Peribadi

Jom mandi air terjun

“Along nak balik kul bape?”
” Kul 12.”
” Jom mandi air terjun…”
” Jom………”

merentasi hutan rimba

Tukar pakaian dan terus pergi. Bukan jauh pun…tak sampai 5 minit.

daun, akar bergantung sesama sendiri..apa yang penting?  KERJASAMA....!!
daun, akar bergantung sesama sendiri..apa yang penting? KERJASAMA....!!


Kalau datang dengan kereta lawa,  cantik berkilau tak bolehlah naik hingga ke sini. Di bahagian bawah pun boleh tapi ramai penggunjung sampai nak mandi pun tak ada tempat . Saya tak mandi kalau ramai orang, segan..malu!

Memandu terus ke dalam sungai...
Memandu terus ke dalam sungai...

Turun dan mandi, tak perlu tukar baju.

we plays together, we stays together
we plays together, we stays together

Ada empangan kecil.

mak budak berendam....
mak budak berendam....

Hanya kami sekeluarga. Sangat selesa.

diam...jangan gerak
diam...jangan gerak

Ini bukan mengigil kesejukan… mendiamkan diri untuk mengharapkan rama-rama sudi hingap. Banyak rama-rama berterbangan.  , Intan mencuba nasib untuk didekati.   Rama-rama buta pun tahu itu perangkap.:lol:

Sebelum disoal, saya jawap dulu pertanyaan :-

* Banglo ini saya tak tahu siapa yang punya. Ahmad Albab yang punya. Tuan kebun seberang sungai tu buat untuk percutian hujung minggu kot.

* Cik abang tak mandi? Dah 2 hari dia demam, jadi kami lantik  beliau sebagai jurugambar .

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

38 thoughts on “Jom mandi air terjun

  1. wah bestnya sg kat mana tu kak…?

    tengah hari mandi sungai tak takut demam ke…? :mrgreen:

    shays last blog post..Cerita SEMALAM…

  2. Best nya..air terjun mana ni? lama tak mandi sekeluarga macam ni, last masa umur belasan tahun dulu

    tapi yg pelik ada banglo atas tu, best la tuan rumah, tenang n nyaman jer dengar bunyi air

    Rjunas last blog post..Glory Glory Man United CHAMPIONS 09

  3. lama dah tak mandi jeram nie..
    asyik kat bilik air tmn scientex jer ..
    bila ler dapat pegi ni… 😐 😐

  4. hurmm………waktu berkelah… ❓ 😡 sudah lama tidak kurasai..hehe

    zulfitrys last blog post..Lahirnya Perasaan Cinta Pada DSLR

  5. 😉 macam best aje Jie..bila lah nak sampai Kedah ni..dok keje aje..
    tapi Min takut air sojokkk..kat rumah sentiasa mandi air suam kuku..kalau tak nanti demam 😥

  6. wahhh.. bestnya dapat mandi air terjun.. :mrgreen:
    dah lama aku tak mandi air terjun ni.. hehe..

    hmmm… aku nak panggil Kujie ni sapa eh? Kak Kujie? Kak Jie?
    😉

    baloots last blog post..Belajar Adobe Photoshop Photo Effects Tutorial: Cara-cara Menukarkan Gambar Girlfriend Anda Kepada Vampire

  7. wah.. macam menarik jerk tempat tu.. huhuhu

    kat ner nie weii…

    hmm

    panas2 mcm musim sekarang, memang seronok kalau dapat berendam dalam sungai.. tapi kalau berendam dalam laut, rasanya tak sesuai.. cepat letih woo.. hehehhe

  8. Kalau jeram tu belakang rumah, memang seronok buat tempat berkubang. Airnya pasti dingin dan pulak suasananya aman damai… perh!!

    TokNabes last blog post..Yompok

  9. uih kak jie.. aku pon baru balik dari pantai morib
    hari ni.. berkelah sakan.. dari pagi sampai petang.
    best.. kat sana dah ade surau dan kemudahan awam lain..
    kirenye lepak sampai petang pon tak risau.

    masalahnye pantai terlampau landai.. tak best.
    jalan kaki dekat setengah kilometer baru nak dapat air
    paras bawah skit dari pinggang.. hehe.. sungguh tak puas
    aku berenang hari ni.

    Kreugers last blog post..Mohd Ismail & Twitter Merdeka

  10. Tolong… tolong… sungai dicerobohs… ekekekekeekeke… lain kali ajak la opah. Boleh main simbah-simbah.

    1. @Kak Long, sy park je..tak siram pun kereta tu
      kesian ada org lain lagi mandi kat bawah
      ni rakyat yg beretika

  11. Wow!!

    Seronoknya!!

    Kalau Tie mesti dah meniarap kat situ, kih kih ….!!

    Besen kat rumah tu tak muat nak berendam…. 😆

    Ties last blog post..Mokcik dah balik !!!

Comments are closed.