Sekarang ni musim bunga kot, Pokok Sepit Udang Pink Flamingo Heliconia saya meriah terbitnya. Subur-subur sampai bunga yang panjang dan berat tu ‘melendut’ hampir tumbang.
Apa yang kebanyakan orang panggil ‘bunga’ itu sebenarnya adalah satu kumpulan khusus daun berwarna-warni, yang dipanggil daun pelindung (bracts) . Bunga sebenar bagi heliconi adalah yang tersembunyi di dalam bracts tersebut.
Kelopak yang kita panggil bunga tu sebenarnya daun pelindung dan didalamnya ada bunga seperti di dalam jantung pisang. Biasanya serangga akan singgap di kawasan ini. Tu encik lebah sedang menunjukkan demo sewaktu saya mengambil gambar.
Pokok heliconia ini mudah ditanam dan mudah untuk dijaga. Anak benih seperti tunas halia, ditanam tanpa perlu penjagaan rumit.
Scientific name: Heliconia chartacea “Sexy Pink”
Common name: Pink Flamingo Heliconia
Family: Heliconiaceae
Origin: Guiana and Brazil
Category: Tropical perennial herb
Heliconia adalah tumbuhan tropika dalam kumpulan bersama pisang atau halia. Ada 2 jenis yang popular iaitu jenis tegak ( erect) atau jenis loket ( pendant ) yang tergantung. Dulu saya tanam beberapa jenis tegak seperti Heliconia rostrata ( penyepit udang yang berjuntai ) lobster-claw dan Heliconia psittacorum (bird-of-paradise ) yang berbunga oren kekuningan. Saya dah buang sebab jenis itu mudah membiak sehingga mengambil kebanyakkan ruang taman sekangkang anak kera saya.
Yang ada sekarang cuma jenis Sexy Pink Lady – Pink Flamingo Heliconia
Berbanding jenis pokok heliconia lain, jenis Pink Flamingo lebih tinggi dan daunnya berpecah-pecah. Pokon heliconia mudah melendut akibat tidak dapat menampung berat ‘bunga’ yang besar dan panjang.
Taman saya yang semak samun… kawasan ini bersebelahan kolam ikan talapia dan si ikan kaloi bernama Bulan. Memang dibiarkan rimbun untuk bagi teduhan dan lembab di kawasan tersebut. Alasan malas yang nampak ala-ala saintifik … hiks!
Nk beli pokok ni boleh tak…lama carik
Saya nk beli pokok ni boleh tak?…dah lama daya carik.
Email saya norazahgcd@gmail.com
tinggal kat mana?
cantik, bisa jadi salah satu icon tanaman tropis
huyo. tanam heliconia. bract dia tu kalau kering pun lawa. biar kan je heh.
wah..sexy betul namanya. haha..
mmg cantik dan sexy!
malas jenis ni boleh diterima sbb kolam nmpak cantik =)
cantik bunga…..encik lebah ya,mula-mula tak jumpa……akhirnya nampak hinggap kat bunga yang paling atas ye? tak tahu pulak kak jie kita ni boleh cam jantina seranggga pula kan…hehehe
Hahaha… sebab lebah jantan yg keluar mencari madu. Lebah betina dok dlm sarang jadi ratu … kan kan
subhanallah ciptaan Allah…
Angah pi Serendah nanti boleh ambik benih sikit kot bawak balik Kuantan.. 😀
Cantik lah kak jie. Tetiba berangan-angan tengah minum kopi kat taman rumah kak jie hehe
seperti pohon pisang mini, andai saja ada pisang yang memiliki tongkol sebanyak itu pasti buahnya pun juga banyak 🙂
bestnya kalau rumah ada taman macam kat rumah Kak Jie tuh…
serius cantik… ada pula gazebo… boleh buat tempat makan goreng pisang dengan kopi panas bila waktu petang
Fewwittt, nanti saya datang memetik bunga di taman
cantiknya..boleh tanam di rumah bila siap nnt..hehe
cantik bunganya. sesuai sangat dengan namanya.
cntiknya pokok pink lady ni kakjie… sy dah lama teringin nak tanam tp tak de rezeki lg… dia sesuai indoor ke outdoor ye?
bagaimana dengan penjagaan bunga ni..senang x? SA minat jugak dengan bunga ni…my neighbour ada tanam tp jenis tegak kaler oren…
pokok heliconia ni senang nak jaga..senang nak tanam.
tengok taman yg bersepah semak mcm tu… biarkan aje..tak pernah berbaja pun
Ada taman mini dihalaman sendiri boleh meluruskan kaki di gazebo yang berangin.
Kalau yg jenis ni jarang tgk,biasa bukan semua merah ker atau mmg banyak jenis pokok ni?