Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 1 Julai – 10 Oktober 2013
Pengetahuan Am

Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 1 Julai – 10 Oktober 2013

Permohonan Matrikulasi untuk pelajar SPM 2013 telah dibuka bermula hari ini 1 Julai 2013 hingga 10 Oktober 2013.

Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pendidikan Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI ( Permohonan Melalui Internet)

Cara memohon matrikulasi online.

  • Beli Nombor Pengenalan Individu (PIN) di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).
  • Nombor Pengenalan Individu (PIN) akan tercetak di slip yang dikeluarkan bank.
  • Harga Nombor Pengenalan Individu (PIN) – RM 6.00
  • Pelajar sekolah berasrama boleh dapatkan Nombor Pengenalan Individu (PIN) daripada  kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI

No PIN BSN Matrikulasi

Jangan lupa, bawa Kad Pengenalan.  Sekiranya tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalan selepas pendaftaran SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di kaunter BSN sahaja.

Kalau dah ada Nombor Pengenalan Individu (PIN) , klik http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm .

Sila ambil perhatian : permohonan hanya boleh dikemaskini sebanyak 3 kali. Tolong beri perhatian pada perkara ini kerana masalah  kerap berlaku.  Bila dah isi, tak perlu nak buka tengok lagi, tunggu saja. Pada awal atau pertengahan bulan Februari 2014, aplikasi ini akan dibuka untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

Keputusan permohonan kemasukkan ke Matrikulasi akan diumumkan pada awal atau pertengahan bulan April 2014.

Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia [ klik ]

Kelayakkan Memohon Matrikulasi 2014/2015

  1. Pelajar bumiputera warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2014
  3. Menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2013.

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST ) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT)

Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

Syarat Kelayakan  Minimum Matrikulasi KPM

Jurusan Sains (M001)

  1.  Bahasa Melayu – C
  2.  Bahasa Inggeris – C
  3.  Matematik – B
  4.  Matematik Tambahan – C
  5.  Kimia – C
  6. satu(1) mata pelajaran daripada berikut mendapat C :
  • Fizik
  • Biologi

Jurusan Perakaunan (M003)

  1.  Bahasa Melayu – C
  2. Bahasa Inggeris – C
  3. Matematik – C
  4. Matematik Tambahan – E
  5. Dua (2) mata pelajaran daripada berikut  mendapat C:
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi Asas
  • Keusahawanan
  • Perdagangan
  • Sains Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Biologi
  • Mata Pelajaran Teknik  (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan

Aliran Teknikal (M007)

  1.  Bahasa Melayu – C
  2. C Bahasa Inggeris – C
  3.  B Matematik _ B
  4. C Matematik Tambahan – C
  5. Fizik – C
  6. Kimia – E
  7. Lukisan Kejuruteraan – B
  8. Satu (1) mata pelajaran daripada berikut mendapat C :
  • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan

Semoga anak-anak berjaya.  Kepada ibubapa, sila ingatkan anak-anak mengenai tarikh akhir permohonan.

Nota : Permohonan Matrikulasi adalah melalui Kementerian Pendidikan Malaysia dan satu lagi permohonan ke  IPTA adalah melalui UPU.  Dua permohonan yang berbeza dan menggunakan No PIN BSN yang berbeza.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

2 thoughts on “Tarikh Permohonan Matrikulasi KPM 1 Julai – 10 Oktober 2013

Comments are closed.