Hujung minggu ni, mood baik sikit dari minggu lepas. Macam-macam masak dari pagi, kata orang tak kering dapur.
Untuk menu petang, saya masak puding roti yang simple dan mudah. Awal minggu lepas saya ternampak rakan Instagram Ummizayyan berkongsi gambar puding roti. Terus dapat idea nak buat di hujung minggu bila anak-anak ada di rumah.
Puding roti sentiasa menjadi kesukaan anak-anak. Lembut dan manis sesuai bila-bila masa pun. Paling sedap di dimakan sewaktu sejuk. Resepi Puding Roti Karamel pun sedap juga.
Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap
Mangkuk A
- 8 keping roti
- 2 cawan susu segar
Carikkan roti dan rendam dengan susu 30 minit.
Satu bekas untuk roti yang direndam susu dan satu lagi campuran gula, butter, telur, tepung jagung dan esen vanila.
Mangkuk B
- 4 sudu besar gula
- 2 sudu besar butter
- 2 biji telur
- 1 sudu teh tepung jagung
- esen vanila
Pukul hingga sebati.
Campur kesemua bahan Mangkuk A dan B. Boleh camput kismis, chip cokelat, buah-buahan seperti pisang, strawberry
Bakar selama 30 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C
Biarkan sejuk.
Bila nak makan, hidangkan dengan sos kastard.
Puding Roti ni nipis, sebab saya guna loyang yang besar. Sos Kastard pula memang pekat, kalau nak cair pun boleh, ikut kesukaan masing-masing.
Cara Buat Sos Kastard
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar gula
- 2 sudu tepung kastard
Kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat. Ikut suka nak pekat macam mana , saya suka yang agak pekat berbanding sos kastard yang cair dan ringan.
Resepi ini paling mudah nak buat, tak perlu nak menumis. Anak-anak bujang pun boleh buat… Bulan puasa ni, Puding Roti Sos Kastard ni sesuai sangat.
Sedapnya puding roti…nak cuba buatla. tq for the resepi 😉
Kak kujie, sedap sangat tengok puding yang akak masak. Mun nak try dan mohon share resepi ye. Mun nak copy paste kat blog mun. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Kak kujie, sedap sangat tengok puding yang akak masak. Mun nak try dan mohon share resepi ye. Mun nak copy paste kat blog mun. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Jus nak reconfim ttg SOS tu? Tepung jagung ke tepung castard? Tq
sos guna tepung kastad, utk puding guna tepung jagung
huhuu..tday adlh hri firt poser..n i tgh try u pnye resepi ni..dh lmer usya..tp xwt2 lg..skung dh tbe msenye..tp x msk lg..nnti bkk pose bru leh try..tp mntak2 mnjd..insaAllah..
hurm.. saya suka memasak..
saya nak cubalahh resipi ni.. thanks alot
tengok gambar pun tak terliur .. memang feberet ni.
wahh .. simple jerk. mesti sedap… tq share resepi ^^
Hrni nk try…mcm sedap jek
Thanks for sharing…simple resepi..hrni nk try…
sedapnya ya sayangnya lagi puasa, harus bisa menahan lapar dan keinginan makan 🙂
Salam. Resepi ni utk berapa org ye?
sedapnya…yummy..boleh try nie….
look delicius, bolehlah dicoba resepnya.
Erm. Tengok pun dah meleleh dan tertelan air liur, apatah lagi kalau ada di depan mata. Tak dapat bayangkan. Bulan puasa ni nak cuba. Tapi sebelum puasa baik cuba buat dulu. Kang tak bulan puasa takda la terkial-kial tengok resipi hehe
nyummy… saya bisa membuatnya di rumah ni soalnya tidak terlalu rumit
terima kasih 🙂
nampak mcm pizza je. sosnya nampak sedap
Tidak boleh tahan melihat lelehan sos kastard. Telan air liur dibuatnya.
my all time fevrettt… 😉
puding pernah la makan, tp puding roti x pernah lagi, tp tgk gambar nmpk sedap jeer
kujie! resepi ni buat zuan terliur laaaaaa 😀
lepas nie boleh cuba buat nie…
hhhhhmmm nampak sedap..
skali makan mesti nak lg..
klau buat utk buka puasa mesti meleleh air liur…hehehe
Nampak macam sedap je kak jie 😀 …
bolehlah try masa nak sahur nanti..hehe
boleh try esok petang ni, ptg ni kat umah try buat durian crepe yang tak jadi heheh
yang part meleleh tu yang sedap =D
betul… sos kastard tu memang sedap
Sedap dan simple…tak susah nak cari bahan 🙂
betul tu… minum petang sepatutnya mcm tu lah… simple
Eemmm..x pernah makan pun puding roti….
Tp nak try gak buatla…. tp sebelum tu kene beli oven dulu
.hik3
ada dua tiga jenis puding roti…putding roti karamel pun sedap..gebu mcm kek
nampak sedap ni…nyum nyum
senang pula tu nak buat, sejuk² sedap
Waahhh… menarik. Tapi saya kena beli oven laaa dulu.. yummeh!!
LOL…. oven kecik jenama pensonic harga RM 120 , beli kat Mydin je.
Lol.. nak beli besaq. Buleh panggang rusa sekoq.. 🙂
raya nak datang rumah kid makan rusa
Lol… raya haji makan unta je..