Seperti yang diceritakan dalam entri yang terdahulu, dalam perjalanan ke Hulu Terengganu, kami singgah semalaman di Kota Bharu dan sempat mengunjungi dua rumah sahabat di Aidilfitri baru-baru ini. Waktu yang sesingkat itu, melawat muzium tetap termasuk di dalam agenda yang tak akan dilepaskan.
Cuti sekolah lepas, saya melawat Muzium Felda Lurah Bilut dan Muzium Warisan Kuala Lipis dalam sehari perjalanan pulang.
Kali ini, kami hanya sempat melawat Muzium Perang. Muzium lain yang berdekatan seperti Muzium Negeri , Muzium Kraftangan, Muzium Islan, Muzium Adat Istiadat dan Muzium Diraya akan dikunjungi kenudian.
Memorial Ppeperangan Dunia Kedua ( Bank Kerapu )
Tapak asal bangunan ini dimiliki oleh Nik Yusoff bin Nik Abd. Majid yang bergelar Dato’ Sri Paduka Raja iaitu Menteri Besar Kelantan dari tahun 1894 hingga 1900. * sumber : http://muzium.kelantan.gov.my/memorial_peperangan.php
Bangunan ini asalnya dikenali dengan nama Bank Kerapu kerana fungsi asalnya sebagai sebuah bank perdagangan. Digelar Kerapu kerana dindingnya yang tidak licin dan menggerutu. Bangunan ini dibina pada tahun 1912 menempatkan The Mercantile Bank of India Ltd.
Catatan Raya Sepanjang Lebuhraya Timur Barat
Semasa pemerintahan Jepun tahun 1941-1945 , bangunan ini dijadikan sebagai ibu pejabat kempetai ( polis rahsia ) Jepun. Selepas perang, bangunan ini berfungsi sebagai sebuah bank semula.
Pada tahun 1981 , tingkat atas bangunan ini dijadikan Balai Seni Lukis dan tingkat bawah dijadikan Dewan Kraf tangan. Pada tahun 1992 bangunan ini dijadikan sebuah memorial dan dirasmikan oleh DYMM Sultan Kelantan dengan diberi nama Memorial Peperangan Dunia Kedua yang mempamirkan artifak dan gambar-gambar mengenai Peperangan Dunia Kedua.
Banyak artikel dan gambar mengenai sejarah di zaman penjajahan Jepun termasuk replika Batu Peringatan yang ditemui di Jajahan Machang.
Terdapat juga catatan pengalaman daripada generasi yang terlibat sebagai buruh paksa Landasan Keretapi Maut di Thailand.
Saya tak berani tunjukkan banyak gambar kerana terdapat larangan mengambil gambar di dalam muzium, Gambar ini cuma selit² gunakan telefon. Kalau berkesempatan ke Kota Bharu, singgahlah ke Muzium Perang Bank Kerapu ini. Bayaran masuk saya dah lupa sebab diuruskan oleh suami. Seringgit atau dua ringgit sahaja…
Bangunan Muzium Perang ( Bank Kerapu ) terletak berhampiran Menara Jam Tambatan D’raja . Gambar dari tingkat dua bangunan ini.
Menarik gambar sarung gas yang digunakan semasa zaman perang dahulu.
Sebagai orang tua kita wajib membawa anak2 ke muzium agar mereka mengenal dan tidak melupakan sejarah
serius tak pernah lagi ke sana..hehe..menarik nih..
sejarah menguit kenangan silam
Bangunan lama pasti ada sejarah dan ceritanya yang tersendiri.Unik.
baca tajuk ingatkan muzium ikan kerapu..
cantik topeng gas tu..hehehe..
semua lokasi camni nak kena tulis dalam buku nota..senang nak terjah bila berkesempatan lalu ke sana..
haah. sebelum baca entry pelik jugak apabila tengok namanya bank kerapu. Ingatkan tempat orang bela ikan kerapu.hehehe
Terima kasih Kak Jie berkongsi pasal muzium ni. Walaupun ada sikit saja gambar, tapi cukup untuk tarik minat ke sana nanti…insyaAllah =)
p.s-unik betullah nama muzium ni 😀
ada banyak tapi kak jie tak beranilah nak publish..nanti kantoi melanggar peraturan..hakhak
sikit2 tu pancing supaya orang nak ambil tau, kena masuk muzium :p
hehe…semuanya pakat nak suruh ingat dalam kepala…haks =)
Tempat menarik dan nama yang unik..
terbayangkan ikan yang dimasak tiga rasa…hihi
sangat sangat bersejarah tu !!.. nice!
untuk yang meminati sejarah…