Tips memasak puding karamel ini saya dapat dari Norzailina Nordin – penulis novel dan chef selebriti yang terkenal tu. Saya pernah bertemu Norz tahun 2008 waktu menziarah KS bersama Msjbox. Norz hadiahkan saya buku masakan dan sepasang kain untuk baju kurung cenderamata dari Brunei
Dalam novel Norzailina Nordin, Menanti Kasih terdapat watak saya sebagai Hajah Kujie isteri kepada Haji Arsaili , ibu angkat kepada watak Ahmad Ridzafi lelaki yang akhirnya menjadi suami kepada Farhana
Karamel adalah bahagian gula hangus di bawahnya tetapi bila diterbalikkan untuk disajikan, menjadi bahagian atas. Ada dua cara membuat Puding Karamel – dibakar di dalam ketuhar atau dikukus.
- Kalau dibakar di dalam ketukar gunakan sistem double boiler. Dengan cara ini, puding akan masak dengan wap daripada air panas dan ketuhar sekaligus.
- Kalau dengan cara kukus, gunakan api sederhana perlahan dan perlu ditutup dengan kertas aluminium atau aluminium foil. Jangan ditutup ketat. Memadai dibentukkan seperti ‘bumbung’ untuk mengelakkan wap pengukus menitis ke atas puding dan merosakkannya.
Bagaimana hendak mendapatkan puding karamel (jenis kukus) yang bertekstur halus? Caranya pukul telur dan gula sehingga gula larut.
Ada dua cara untuk membuat gula perang.
- Pertama, jerang gula pasir hingga keperangan, ketepikan dari api kemudian tuangkan air. Kacau atas api perlahan hingga gula hangus tadi larut sepenuhnya.
- Kedua dengan menjerang air dan gula pasir di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga gula larut. Kemudian biarkan hingga campuran air gula pekat dan berbuih halus. Warnanya akan berubah dari kuning pucat ke perang keemasan. Segera angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau tin berlengser marjerin. Kemudian baru dituangkan campuran telur yang lain.
Jangan dibiar gula hangus terlalu lama di dalam periuk walaupun sudah diangkat dari api kerana ia akan terus hangus dengan kepanasan periuk hingga menyebabkan gula hangus tadi menjadi pahit.
Kenapa kadang kala bahagian gula hangus terpisah daripada pudingnya?
Kerana tidak terus menuangkan campuran telur ke atasnya. Kalau menunggu lama, lapisan gula hangus mungkin mengeras. Inilah sebabnya bila diterbalikkan puding yang sudah masak, lapisan gula hangus melekat di dalam acuan.
Untuk mengetahui samada puding anda masak, cucuk bahagian tengahnya dengan hujung pisau tajam. Jika ditarik keluar pisau, ia hendaklah kelihatan licin dan tidak melekat dengan adunan.
PUDING KARAMEL
6 biji telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung kastard
15 gm tepung jagung
410 ml susu cair
410 ml air
1 camca teh vanila
80 gm gula pasir
100 ml air
Cara membuatnya
1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.
2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati.
3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.
4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus.
5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah dilengser dengan marjerin.
6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus.
7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.
p.s – resepi, tips dan gambar dari blog Norz.
©kujie – getting angry is easy but getting angry at the right time, to the right person, for the right reason at a right moment is really hard and thats what we call anger management
apa pun – memang kena mencuba – akan menjadikan kita mahir
sekali salah , esok cuba buat dan betulkan apa yg salah
lama2 nnt dah dpt rentak……….menjadi je lah
sebab tu tak berapa suka membeli kat pasar ramadan – kebanyakkan peniaga bermusim…berniaga setahun sekali…. tak ada kemahiran dan selalu mengecewakan.
kalau kita kenal peniaga yang selalu berniaga tak kira musim, kita boleh tau rasa masakan dia mcm mana…kita ada pilihan
KAK jie buat – kebetulan bahan2 memang dah ada
buat setalam – habis belum sempat nak ulang
tak selalunya..cuma hari ni mmg masak puding karamel..tu yg nak share tips2
trylah – mudah saja
kacau2 – kukus
terimakasih…selamat berpuasa juga
kak jie jarang beli – tapi mmg puding ni bahan nak masak diaa mahal…susu dgn telur..gula pun dah mahal
sesuai utk berbuka..sejuk dan lembut
kalau beli, mahalnyaaaaaaaaaaa…… sbb bahan2 dia mmg agak mahal
susu cair, telur dan gula
share yg mudah2..yg mmg buat
bila maza nak buat novel pula…tulisan dah menarik
lalu depan? kita yg kena control ayu control macho ye
ini yang serba salah nak cerita bab resepi bulan puasa ni 😆
cubalah – mudah saja ni
kalau tak jadi pun masih sedap sebab bahan2 dia pun mmg dah sedap2 😉
wah menu berbuka puasa kak jie ke ni? cayalah.
meh sepotong… 😛
hoho..kak jie pun dah start letak makanan..ni bahaya ni..hehe
ala bestnye..suka makan tapi tak pernah try buat..nti nak try le ur recipe..
mmg terliur dbuatnya tgk gambar kuih puding tuu..selamat berpuasa buat Kak G & family… 😀
bakat dekat tulis blog
p/s ; backlink untuk kak jie 😛
terliur tengok puding ni..tapi nak memasak kat rumah bujang , kurang kelengkapan serba serbi 😐
aik, ni menu saya berbuka tadi ni kak jie… hehe tapi sekarang kuih ni mahal, sekeping(betul ke ayat ni? :P) rm 1.50 kat tempat saya ni…
Sedapnye puding..dapat berbuke dgn ni sepinggan pon sodap weiiii
wah… puding tu.. sedapnya… (^__^)
waa….wajib…berbuka memang wajib beli…:)
wah! dapur kak kiah dah berbunyi..hehhehee
mudah2an cepat2 ler betul2 dpt naik haji..terus dapat hajah kujie yg the real gitew..
sebab tu perlu ditutup… nanti takder dah berlubang2… 😀
terliur laa tgok post auntie yang baru ni… teringat kat mak di kampung.. wuuuuu.. sedih.. T___T
Insya Allah lah kak.. saya cuba nanti hehe
Sodap nyo ini kalau mak mertuo lalu belakang pong tak nampak nih.
Tengok gambar pun dah rasa sedap ni =)
betullah tu Su… puding ni tak cantik pun masih mengekalkan rasa yang sedap…nak2 kalau masak untuk budak2
tak penting rupa… 😆
buatlah..mudah je ni
nak suruh kak jie tulis novel, tak de bakat 😆
tengah buat dalam microwave lagi… 😀
kurangkan telur kalau nak tak suka puding hanyir
Thanks mama, mmg tercari2 resepi puding karamel. nak cuba masak waktu bulan puasa ni. tapi tak tahu bila lagi..
harap2 1st time mencuba ni jadilaa puding nya..
thnks again for sharing 😀
kak jie tengah buat ni…. guna cara bakar dalam microwave
singgahlah rumah kalau nak … he he he 😆
erk..
time2 tengah berpuasa lak masuk blog kak jie. Terus nampak puding nie!adehhh..
faberet nie kak jie..kang leh buatkan 1..
rindu lak pada rumah~hehehe
yummy!!! pernah buat dulu. tapi hanyir pulak. takpe2. nak try yang ni plak.
wow.. gambar tu yang betol2 dah siap ke??? sedapnye..
hajah kujie..hehe
bila la ada orang nak buat watak haji naman..
gulp..bab makanan ni post la dekat² buka puasa kak jie..
menu menarik untuk berbuka ni hehe
Salam Ramadhan Kak Jie…
Ingat masa Su remaja dulu. Cuti sekolah, jaga anak buah, try buat resepi ni. Mrk suka sangat. Lepas tu buat lagi… dan lagi… dan lagi… tapi rupanya mmg tak cantik, harap rasa je. Berlubang-lubang… nampak kasar semacam je. huhu
waktu zaman bujang dulu, ini antara masakan yang saya selalu cuba, antara masalah saya bukan gula terpisah, tapi struktur puding tu kurang lawa, lepas percubaan banyak kali, akhirnya tahu penyelesaian dia, saya terpaksa tutup permukaan bekas puding tu 🙂 hasilnya lebih licin…
terus terang bab menitik atas puding dan bab melekat gula tu selalu terjadi…. dapat tips ni dulu terus ingat sebab tu nak share dengan kawan2
gebunya puding tuu .. nak buat laa esok klau sempat 😀
bab gula terpisah dengan puding tu selalu jadi…rupa² tak boleh tunggu gula sejuk..kena terus tuang
tq kak. puding karamel sy tak penahnyer menjadi. adaaa jer silap dia. nanti nak try lah yg ni.
nampak sungguh sedap!~
terbaikkk kak jie……thank you for sharing…nak try nanti ni…:)
org tersayang duduk jauh plk.x dpt nak suruh masak puding.fevret ni puding2..