Rumahtangga

Pengakuan berani mati seorang suami

Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau menggilai seperti puntianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan…

supermom

Jika isteri saya tidak berada di rumah, rumah boleh jadi porak peranda. Memang betul, jika isteri ada dirumah kepala selalu pening dan berserabut apalagi jika time tu saya kebetulan bercuti. Kalaulah waktu itu, si dia tak ada kat rumah alangkah tenteramnya. Boleh buat apa yang saya suka. Boleh berlingkar depan tv tanpa sebarang gangguan mental dan fizikal. Pendek kata, bebaslah.

Tapi hairan, apabila isteri betul-betul tak kat rumah, saya pula terasa separuh mati. Sehari dua memang syok , tak dengar suara jeritan dari dapur minta tolong, tak ada orang nak kritik, semuanya berjalan dengan tenang. Tapi masuk hari ketiga, saya terasa sesuatu yang hilang. Lebih-lebih lagi bila tuala dah berbau masam… tak tahu nak cari yang bersih, ubat gigi habis, tak tahu di mana dia simpan stock.

Masuk hari keempat, rindu mula terasa. Walaupun kat pejabat ramai gadis cun melecun tapi wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh nikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Walaupun dia tak secantik artis tetapi senyumnya ikhlas, sentiasa lekat di hati dan sukar cari pengganti. Apabila rindu mencengkam, semua tak tentu arah , cerita tv dah tak best lagi.

Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun dengan baju kotor, seluar dalam bersih dah habis dipakai. Tandas dah mula licin berdaki….lantai dah berbelak, tak di mop…. Setiap malam keseorangan, baring di katil, tengok siling. Bila keseorangan begini baru rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri tak ada kat rumah, saya dah terasa separuh pengsan.

Jadi, para suami jangan buli isteri kita. Kalau boleh tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan tv setiap hujung minggu dan baca akhbar. Mereka bukan orang gaji kita. Mereka isteri kita, kawan baik kita dan buah hati kita.

Ingat duit hantaran yang kita bagi masa nikah dulu cukup ke nak bayar gaji dia seumur hidup?

Kujie –Β  I found a great article about being a house wife, hope you enjoy – Junior Magazine – 10 golden rules for happy housewives

p/s – Entri ini telah dijadualkan. ( email lama dalam draft ) Kes saya kesibukkan, malam nanti ada kenduri dan usrah di rumah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

46 thoughts on “Pengakuan berani mati seorang suami

  1. suka juga entry ni. kdg2 lelaki ni selalu ingt buat keje rumah tu sume perkara mudah.. cuba sekali sekala diorg yg dok umah..buat sume keje.. jaga anak.. baru dia tau. keje tanpa henti tau x
    Jom terjah post menarik dari Cik Ayu ..sunyi la plakMy Profile

  2. Rasanya kbykn suami mesti der rasa cmni,cuma dorg ni ego nk tnjkkn..sbg isteri x perlu nk stress ngn suami..ssb suami perlu akur mrk amat2 mmerlukan kt dlm hidup mrk…jujur la beb.. πŸ˜†

  3. sentiasa berdoa menjadi seorang anak,ibu dan isteri yang baik.Banyak pahala tau jika dapat laksanakan 3 jawatan yang tak bergaji tu(kekadang stress jugak tapi nak buat camana kita ni pun manusia juga)

  4. org gaji tak bergaji… tapi kalau boleh lah pada suami ujung tahun tu ingat lah bagi bonus pada isteri seperti belikan beg tangan baru kerrr, bawak bershopping kerr…baru lah berbaloi

  5. he.he mmg menarik …pernah suatu hari bermasam muka dgn suami gara gara jadi tukang angkat stokin busuk dan mengemas CD Xbox ..lepas marah dia bagi saya satu nota ” You know i may not be the most tidy , thoughtful, kind and considerate person in the world, but i’m definitely the luckiest person in this world because having u in my life…bawah nya ada satu katun yg melakun kan adegan saya memarahi dia :
    Ida : Dah amik letak kat tempatnya balik, ingat i nih org gaji ker kat umah nih… kalau ada bibik dia pon bleh lari…
    husband (eijien) : sori buk tak buat lagi….
    nota tu diletak dlm bag tangan.. setiba di opis perasaan marah masih membuak bila terbaca nota tu nak ketawa plak…hehe…terima kasih menceriakan hidup saya

  6. ha..ha..gud artikel…tp boleh sedar ker wahai suami2 y malas tu..ha..ha…dorang ni bila dh xder baru tau nk hargai..kan kak jie

  7. erm bagus la kalu lelaki ada kesedaran mcm ni……

    kristal swarovskis last blog post..Kenali Bentuk-Bentuk Swarovski Crystal

  8. hehe. yg pink tue yg tatahan. tp sy buat semua itu. semua okie. hehe. maklum la kacak dan muda tp belum smpi seru :p

  9. memang pengakuan berani mati betul la :mrgreen:

    blowies last blog post..Cubaan Meracun Adik oleh Budak 5 tahun

  10. 😳 suami saya jenis ada angin, angin molek dia tulo, time malas baju2 kambus dia pun xpo… πŸ™„

  11. :mrgreen: hahhhaahha..sang suami yang kerinduan bila tengok rumah tak berkemas???
    my hubby pulak tak lalu nak makan kalau tak makan sama…
    rumah bersepah pun takper yang penting time makan musti kena dok kat sebelah..

    yuss last blog post..OUR WORKSTATION

  12. ha ha..xleh lupa sbb ade makna πŸ™‚ ingat2 lelaki yg belum/sudah berkahwin.. rajin2lah bantu isteri kat dapur..

    Mohd Ismails last blog post..In Case of Emergency, Break Dance!

  13. hahahaha..

    lelaki mana boleh klu takde isteri..
    mahu rumah tunggang langgang…

    sesekali isteri kena gak guna peribahasa ni,
    sygkan suami tinggal2 kan..

    biar dia tau betapa susahnya jadi isteri..

    tapi…. jgnlah plak tinggalkan lama2..
    tak pasal2 kang dapat madu… hikkkss

  14. tak sabar nak kawen!!!

    samanosuke_04s last blog post..Nudging Nizhny : Harmony (part 2)

  15. Hah, baru tahu. Ada tu, bini elok-elok ada kat rumah, cari perempuan lain. Kononnya, dia free spirit dan bini tu dream crasher. Elok orang macam tu, biar aje. Tinggalkan aje. Biar dia orang tahu siapa yang cinta dia orang dengan ikhlas. Tapi selalunya, kalau kita tinggalkan dia, makin merenyam jadinya. 😈 πŸ‘Ώ

    ODs last blog post..Writer’s Block

  16. hehehe… akak entri best.. hampir-hampir kene
    kat aku.. mujur blom kawin.. hahaha…

    kire moral of the story:- I realize la…
    really APPRECIATE~ RESPECT to kak JIE πŸ˜€

    Kreugers last blog post..That’s it… we break off!

  17. Zaman sekarang lain, mana ada bini buat keja laki tak tolong. Masing2 ada bahagian masing2 dalam rumah. Itu yang buat isteri senang pijak kepala suami. Statistik baru ni ada kata lelaki kena dera dah 50 : 50 dengan wanita. Lawan balik, kena lapor, mintak cerai. Common dah

    Antar sebab dah malas jadi lawyer syarie

    kruel74s last blog post..Even professionals sometimes need some handholding

  18. hihi. x berani nk komen apa2. xde pengalaman lagi kak. cume nk sgt cari bini yg cm tu. haha. bahagia dunia

    ubeys last blog post..Mengimbau Kisah: Tragedi (2)

      1. @maza, kalau perut lapar, fikiran serabut sbb rumah tunggang-langgang, nak berpeleseran @ ngorat awek pun tak ada mood… lagipun si awek tu pun pompuan kan? lain le.. awek tu dr species lain. …hisks, hisks! πŸ˜›

        Kak Longs last blog post..Akal fikir

        1. @Kak Long,
          erk! zaman sekarang kedai dan restoran mamak bersepah…. rasanya tak perlu bimbang bab makan lagi.. singgah aje disitu, insyallah boleh kenyang! ehehe

          erk! bab awek tu perempuan.. bukan semua perempuan boleh uzur dlm masa waktu sama.. mesti ada yg gatal2 sikit… masa tu ler boleh mengurat….

          wakakaka

          maza; tanduk jin dah tumbuh panjang dah nie

  19. Kalau den lah, den lagi sayang bilo org rumah buekkan semuo… habis semuo diuruskan. hehehhehe

    erk! tapikan bilo bab sakit ni ha… huhuh

    raso eh, elok jo den yg sakit.. ado tukang picit… ado org rawat hehehhe

    tapi kalau org rumah sakit… walamak eiiii… den tak tau nak buek po…

    mazas last blog post..Kembara Jalanan: Ke Nara

  20. haha…best best artikel ni…
    agak terhibur hati saya bile membacanya.
    tersenyum sendirian gitu…

    apa yang nak saya katakan ialah…
    saya pun sebijik 100% mengalami perasaan yang sama
    seperti luahan hati suami dalam artikel ni….huhu

    insyaAllah saya berazam sungguh2 untuk menjadi seorang suami
    yang penyayang dan menghargai isteri…

    PakarHowTos last blog post..Panduan Mudah Mengandung

  21. mak saya beruntung sbb ayah rajin betul menolong walaupun tak disuruh, harap saya juga akan jumpa lelaki macam ayah.

  22. Lelaki ni sbb suka ambik remeh smua benda. Husband saya tak blh tgk umah kemas sikit mesti dia nak sepah2kan. Klw hujung mggu bgn pagi lipat selimut tghari tgk selimut dah kat lantai. Grrrrr…Kita ni serabut tgk rumah sepah2..baju tak berbasuh bla bla..dia releks je. Hish..untung betul jadi lelaki.

    p/s: Saya pernah ikut prangai dia..wat dekk je kat kerja rumah..jalani hidup ini dgn aman tanpa perlu rasa bertanggungjwb terhadap rumah sndiri. Last2 rasa stress..g hantar baju kat dobi sbb dh limit time baju tak basuh byk giler. haha

    fazemys last blog post..Errr…

  23. kalau ada paham-memahami anta laki dan perempuan
    xkan timbul hambar yang mcmtu
    haha…..
    macam sotong aja aku tengok

    KampungBoys last blog post..Bila Orang Tua Ungkit Cerita Lama….

  24. cik abg syg shay pun ada gak tolong shay basuh baju… yang lain memang shay buat la…

    kiranya duty dia la basuh ngan sidai baju… πŸ˜†

    tapi kadang tu kalau shay tak sihat, mop rumah pun dia buatkan… :mrgreen:

    kalau cakap pasal berjauhan ni tak pernah lagik, takut ada yang demam lak kang… πŸ˜€

    shays last blog post..MESTI korang BORING…

  25. wah!mmg betul semua tu ihik!… kesimpulannya jgn asyik dok buli isteri jek hehehe…dah x de baru tahu nk mengenang jasa πŸ˜†

    mayas last blog post..Tentang kakak

  26. lom kawin lagi kak..tapi gua dah sengih sorang-sorang dah ni

    twenty-sixs last blog post..Aerosmith : The Greatest Rock And Roll band

  27. Dah lama email camni berjalan.. Tapi yg dok baca & terus berharapnya, para isteri juga…

    (takde kena mengena dgn suami saya. Beliau tak kisah pun saya takde sbb dia rajin)

Comments are closed.