau tak tuan terus.. tu pasal dia terpisah..
Jom terjah post menarik dari A-Y-I-E ..Orang melayu suka dengki
wah sedapnya, kami panggil dia puding gula hangus
em dah dua hari gi pasar ramadhan, di dua tempat yg berbeza tapi masih beum jumpa lagi puding gula hangus
Jom terjah post menarik dari mijie ..Hari Jumaat
kalau dia buat filem…terpaksa jadi pelakon pulak huhu
Jom terjah post menarik dari ishak ..Sinopsis sinetron cinta kirana di astro ria
fuuh..memang sedap gila ni…. 😛
Jom terjah post menarik dari ishak ..Mi yang sememangnya haram
aiyoh! meleleh ayaq lioq tgk puding tuu.. isk
Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..aku marah sangat!!
walamak.. ahahha…
insyalah kot pasal novel tu… sooonn gitw..
Jom terjah post menarik dari maza ..Sayu di tarbiyah lagi Peluang keemasan
sedapnyaaaaaa
puding
maaf, saya dah copy coz smlm kt bazar ramadhan anak teringin, beli sepotong je…dia je yg makan
balik umah suruh ibunya buat pulak
x pernah buat pun seumur hidup ibu
thanks kujie
insyaAllah hari cuti ni nak try
sodappnyerrr..
salamm ramadhan akak kujie itewww..
Kenapa saya baca entry ni waktu pagi.. huk.. huk.. 😥 😥
Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Selamat Berpuasa dan terima kasih
cayalah kak jie ..saya rasa ni tahap2 gaban punya resepi ni..(sbb saya tak pandai masak)…psst..smalam saya buat kek pisang kononnyer …lepas kek dibakar 40 minit keluar jadi bingka pisang……terguling2 gelak dengan hubby 😆 🙄 😉
betul gak tuh pasal peniaga bermusim ni, sekadar berniaga waktu ramadhan jer, so kualiti makanan agak berbeza dengan peniaga-peniaga yang memang sentiasa menjual makanan tak kira masa.
yang pasti tahun ni, semakin ketara kenaikan harga sesetengah makanan… lebih baik masak sendiri 😀
Jom terjah post menarik dari Eizil ..Resepi Ramadhan