Aktiviti kunjung mengunjungi jiran tetangga hari ini diteruskan lagi. Hanya dua rumah termasuk rumah saya.
Menu di rumah jiran saya hari ini adalah Laksa Mee Setiawan. Ini kali pertama saya mengetahui dan merasainya. Menurut jiran saya, dia tidak pernah jumpa mana-mana kedai yang menjual laksa mee di sini . Dia beli dari kampungnya di Setiawan.
Tidak seperti laksa , kuah untuk laksa mee ini adalah sup jernih. Kuahnya boleh menggunakan ikan, ketam atau udang. Bahan sayurannya menggunakan kacang panjang dan lobak masin . Hidangan ini dilengkapi dengan sos cili.
Inilah bentuk asal laksa mee sebelum direbus. Katanya laksa mee ini sangat popular di kawasan Pantai Remis, Pangkor, Manjung dan Setiawan.
Sambil beramah mesra jiran tetangga, sambil menambah pengetahuan am mengenai makanan tradisi sesuatu tempat.
di mana boleh dapatkan mee laksa ni. supermarket ada tak jual?
Kalau jumpa wajib mencuba Laksa Mee Setiawan.
jiran sebelah rumah orang sitiawan. dia buat laksa mee ni kuahnya singgang ikan kembong…. dah 3 kali raya open house menu wajib dia mesti ada laksa mee ni….
pernah dgr tapi tak pernah makan lagi…hehehe..
x penah lak cuba
First time dengar nama mee setiawan nie. Macam best jer bila dicampurkan dengan udang lebih-lebih lagi udang besar.
ok pertama kali jumpa laksa mee lepas tu ada taruk udang sekali.. kuah dia macam kuah laksa biasa ke kak jie?
kuah sup jernih… boleh buat sup ikan , udang atau ketam.
Nampak menarik. Nak2 kuahnya ketam. Nak ke manjunglah =) hehe
“Sambil beramah mesra jiran tetangga, sambil menambah pengetahuan am mengenai makanan tradisi sesuatu tempat.”
Wah ingatkan sambil beramah mesra sambil menyudu dan menambah bermangkuk2.. hahaha
psst: maza pun x pernah merasa.. entah apalah rasanya ek.. teringin gak nak mencuba ni.. hehehe
Nampaknya, Kak Jie kenalah buat mee ni dan ajak kami semua terjah nanti…hohohoho =)
amat elok bebenor cadangannya tu..
hehehe
Assalamualaikum,
Tak pernah rasa mee macam ni…mesti sedap!
macam menarik je 🙂
selama sy duduk kat Perak ni baru sekali ni sy dengar pasal laksa mee setiawan…
nanti nak kena siasat jugak la..
Setiawan tu sebab kawan berasal dari sana…laksa mee ni memang popular di daerah Manjung
tapi camne pun memang baru pertama kali dengar pasal laksa mee berkuah seperti sup ni..
dulu2 kalau area manjung tu sy pertama kali jumpa yong tau fu berkuah sup..
ada kawan2 yang duduk area sana pun tak pernah pulak deme bercerita..hehehe
wahh, nampak sedap di situ.. nak gak boleh tak ?
best tu!
bab makan , laju je dia sampai….cis!
mcm tak biasa. nak laksa! mana nak cari laksa kat sini? adoyai haha