Komen Yang Mencederakan Hati
Peribadi

Komen Yang Mencederakan Hati

Ini kisah lama – saya tak tulis waktu tu kerana kalau saya tulis mungkin saya akan dikuasai emosi . Saya pendam dan sekarang baru nak kongsi. Cuma satu catatan untuk kenangan masa depan juga panduan sesama kita.

Contoh klasik – ada orang tinggalkan komen di blog ini dan saya delete komen tersebut.

Credit: live behind the lense

Kerana tersentap yang maha hebat kerana merasakan dia betul maka dibukanya satu post entri special. Tulislah dia dengan ratap hibanya dengan luluh jiwa seolah-olah dia mangsa ketidakadilan, mangsa berat sebelah, mangsa dera mangsa buli mangsa serangan keganasan rumahtangga mangsa serangan seksual yang sangat daif.

Belum cukup – digambarkan diri sendiri seperti blogger picisian yang tidak layak mendekati blog hebat . Perbuatan tuan blog mendelete komen dia itu ditakrifkan sebesar-besar dosa sehingga keluar lirik-lirik lagu ‘ siapalah diri ini hanya melukut di tepi gantang , aku orang kecil , engkau orang besar, engkau ibarat gajah..aku hanya semut merah”

Dashyat kan permainan hati. Kerana satu perbuatan yang kita belum tahu sebab apa kenapanya – hati terus berbolak balik. Hati terus melangkau keimanan membuat seribu satu tuduhan dan prasangka. Hati diselubungi emosi terus mentafsir dan bermain-main mencipta resah dan tewas juga akal akhirnya.  Biarkan diri larut dalan permainan prasangka hati sehingga menjadi nanah dan kudis .

Itu belum sadis – yang paling sadis, dia mengajak kawan-kawan yang membaca kisah sebelah pihak itu meraih simpati dan sama-sama mengutuk tuan blog yang telah mendelete komen tersebut.   Tidak pula diceritkan komen apa yang telah ditulisnya.  Kerana kawan , masing-masing menyiram minyak pada api dengan tujuan konon-kononnya untuk membuktikan kitalah ‘kawan menangis ‘ bersama-sama. Tak akan biarkan kawan kita menderita jiwa raga meratap hiba kerana teraniaya kerana komennya di delete.

Nak tau komen apa yang saya delete?

Komen tersebut tidak berkaitan pun dengan entri. Beliau yang mulia itu telah menulis tentang hal-hal peribadi yang mungkin dia tahu lebih sikit dari orang lain ( anggapan dialah ) , komen peribadi dan show off kehebatan diri dia yang tak perlu pun untuk saya ambil tahu kerana dia dan saya bukan sahabat baik, bukan kenal online atau pun offline, Pernah sekali dua berhai hai di ruangan komen berbahasa basi secara adat menghormati tetamu. Itu saja.

Kerana itu tak perlu masuk dalam hidup saya secara peribadi. Saya pun tak pernah menulis di sini kisah-kisah peribadi secara detail. Apa yang dicerita hanya sekadar luaran. Gembira saya sedih saya – berkadar cukup untuk bacaan kawan-kawan online.   Bahagia rumahtangga saya yang mengebu-gebu pun tidak di tulis di blog ini kerana tiada perkataan yang tepat untuk saya gambarkan.  Saya juga menghormati kawan-kawan lain yang tidak senasib dengan saya.  Saat kita meraih bahagia, kenanglah juga kawan pengunjung yang tidak memiliki apa yang kita miliki.

Yonna tuselalu juga bersok sok sek… ‘ mama…sharelah cerita, husband mama beli hadiah apa…g celebrate kat mana…. g holiday kat mana…” Saya kenal dia lebih 5 tahun online dan offline.  Dah jumpa dah faham karektor masing-masing.  Kalau saya cakap husband saya beli hadiah telaga minyak kat Algeria tu, pun dia boleh gelak berguling-guling.:lol:

Credit: Rosemary Calvert

Do not assume that you know everything there is to know about a writer simply because you read their weblog on a regular basis. Any judgements you make will be based on the information they have provided you about themselves, which is probably vague, incomplete or embellished. Whatever opinion you form on them as people, or their life as a whole, is probably best kept to yourself. Remember, you are the reader. An obvious exception to this would be if someone were asking for advice or opinions.

Never contact the writer for more details on events or personal information than what they have already provided on the site. Chances are if the information you seek isn’t readily available, they have found it too personal or innapropriate to share. If you are close to the person they will eventually tell you privately, so intrusive questions are not necessary, just leave it alone. If you are meant to know, you will – contineu at Wajib Baca.

p.s – yang paling kelakar , dia suruh delete kotak komen kalau tak bagi orang komen.

p.s – sesiapa pun jangan cedera di sini, saya tak sempat nak ubat nanti – nak pergi Shah Alam.

p.s – saya mohon maaf kerana mencederakan banyak hati kerana saya biasanya mendelete komen yang tidak bersangkut dengan entri .  Maafkan saya.

Entri ini juga nak bagitau kawan-kawan, janganlah berprasangka yang bukan-bukan kalau saya tidak membalas kunjungan atau tinggalkan komen di blog.  Saya bukan muda remaja lagi ada banyak masa berfoye-foye secara online.   5 tahun dulu waktu saya mula berblog mungkin tidak seghairah sekarang.  Dah jadi blogger  menopause kot.

©kujie – itulah kuasa komen. Boleh menjadi ubat hati yang cedera atau menjadi kudis bernanah pada hati yang berprasangka buruk.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

62 thoughts on “Komen Yang Mencederakan Hati

  1. saya pelajari sesuatu dari sini..berilah komen yanh membina, yang menyenangkan hati, yang membaguskan sanubari…adalah menjadi hak seorang blogger untuk mendelete komen yang tidak ada kena mengena dengan entri blog tulisannya.

  2. salam
    kak jie.. manusia ni mmg pelbagai perangai..
    dan ramai pula yg salahgunakan kecanggihan teknologi utk kepuasan diri sendiri.. Saya pernah mengenali seseorang yg punya perangai n sikap lebih kurang macam tu.. n orang sebegitu tak akan berhenti dari buat benda yg sama berulang2..
    kita doakan sajalah..

    apapun saya gembira dapat membaca entry2 kak jie.. Entry2 kak jie buat saya kagum n ingin mengenali penulisnya…
    semoga kak jie success..

  3. salam kak jie
    sifat internet yg mempunyai ruang tafsiran terbuka tanpa bersemuka menjadikan salahfaham selalu terjadi. tambahan lagi pesertanya dari pelbagai latar usia, ilmu dan wibawa.
    Jom terjah post menarik dari abgreds ..Nombor ekor- nombor kepala!My Profile

  4. kak ina, bukan komen yg negatif tetapi saya delete komen yang tidak bersangkut paut dengan entri atau terlalu bercerita hal2 luar dunia online – dia bercerita hal org ketiga dan saya bukannya rapat dgn dia.

  5. manusia ni pelik…. hati dia suruh kita jaga… hati kita ni, senang senang je dia nak lukakan….

    komen baik baik jer setakat ni… tak pandai la nak menyakitkan hati orang melainkan sindir atas benda yang betul… cth cam rokok…heheheh memang selalu kenekan rakan2 kat asrama ni…
    Jom terjah post menarik dari zikri ..Bicara Hadis – Kejadian ManusiaMy Profile

  6. kujie, komen aku ada sentap kan kamu ke? kot kot la..tak pasan..

    baru2 ni sy terima komen yg sentap gak..mencarut di ruangan komen..tak tau la apa masalah budak ni…sy tgh rasa susah hati..boleh menambah sakit hati jadinye…dia maki sy sbb tak puas hati cara sy update blog letak sekeping gambar…gambar tu bawa maksud yg luas…tapi dia mencarut….tak paham la…

    eh tiba2 sy meluahkan disini..
    Jom terjah post menarik dari ~asha~ ..RM9420 aku bayar tuk barang yg hilangMy Profile

Comments are closed.