Sebelum beristeri dua, tiga atau empat
Rumahtangga

Sebelum beristeri dua, tiga atau empat

Saya sebut namanya sebagai Hamzah. Dia bekerja dengan suami saya. Kami kenal lebih dari 10 tahun. Sebulan 2-3 kali dia akan balik ke kampung. Itu memang sikap yang baik tetapi saya cuma risaukan belanjawan dia. Perbelanjaan balik kampung bukannya murah dengan perjalanan lebih 2 jam. Umur dah meningkat, bila masa nak fikir tentang diri sendiri.” Dia jaga mak dia, Jie…” itu kata suami saya.   Sejuk hati bila mendengar…. bukan mudah untuk berjumpa seorang anak muda lewat 20’an yang sanggup berulang alik hampir setiap minggu kerana ibu.

” Ada abang pun….. hanya penting diri sendiri. Nak juga berbini dua “ Ini buat saya panas hati. Bukan saya penentang poligami.

berkahwin dua

Kadang-kadang Hamzah perlu kirimkan duit ke kampung kerana abang sakit, kakak ipar masuk wad, anak saudara kena tahan polis atau urusan yang bukan tanggungjawap dia. Saya rasakan macam keluarganya ambil kesempatan atas kebaikan dia. Saya kenal dia lebih 10 tahun dan saya mengangap dia sebagai adik .

Kalau berkemampuan, ok teruskan tetapi kalau anak sendiri tercicir sana sini, keluar masuk lokap, beliau bukan seorang lelaki yang berkemampuan untuk berpoligami.

Anak dengan isteri pertama saja 9 orang dan anak dengan isteri ke 2 bertambah 3 orang. 12 orang anak tanpa pekerjaan tetap. Apa yang hendak dikejar?  Pentingkan diri sendiri.

Saya tidak ingin menyentuh kemampuan dari segi harta benda, material dan wang ringgit kerana itu dapat kita nilai dengan mata kepala tetapi orang jarang malah tidak pernah langsung menilai diri sendiri dari sudut kemampuan menjadi bapa atau suami yang betul-betul bertanggungjawap.

Sebelum mampu menjadi bapa, perlu juga mampu menjadi suami. Suami yang membimbing isteri ke jalan Islam bukan semata-mata memenuhi kemampuan  makanan , pakaian  atau  tempat tinggal. Yang ini pun dah gagal, apa lagi soal-soal pendidikan , bimbingan  atau  amal ibadat.

Suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak.  Kalau tidak mampu mengajar sendiri, dia wajib berusaha mencari guru yang mampu mengajar isteri dan anak-anak.

Imam Ghazali ada berkata, bahawa orang yang tidak mampu mengajar anak isterinya, tidak mampu menerangkan hukum-hukum Allah dan tidak mampu menyampaikan yang hak kepada anak dan isterinya, maka dialah orang yang menempah jalannya ke jurang kebinasaan iaitu terjun ke dalam neraka.

Di akhirat nanti, walau timbangan amal ibadatnya cukup banyak dan berat tetapi kesalahannya terhadap anak isteri kerana tidak menyampaikan seruan agama ketika di dunia hingga menyebabkan mereka jahil , itu pun boleh menghapuskan semua amal kebajikannya.

Kemampuan utama yang perlu difikirkan sebelum nak tambah cawangan adalah kemampuan menjadi suami atau bapa yang dapat membawa isteri dan anak-anak mengikut ajaran Islam dengan sebaiknya.

Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.

Saya bukanlah penentang poligami dan saya pernah dengan rela hati memberi izin jika beliau ada berniat..dalam gurau sendalah…hehehe.

Lelaki yang hanya pandai bernikah kahwin tetapi gagal memyempurnakan tanggungjawap mendidik anak-anaklah yang menyuburkan gejala sosial dan masalah moral kepada remaja sekarang. Adakah dia sudah memainkan peranan yang secukupnya dalam mendidik dan menanamkan keimanan dalam jiwa anak-anak sehingga mereka tidak mudah terpedaya? Jangan menyalahkan televisyen kabel atau internet atas keruntuhan akhlak anak-anak jika mereka sendiri tidak diberi pengajaran Islam yang secukupnya untuk mereka menghadapi dunia sekarang yang penuh cabaran ini.

Ini hanya satu bab mengenai kemampuan, jadi renung-renunglah dan selamat beramal.

Sebelum menggunakan alasan ‘kemampuan batin ‘ Kembali Kepada Fitrah seperti ceramah Prof Dr.Sidek Baba dulu.

Amirul Syafiq - I got an offer to a college It’s 368 kilometers away from home… "If you're confused you're in Fantasy or Reality, Then you're not in Reality"

67 thoughts on “Sebelum beristeri dua, tiga atau empat

  1. Great beat ! I would like to apprentice while you amend your website, how could i subscribe for a blog
    web site? The account helped me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of
    this your broadcast offered bright clear idea

  2. Hi, i think that i noticed you visited my blog thus i came to return the favor?.I’m attempting
    to to find issues to improve my web site!I guess its ok to use some of your ideas!!

  3. tapi yang peliknya korang kaum adam ni tak paham2 langsung…. 😕 😕 😕
    kawin nak ikut sunah Nabi, pelihara bini2 tu tak ikut pula sunah Nabi..ni yang aku pelik lagi hairan ni kak jie…

  4. betul apa kak jie tulis nie.

    ikutkan lelaki kena lebih faham, masaelahnya, yg dipoligamikan kena lebih tahu perkara camni. camno??

  5. sy sokong poligami.. sy x sokong mereka yg mempergunakan poligami utk kepuasan sndiri..

    pstikan tahu kemampuan, kelebihan n kekurangan diri sbm memikirkan ut melakukan sesua2 yg besar, pjg n dalam.

    kwangan je mampu masih x cukup lg. masih byk lagi sunnah2 yg lebih afdal utk dilaksanakan tp x pernah terpikir melaksanakan..
    .-= ibnmasir´s last blog ..Jawatan Kosong =-.

  6. bukan tidak boleh lebih dari satu .. tapi kalau tak berkemampun cam mana … bukan yer kita menentang .. orang perempuan .. suka dia anggap penentang kepada cerita ini .. tapi itulah hakikat yer .. – harap sangat.. bertanggungjawablah .. sebagai ketua keluarga .. takkan kita nak lihat zuriat kita bersepah – sepah tanpa .. ader tuju dalam hidup ini ..

    1. @aulia, jangan nak tambah cawangan jika yang ada masih belum dpt dijaga…kebanyakkan tambah isteri sebab yang ada tu bermasalah, bukan nak betulkan masalah yg ada

  7. Kesian kat anak² yg terbiar
    bila si ayah hanya reti tambah
    anak tp x reti nak didik anak.
    .-= Eriyza´s last blog ..Kasih Bapa Sepanjang Masa =-.

  8. rasanya poligami selalu dipandang sgt negatif..sampai yg berkemampuan pun takut nak berpoligami

    nasib baik belum ramai lagi yg pandang negatif pada perkahwinan sampai takut nak kawin

    1. @zamz,”selalu dipandang negatif ” sebab ‘selalunya tidak positif’

      mcm tu..hehehe

      jadi mulakan kempen untuk buktikan sisi positif :mrgreen:

  9. berazam nak jd suami, bapa yg baik!!!!hehe..

    *sabar2 cikun, ade lg setahun lebeh lg nak abes blja…kehkeh*

    kak jie!! ur post ni sungguh bermakna!!,ley masuk artikel kat newspaper mne2 nih:P
    .-= cikun-kun´s last blog ..kertas lubang hitam. =-.

    1. @cikun-kun, Insyaallah…. jangan lupa hantar kad jemputan kat kak jie ye…setahun tak lama , dah ada target tu :mrgreen:

  10. alamak!

    ini yg tak best ni.. dah tak aderk ke kujie pertandingan pengomel terbanyak di blog ….huhuhu

    ke memang eden ni ha champion tak terkalah ….

    wakakaka

  11. Merujuk kes di atas,

    hakikatnya memang maza amat simpati terhadap keluarga ini!
    Apakah walang telah menimpa si suami dan isteri…
    dan apakah pula balak yg menghalang mereka hingga porak peranda..

    adakah sikap mereka perlu diubah?
    atau iman sudah mati di hati
    atau mereka perlukan pertolongan dari kita untuk memperbaiki..

    kepada saudara kita yg berkorban diri itu, maza ucapkan tahniah, dan sebaik2 balasan adalah dari Allah jualah yg membalasnya…
    mudah2an kita diperteguhkan iman, sekuat iman Abu Bakar atau lebih lagi…

    ameennn

  12. kak jie buat n3 poligami, sambil2 tukar template.. macam poligami template je..yg green tu dikira Numero Uno 😛

    jie, org nie, bila tang yang tu mulalah ‘ikut sunnah’, padahal yg banyak lagi sunnah entah ke mana
    .-= AyKay´s last blog ..Janda Muda (atau Tua) Berhias =-.

    1. @AyKay, bukan…ni topik suami isteri kami pagi tadi…. kak jie dan abg bersembang bab ni pagi tadi sebelum dia pergi kerja..dia cerita ttg pekerja dia yg kak jie kenal hampir 10 thn.

      Ini hanya secebis dari catatan kehidupan yg kita biasa jumpa….

    2. @AyKay,

      psst: betul ker hat tu aje lelaki nak buat? bab poligami ikut sunnah!

      erk! bukan ker bab lain pun dia org pun ikut sunah?!
      contoh makan dgn tangan kanan, puasa sunat, pakai pakaian yg molek, bercakap yang baik2, menulis yg baik2…. mempercepatkan berbuka puasa, mandi di pagi hari….

      so camner tu?!

      wakakaka

      1. @maza, bukan gitew. maksud saya org yg dah buat pilihan nak pasang dua, tiga dan empat, akan memberi alasan menyahut amalan sunnah, padahal byk lagi sunnah2 lain yg belom dikabulkan.

        terpulanglah, semuanya ada hak masing2 untuk tunaikan amalan dgn masa yang diberi.
        .-= AyKay´s last blog ..Janda Muda (atau Tua) Berhias =-.

        1. @AyKay,

          uiks! nak buat semua sunnah baru boleh buat sunnah poligami ker

          wakakka

          Bagi maza, org yg gunakan alasan sunnah utk poligami pun tidak salah. memamg betul pun sunah!…

          bagi maza mereka juga malas hendak memberi alasan yg panjang lebar terutama nak bersoal jawab dengan org awam lain….

          jadinya dipermudahkan dgn mengatakan mengikut sunnah nabi! habis cerita…

          psst: ayat megong dari maza:. hehehe. elok gak ler dia nak buat sunnah daripada langsung tak nak buat sunnah.. wakakakaa

          1. @maza, tok sah cite bab sunnah lah… yg tu selalu dah org dok bagi alasan tu..

            buat yg wajib je dulu..hahaha..ramai gak yg tak lepas yang wajib2 ni…

            1. @Jie,

              hehehe

              confirm yg wajib tak ramai lepas!

              sbbnya Allah SWT telah berfirman, sedikit daripada makhluk ciptaan-Ku yg akan memasuki syurga, dan ramainya memasuki neraka!

              huhuhu

              den pun belum tau lepas laie, ekau (merujuk kek semuo makhluk ler) camno lak?!

              huhuhuhu

  13. perkhhh stigma dan stereotyping lagi. wakakka

    Dalam menerokai kehidupan berkeluarga, baik berpoligami mahu pun tidak, tanpa komitment, perpaduan dan keikhlasan tetap juga menjadi keruntuhan..

    soal adil, Allah SWT pernah berfirman di dlm surah An Nur (mungkin Nisa’) antara bunyi nyer, “Manusia tidak mampu memberikan keadilan kecuali Allah SWT”

    Dalam soal poligami ini, bercakap ttg keadilan …wakakak, kita buat macam mana sekali pun untuk memberikan keadilan terhadap para isteri itew, tetapi tetap juga mereka melihat tak adil! sbb nya masing2 tak ikhlas..terutama pabila dihasut syaitan..

    ada sahaja yg tidak kena! itu tak kena, ini tak kena..

    Contoh terbaik ialah apa yg berlaku ke atas nabi sendiri berhadapanan dengan kerenah para isterinya itu sendiri.. akibat cemburu di antara aisyah, habsah dan isteri yg lain, mereka lupa ttg rasulullah.. lupa ttg keadilan yg diberikan oleh Rasulullah…

    Bertambah buruk dan menjahanmkan siasah islamiah, apatah lagi bila menemukan org yg melakukan poligami tersebut melaksanakan poligami berdasarkan inginkan kesedapan sahaja tanpa rela bertanggungjawab… huhuhu.

    Kalaulah kita sentiasa melihat wanita semata2 menjadi mangsa poligami, maka benarlah anda telah menjadi mangsa. kerana anda sendiri yg meletakkan diri anda sedemikian rupa.. tetapi jika sebaliknya, anda sendiri lagi maklum.. huhuhu.. anda menjadi wanita yg kuat dan hebat!

    Bagi maza, dlm membentuk siasah dan iman anak2 dan isteri.. kesemua pihak perlu memainkan peranan.. tanpa give & take, perkara sebaik mana pun tidak akan berlaku…

    iman bukanlah sesuatu yg diwarisi, atau dituntut begitu sahaja dari seorang bapa kepada anak atau suami kepada isteri.. tetapi ditagih, dididik jiwanya dan ia adalah anugerah Tuhan…

    Dalam hal ini, soal hati dan poligami bukanlah sesuatu yg menonong sahaja berlaku. Ia disertakan sebab dan musabab. Ia juga disertakan dgn tangungjawab dan komitment semua pihak utk menjayakan sebuah keluarga..

    bagi pengamal poligami yg durjana, awaslah, anda telah menzalimi diri anda, dan anda akan berjalan senget di akhirat kerana beban yg tak tertanggung itu..

    tetapi bgi sang isteri yg berpoligami pula, yg tidak menjalankan amanah, sentiasa mengadu domba, mencari dan sentiasa menyingkap ketidak adilan malah jauh sekali mencari persamaan .. nantikan juga bencana Allah SWT..

    Org yg diberikan kelebihan poligami itu sendiri ada tanggungjawab yg diamanahkan.. yg tidak berpoligami pun juga ada tanggungjawab dan amanah.. peliharalah amanah tersebut!

    Bab anak2 tak terpelihara, isteri tidak terdidik, bukan hanya berlaku ke atas org berpoligami, malah yg tak berpoligami ini juga lagi ramai berlaku! Yg mengabaikan anak bini atau suami yg mengamalkan monogamy jugalah yg turut menyumbangkan masalah sosial pada skala majority..

    wakakak

    bila maza menulis.. huhuhu

    1. @maza, terimakasih ..pandangan lelaki – stigma dan stereotyping lagi. ( ayat ni saya pinjam dari maza sendiri ) :p

      1. @Jie,

        den tengah tuleh cito misteri, tibo2 keno lak baco eh kesah mcm ni,, pulak tu, kek blog sanun pun cito bab yg hampir samo… huhuh

        berpinor gak lah mato eh..

        kalau tak komen karang, kocik lak atie eh…. kato den tak encem

        wakakaka

        (sekian laporan lalok dari maza) heheheh

        1. @maza, he he he… isu glokal…mmg la
          dah tu awk masuk blog makcik2…

          itu mcm ni je la yg kami tau

    2. @maza, setuju 137% .. huhu

      Pinjam kate2 labanon,laki berpoligami tambah isteri.bukan ganti isteri. Hehehe 🙂

  14. Hehehe. Memang susah orang yang tak reti nak ukur baju. Kesian anak-anak.

    Itu hari ada diskusi dengan kawan lelaki yang berniat nak kawen labih dari satu.

    Ji bagi tau “ko penah pikir cemana ko nak handle psychology anak esok tgk ko kejap utara kejap selatan, ko ada ilmu bahagian tu??”

    Kalo ko ckp ko pergi “dakwah” memadai ke?

    Ko tinggal anak bini esok ada ko nak pastikan depa ni berteman? ada yang tengok-tengok kan anak bini..’

    Akal kena panjang bab poligami neh. Bukan akal keja nak kelentong pompan je.
    .-= jiji´s last blog ..Boring nyaaaaaaaaaaa@!~ =-.

    1. @jiji, perempuan di cop emosi dan tidak pernah faham…. sebenarnya sesiapa yg berhajat utk berpoligam tidak salah..teruskan kalau mampu…tapi bukan bab mampu dari segi material..ini kemampuan dari segi ” mengikut sunnah nabi ‘ yang lain-lain selain dari ‘mengikur sunnah nabi’ yang paling fofuler.

  15. Hmm…. tu la ya……

    Bila dengar kisah2 ni, selalunya anak2 atau isteri2 yang tertindas, samada isteri yang tua mahu pun yang muda…

    Namun , ada juga kisah2 yang seronok didengar walaupun jarang2 berlaku. Kalau suami cukup ilmu tentu tidak ada masalah. Harap2 para suami sedar akan tanggungjawabnya, bukan saja membahagi masa dengan isteri, ibubapa, tetapi juga dalam pendidikan anak2…. Wang yang banyak tidak menjamin kebahagian hidup , dunia maupun akhirat.
    .-= Tie´s last blog ..Entry dalam kelambu: Bila suami terlebih romantik =-.

      1. @Jie,

        tu dia….wakakakka

        psst: tapikan bab satu ni memang panas sikit seh! hehehe

        kekadang tu, isteri yg ada pelajaran agama, sampai U lagi tu, buat pengajian agama gak ler, lagi teruk dari yg tak belajar langsung.. wakakaa

        anyway, mudah2an kita terkeluar dari org2 yg gagal menghadapi ujian Allah SWT… huhuhu

        1. @maza, panas sebab kita dok kat katulistiwa…kalau kita pakat dok jauh nun kat kutub…… kena sharelah ..baru panas…hahaha

  16. kadang saya tak faham dengan kaum adam ni. saya tak faham ape yg xcukup.slama saya hidup atas bumi Allah ni, hanya seorang lelaki shj yg saya jumpa yg mampu melaksanakan tugas sebagai suami yg berpoligami dgn baik dan beliau cuba menjadi seadil yang mungkin.

    dlm surah annisa sendiri (rasanya ramai yg dah maklum), tafsirnya, “kahwinlah kamu dr sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan2 lain, dua, tiga atau empat. kemudia, jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil, berkahwinlah dgn seorang sahaja, yg demekian itu adalah lebih baik supaya kamu tidak berlaku zalim”

    bila bab2 poligami ni, baru semua nak ikut sunnah Rasulullah. sunnah yang lain semua ditinggalkan.ni smua terjadi sbb ramai lg antara kita yg tak faham islam sebenar2nya

    sama2 kita, bina diri kita menjadi seorang individu muslim bukan muslim hanya pada nama.

    maaf kak jie, comment kali ni sedikit sentimental..

    wahai kaum yg memiliki 9 akal,
    letakkanlah akal di hadapan perasaan ketika membuat pertimbangan.
    dahulukanlah iman sebelum nafsu dalam setiap keputusan.
    .-= woodstacker´s last blog ..fmb13- kerana aku sayang =-.

    1. @woodstacker, kes kak jie tulis ini mungkin tak sama dengan kes poligami yang lain…kes ini lelaki beristeri 2 sedangkan satu pun lompong sana sini… anak2 yang ada tak habis sekolah, kes polis mencuri, kes dadah… kesian anak tu…

      kita tak boleh pukul rata semua pandangan ttg poligami dlm semua kes….

  17. setuju kak jie..kadang2 biar kita kurang harta, orang pandang kita sebelah mata tetapi suami dan ayah kepada anak2 kita membimbing kita mengikut jalan Allah SWT.
    .-= arin´s last blog ..T.R.A.N.S.F.O.R.M.E.R.S =-.

    1. @arin, sebenarnya kita sendiri pun wajib menuntut ilmu sebagai seorg mukallaf ( baligh dan berakal ) bkn semata2 tanggungjawap seorg suami

      1. @Jie,
        saya memang bersetuju benar ttg hal ini…

        wajib setiap muslimin yg berakal menuntut ilmu, waema sampai ke oversea. ke negeri China…

        tapi skrg ni kalau nak menuntut ke Amerika kena hati2,, sbb ada selsema H1N1 a.k.a selsema babi

        wakakak

        1. @maza, tak payah nak sampai ke Amerika tu kalau nak jumpa selsema H1N1 tu.. pergi je kat SK Assunta 1 atau SK Assunta 2 di Petaling Jaya. T

    1. @nura zara, kalau kita percaya kepada Rukun Islam, Rukun Iman kita akan bersetuju dan terima apa yang diperintah Allah dan saya percaya kalau suami yang bertanggungjawap , yg akan didik isteri dia ke jalan Allah , yang mengajar isteri segala kandungan Al-Quran, nescaya tiada isteri yang menentang…masalahnya suami tak pernah ajar isteri berlandaskan Al-Quran dan Sunnah tiba-tiba bercakap ” nak ikut sunnah”..dari situ kekeliruan timbul.

      1. @Jie, mama jie x pe ..x takut …boleh terima dan hadapi…

        kalau sy mmg x kuat..

  18. wah2 cantik nampak koemn layout baru nih… caya lah… 😀
    .-= shay´s last blog ..ALHAMDULILLAH… =-.

      1. @Jie, tapi memang nampak cantik la kak…
        .-= shay´s last blog ..ALHAMDULILLAH… =-.

  19. dalam hal ini
    laki paling kuat berpegang kepaad sunnah 😉
    tapi…neway
    aku suka komen saleh yaacob psai isu poligami nie
    bila dalam hal ini
    kena berblik pd agama
    sbb sikap, tanggungjawab, peranan laki
    untuk ketua keluarga akan jadi lebih baik…
    bila berpoligami

    1. @KampungBoy, ya..berbalik kepada agama…memang itu pun sepatutnya..bukan Saleh Yaacob je..semua orang pun.

      cuma keliru…perlu berpoligami dulu barulah bertanggungjawap

      atau

      bertanggungjawap barulah berpoligami…hehehe… 😳

      apa2 pun terimakasihlah..satu2nya pengomen lelaki setakat ini…yg dtg semua makcik2… :mrgreen:

  20. Emm … betul tu Kak Jie.Dah mcm penceramah bebas plak.Hehehe 🙂

    ps:tukar theme lagik? aiyo …

    1. @Melayu Boleh, bukan penceramah… kak jie dah hampir 18 tahun berkahwin..benda2 mcm ni selalu terjadi dalam masyarakat kita… kadang2 orang2 terdekat dalam hidup kita…

      theme? hihihi….. simple & clean 😀

  21. yups, lelaki boleh beristeri lebih dari 1 jika berkemampuan.
    berkemampuan tu pula ada beberapa pecahan.
    bukan hanya tertumpu pada yg ‘satu’ tu saja.huhu..
    .-= fiezabaiduri´s last blog ..Backup blog =-.

    1. @fiezabaiduri, nak buat mcm mana…lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu…dah satu itulah yang digunakan semau-maunya… 😆

  22. saya stuju dengan kak jie
    kalau betul2 mampu nak pikul tanggungjawab
    tak ada masalah rasanya kalau nak berkahwin lebih dari 1
    ni tak mampu, hanya mampu nafkah batin aje, buah ape kan
    😀
    .-= Lily.Lulu´s last blog ..Ayahku Glemer … =-.

    1. @Lily.Lulu, lelaki yang tahu dan sedar betapa beratnya tanggungjawap yang dia pikul , selalunya takut beristeri tunggal… :mrgreen:

Comments are closed.