Selepas dia pergi kerja, saya pun teruskan rutin harian seperti biasa. Saya pergi kelas. Hari ini baca kitab Hidayatul Sobian mukasurat 17. Kelas kami mula baca kitab ni sejak bulan Disember 2005, hampir 4 tahun baru mukasurat 17. Murid tua yang belajar , memang lambat sikit nak dapat – berselang seli dengan kitab-kitab lain sebenarnya.
Bila pergi pengajian, barulah kita sedar masih banyak yang kita tidak mengethui. Hari-hari ada saja ilmu dan pengetahuan yang dapat dikutip dan makin banyak yang perlu diketahui.
Hari ini Rabu, malam nanti ada kelas pengajian kitab Terjemahan Al-Hikam di rumah saya. Kadang-kadang di rumah kawan-kawan lain secara bergilir-gilir. Pengajian santai suami isteri kerana kelas ini hanyalah disertai rakan-rakan rapat dan pasangan masing-masing. Romantik sangat rasanya bila ditegur Ustaz bab suami isteri. Pergi kelas berduaan naik motor…owhhh…romantiknya sambil menyulam cinta!
( Tip no# 2 – Rahsia Rumahtangga – pergilah pengajian bersama-sama ) Disamping mendapat ilmu boleh juga saling menjeling. Bila satu-satu bab kena badang hidung dia, saya sms – ” awk dgr tu, ustaz cakap ape” Rasa macam zaman persekolahan muda-muda dulu . Mungkin dulu, tulis pada kertas dan main kapalterbang untuk menghantar pesanan. Kalau duduk bersebelahan , adalah yang kena cuit.
Tolonglah angin
Bawa kapal terbang kertasku
Kepadanya
Supaya ternyata jelas
Isi hati ku
Yang sebenar-benar ikhlas
Dengan cintaku
Hanya dia satu
– Kapalterbang Kertas – Exist
Dah jauh melancong ni..balik pada bab rajuk merajuk tu, tenghari tadi saya pun ambil langkah pertama untuk telefon suami. Biasanya dia yang telefon saya sebab dia yang tinggalkan rumah. ( Tip no# 3 – Rahsia Rumahtangga – telefonlah isteri anda selepas keluar ( pergi kerja, outstation, urusan persidangan kawan-kawan sekedai kopi ) lepas sembang hampir 3 minit, saya mengusik Β ” eh..abang tak merajuk lagi”
kah kah kah..dia gelak. Kan mudah sangat untuk meredakan keadaan. Jangan melawan cakap kalau salah seorang pasangan bercakap. Betul atau salah, bukan dapat piala pusingan pun…
Bini aku pun selalu merajuk gak tapi selau buat2 tersentuh semasa tidur, nak settle latuuuuu…tapi malu nak cakap. Tapi sy ni kalau org dah cuit/gentel2 kaki ni x leh tahan laa…… eeeee maleh nak cakap lah.
Apa pun tips yg jie bagi memang menolong dan effective. TQ
siap gambo tu bukan melalut. tu namanya peringat diri. ekekeke…
selalu amalkan no 1 sbb tak kuasa nak bertekak. biasanya orang lelaki nie sedar sdri yg silap tapi yg ketama dia akan cakap byk2. :d
biarkan… π
merajuk jangan lama2..bile lame2.. dua2 merana.. hehe
Byk lg tips kak Jie
kena peturunkan nanti.
Ramai anak buah dok blajo. π
.-= Eriyza´s last blog ..Kasih Bapa Sepanjang Masa =-.
@Eriyza, tak boleh semua…sikit2
ikut keadaan..kadang2 bukan secara langsung π
Romantiknya, Kak Jie. hehe
.-= Fatin Pauzi´s last blog ..Bersikap Normal Dengan Gelombang Minda Beta =-.
@Fatin Pauzi, kak jie bercinta selepas kahwin… π
wahhh kena ambik pen & kertas ni. Tulis petua rumah tangga dr Datin Sri Kujie :))
@yati, copy paste save kt notepad …. π
Biasa lah merajuk…Kalau tak de merajuk tak leh jugak =)
@blinkky, yg selalu…nnt jemu
tolak ansur
tu yang mahal
.-= KampungBoy´s last blog ..Pilihan Terbaik Hosting 2009 =-.
@KampungBoy, yup..hargai apa yg kita miliki π
muahaahaha..romantiknya..apapun beberapa tips yg dikongsi tidak diamalkan sgt oleh pasangan suami isteri skang ni..itu yg byk kes cerai berai
@catzer, kalau letakkan impian dan harapan yg keterlaluan pada pasangan masing2…itu juga masalah
sebab kita tak mungkin temui kesempurnaan di dunia
kakjie pandai guna psycology..sedangkan lidah lagikan tergigit..
ceh, saya ckp mcm dah kawen je π
smoga bahagia dunia akhirat,Ameen
.-= woodstacker´s last blog ..fmb13- kerana aku sayang =-.
@woodstacker, org yg dah kahwin pun tak semestinya berjaya dan memahami
wah.. rupanya memang indah jika kita saling memahami!
yang penting.. buanglah ego yang tersemat di jiwa π
@cart4family, tapi mesti ada juga ketikanya tercalar terguris….anggap saja itu rencah kehidupan yg kita akan tempuh…
hurm…wah berasmara dana…romantik sungguh..hehe
.-= zulfitry.com´s last blog ..Tutorial: Bagaimana Nak Curi Hati Si Dia ? =-.
@zulfitry.com, kami berjumpa, bercinta hanya 6 bulan….kemudian kahwin….bila dah kahwin…tanggungjawap kita suami isteri membina, menjaga dan menyuburkan apa yg telah kita miliki…hargai apa yg kita ada pada waktu itu
@Jie,
ooo, sebab tulah bila dah nikah bercinta sakan.
macam ni lebih baik.
sekarang ni, ramai yg bercinta sakan sebelum nikah, cepat bosan bila dah nikah. π
.-= Kak Long´s last blog ..Hari Koperasi =-.
huhuhu… pasangan romantik…. pandai jaga hubungan tu yang bagus… semoga berbahagian sepanjang hayat…
.-= adol´s last blog ..TERAPI ELEKTROSTATIK =-.
@adol,menjaga hubungan yg baik mesti dimainkan peranannya oleh kedua2 pasangan..tak boleh seorang saja
tip yg sangat berguna…daku pun ada sedikit masalah ni π
.-= kita´s last blog ..Tiada Alasan Untuk Tidak Baca Al-Quran =-.
@kita, uik…mcm masalah besar je tu..sabar….rumahtangga diusik badai sikit2 tu utk menguji…lepas gelora mesti keadaan bertambah erat….sesekali terjadi…selepas berjaya diatasi akan terasa manisnya π
keh keh keh… best best..
stuju 100% thanks~
@kreuger, nanti kena praktikkan…
hehehe pembaca ni rasa macam tengah nak ambik spm.
.-= cikgu panji´s last blog ..Oh Lidah =-.
@cikgu panji, ooo..nak feeling budak bawah umo le tu..
SALAM
che abear pB kalau keluar rumah jarang benor nk talifon π₯
@pB, pB le pula yg kena tepon dia..hehe
comelnya entry ni, tergelak iza bunyi kih kih
agaknya kak jie siap berduet atas motor ye? Lagu p romlee
Kasih bukan paksaan..sayang bukan mainan…
jiwa dan raga..jadi taruhan..
ooo pujaannnn…
.-= iza´s last blog ..Beijing…sendirian tetapi tidak keseorangan…. =-.
@iza, dia pula yg golek2…hehehe
eeemmm..mlm2 nek motor bawah sinaran bulan purnama
tapi bukan lagu p romlee tu
kami bercinta zaman rock kapak
Biasanya yang akan bercakap dan bising2 – lelaki, yang diam – perempuan. Itu kira okey sbb kesnya tak akan panjang. paling tidak pun kalau puas pok pet pok pet dia akan diam sendiri….. gitulah resam berumah tangga, pantai tengok, pandai intai dan pandai mengawal.
.-= TokNabe´s last blog ..Hilang Kelibat =-.
@TokNabe, kalau yg bising2 perempuan..haha..kena tengok tu…mgkn rajuknya jenis berprofile tinggi.
sulam gurau senda…mesti ok tu
tak perlu panduan secara terperinci..pandai2lah mencipta suasana
Seronoknya baca entri ni.. So sweet..
@BB Hussain, moga dpt pengajaran….kak jie bukan pakar motivasi yg hebat2 tu..ini hanyalah pengalaman kehidupan kak jie sendiri
Jie,
Merajuk pada yang sayang…. π
.-= Kak Long´s last blog ..Bulan =-.
@Kak Long, meminta pada yang ada :p
wah! akhirnya teman terhangat di blog roll telah kembali…wakakak
hehehe
baru ler semangat sikit nak berjoget lambak kat sini
hehehe
@maza, teman seiring sejalan….hehehe
alahai .. suwitnya gambar kak jie dengan husband
time raya ke tuh ?
hehehe ~
betul tu kak jie
bila sorang dah membebel, bising, sorang lagi kena diam
kalau dua2 nak cakap, konpem perang !!!!
π
.-= Lily´s last blog ..Ayahku Glemer β¦ =-.
@Lily, gambar raya tu lily..mcm org2 mude..ambek gambo kat handset
pastu letak kt myspace π
@Jie, hati mesti selalu muda, jadi kemudaan akan sentiasa terserlah. π π
.-= Kak Long´s last blog ..Hari Koperasi =-.
aik! dah entry keduo ekau postkan hari ni
huhuhuhuhu… super sonic betullah.. wakakakka
wokay lah tu..
tapi satu ler, den memang jeles kek ekau lah huhuhu.. ekau poie kelas mengaji..uwakk
den lak, walmak eiiiii
huhuhuu
@maza, tak lah..sy ade entri dlm draft.
bila nak publish, edit sini tambah sikit.
tapi yg ni entri fresh..topik semasa..hehe
kalau yg berat2 sikit tu.biasanya sy simpan dlm draft, edit sikit2…bila dah puashati baru publish
@Jie,
o,oohhh, kamu ketahuan!
kak long terfikir gak, banyaknya masa jie tulis entri tiap2 hari. nasib baik maza dah tolong tanyakan.
terlerailah kemusykilan di hati kak long ni.
.-= Kak Long´s last blog ..Bulan =-.
@Kak Long, iye kak long..
itulah rahsia kejelitaanku… π
*pengsan maza dengar ni…cair taik telinga dia
Comel lah, macam pasangan muda-mudi… π
.-= kruel74´s last blog ..Clients that became friends =-.
@kruel74, mcm gambar muda mudi kt myspace ye…gelak baca komen ni π
hehe..tersenyum sendiri baca entri mama ni.
romantik gitu.
ermm..setuju dgn mama.
nak moncong lamaΒ² pon bukan dapat apa.
cepatΒ² je berdamai.hehe..
.-= fiezabaiduri´s last blog ..Backup blog =-.
@fiezabaiduri, kt bawah tu dah entri hangit…kena lah redakan keadaan…hehe
anak2 bergaduh pun ckp
” apesal nak gaduh2 ni…nnt mama bagi piala ke?”
AAH LA kak jie. kalau api dgn api mn bleh kan. mesti makin marak.
@fara oklen, tapi… ramai sgt nk jadi api…kena tiup sikit je mulahlah marak