Cara Buat Eye Pads Timun Untuk Mencegah Mata Letih
Panduan

Cara Buat Eye Pads Timun Untuk Mencegah Mata Letih

Mata sembap, mata panda , mata penat, mata kuyu, mata kusam  sangat sinonim dengan blogger. Aktiviti yang aktif di depan komputer, laptop atau gadjet tak kiralah tablet atau smartphone berkemungkinan besar akan membawa kesan kepada keletihan mata.  Mata panda merujuk pada kondisi dimana kulit di sekitar mata menjadi lebih gelap.

Tak kisahlah blogger lelaki atau wanita, keadaan mata yang letih dan pedih ini buatkan kita tidak selesa.   Pandainderan ini sangat penting.

Hari ini saya nak berkongsi petua dan cara mudah untuk mencegah atau menghilangkan keletihan mata.  Biasanya petua menyuruh kita  letakkan  potongan timun di kedua dua belah mata tetapi hari ini dengan bantuan Intan,  saya akan tunjukkan cara mudah membuat eye pads timun untuk diletakkan pada mata.

Bahan yang diperlukan untuk buat eye pads timun :

  • Timun
  • Kapas muka ( facial cotton )
  1. Bersihkan timun dan blander dengan sedikit air sampai halus.
  2. Celupkan kapas muka di dalam jus timun , perah untuk menghilangkan lebihan air dan  mendapatkan eye pads yang lembab
  3. Susun di dalam beg plastik setiap keping dan simpan di dalam peti sejuk.
  4. Keluarkan 2 keping setiap hari dan pakai selama 10 minit sebelum mandi setiap pagi atau bila-bila masa.

masker timun untuk mataIni contoh eyes pads timun dan cara menyimpannya.  Guna plastik yang belum pernah diguna untuk menghalang kotoran atau sisa bahan tercemar seperti cili atau rempah.  Takut nanti mata bukan makin elok, berpijar panas pula.

cara pakai eye pads timun
Ini contoh model pakai eye pads timun  sedang tidur.  Model tidur tak pakai tudung, kena crop nampak hidung saja.  Sebelum pergi sekolah tadi dia komen ” comel je hidung Intan”  hahahaha

Biasanya kita tengok petua letakkan timun sekeping di atas mata tetapi eye pads mata ini lebih muda dipakai, tidak melekit atau terjatuh apabila kita mengiring.  Buat sekali, boleh pakai beberapa kali. Jimat masa dan bahan yang digunakan juga murah.

Untuk kesan yang baik, boleh juga diselang seli dengan uncang teh yang telah digunakan tehnya.  Saya kurang minum teh, jadi susah nak dapatkan uncang teh secara konsisten.  Timun adalah bahan yang sesuai.  Timun adalah sejenis sayuran yang mempunyai  95% kandungan air yang cukup tinggi menyebabkan ianya sesuai sebagai bahan penyejuk.

Selepas tomato, kubis, dan bawang, timun adalah sayur-sayuran yang keempat paling banyak ditanam secara meluas di dunia. Timun secara saintifik dikenali sebagai Cucumis sativus dan tergolong dalam keluarga botani yang sama seperti tembika dan labu.

Antara  khasiat timun adalah untuk meredakan keradangan mata , mata lebam atau sembap.  Walaupun ada gel yang dijual dipasaran, buat sendiri eye pads bukannya susah sangat malah dijamin segar tanpa bahan kimia.

Jus timun ini boleh juga dibuat masker atau pupur dengan dikisar bersama putih telur dan diletakkan diseluruh muka untuk mendapatkan wajah yang berseri.

Marilah menjaga mata dengan cara yang murah dan mudah ini.

Nota :  timun cicah kicap pun sedap!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Cara Buat Eye Pads Timun Untuk Mencegah Mata Letih

  1. Tak pernah terfikir nak buat macam ni. Selalu pakai kepingan timun je. Tapi cara ni saya rasa lebih efektif sebab di melekat sekeliling mata tak macam hirisan timun. Thumbs up kak.. :p

  2. wah, terbaiklah kakjie. selalu saya potong timun pastu lekap kat mata, tak terfikir nak buat cmnih. bagus2..

  3. wah bagus ni..memang selalu kena.. yela keje lg.. balik2 buat part time.. blogging.. nasib pakai cermin mata boleh sembunyikan eyebag tu.. hehe

  4. Selalu gak guna timun camni. Tapi dah memang mata panda, mata tak segar-segar unless dapat cukup tidur 15jam sehari. Hahaha

  5. Boleh buat segarkan mata jugak. Asyik tengok komputer ja mau 12 jam sehari jugak, belum kira mengadap hp lagi.

  6. kapas muka ada byk kat rumah, kena beli timun jeler…best gak buat ni tapi kena pastikan Haq tidur dululah kalau tidak mesti agenda dengki-mendengki akan terjadi…hehe

  7. Pernah jugak terfikir nak buat macam ni.. Tapi oleh sebab MALAS semuanya tak jadi.. Hehe.. Lepas baca entri ni rasa nak buat la nanti bila free..

    1. Ajaklah Su buat sesama… boleh simpan dlm peti sejuk pakai banyak kali.

      Untuk legakan mata selepas penat mengadap komputer

Comments are closed.