Ini kisah lama – saya tak tulis waktu tu kerana kalau saya tulis mungkin saya akan dikuasai emosi . Saya pendam dan sekarang baru nak kongsi. Cuma satu catatan untuk kenangan masa depan juga panduan sesama kita.
Contoh klasik – ada orang tinggalkan komen di blog ini dan saya delete komen tersebut.
Credit: live behind the lense
Kerana tersentap yang maha hebat kerana merasakan dia betul maka dibukanya satu post entri special. Tulislah dia dengan ratap hibanya dengan luluh jiwa seolah-olah dia mangsa ketidakadilan, mangsa berat sebelah, mangsa dera mangsa buli mangsa serangan keganasan rumahtangga mangsa serangan seksual yang sangat daif.
Belum cukup – digambarkan diri sendiri seperti blogger picisian yang tidak layak mendekati blog hebat . Perbuatan tuan blog mendelete komen dia itu ditakrifkan sebesar-besar dosa sehingga keluar lirik-lirik lagu ‘ siapalah diri ini hanya melukut di tepi gantang , aku orang kecil , engkau orang besar, engkau ibarat gajah..aku hanya semut merah”
Dashyat kan permainan hati. Kerana satu perbuatan yang kita belum tahu sebab apa kenapanya – hati terus berbolak balik. Hati terus melangkau keimanan membuat seribu satu tuduhan dan prasangka. Hati diselubungi emosi terus mentafsir dan bermain-main mencipta resah dan tewas juga akal akhirnya. Biarkan diri larut dalan permainan prasangka hati sehingga menjadi nanah dan kudis .
Itu belum sadis – yang paling sadis, dia mengajak kawan-kawan yang membaca kisah sebelah pihak itu meraih simpati dan sama-sama mengutuk tuan blog yang telah mendelete komen tersebut. Tidak pula diceritkan komen apa yang telah ditulisnya. Kerana kawan , masing-masing menyiram minyak pada api dengan tujuan konon-kononnya untuk membuktikan kitalah ‘kawan menangis ‘ bersama-sama. Tak akan biarkan kawan kita menderita jiwa raga meratap hiba kerana teraniaya kerana komennya di delete.
Nak tau komen apa yang saya delete?
Komen tersebut tidak berkaitan pun dengan entri. Beliau yang mulia itu telah menulis tentang hal-hal peribadi yang mungkin dia tahu lebih sikit dari orang lain ( anggapan dialah ) , komen peribadi dan show off kehebatan diri dia yang tak perlu pun untuk saya ambil tahu kerana dia dan saya bukan sahabat baik, bukan kenal online atau pun offline, Pernah sekali dua berhai hai di ruangan komen berbahasa basi secara adat menghormati tetamu. Itu saja.
Kerana itu tak perlu masuk dalam hidup saya secara peribadi. Saya pun tak pernah menulis di sini kisah-kisah peribadi secara detail. Apa yang dicerita hanya sekadar luaran. Gembira saya sedih saya – berkadar cukup untuk bacaan kawan-kawan online. Bahagia rumahtangga saya yang mengebu-gebu pun tidak di tulis di blog ini kerana tiada perkataan yang tepat untuk saya gambarkan. Saya juga menghormati kawan-kawan lain yang tidak senasib dengan saya. Saat kita meraih bahagia, kenanglah juga kawan pengunjung yang tidak memiliki apa yang kita miliki.
Yonna tuselalu juga bersok sok sek… ‘ mama…sharelah cerita, husband mama beli hadiah apa…g celebrate kat mana…. g holiday kat mana…” Saya kenal dia lebih 5 tahun online dan offline. Dah jumpa dah faham karektor masing-masing. Kalau saya cakap husband saya beli hadiah telaga minyak kat Algeria tu, pun dia boleh gelak berguling-guling.
Credit: Rosemary Calvert
Do not assume that you know everything there is to know about a writer simply because you read their weblog on a regular basis. Any judgements you make will be based on the information they have provided you about themselves, which is probably vague, incomplete or embellished. Whatever opinion you form on them as people, or their life as a whole, is probably best kept to yourself. Remember, you are the reader. An obvious exception to this would be if someone were asking for advice or opinions.
Never contact the writer for more details on events or personal information than what they have already provided on the site. Chances are if the information you seek isn’t readily available, they have found it too personal or innapropriate to share. If you are close to the person they will eventually tell you privately, so intrusive questions are not necessary, just leave it alone. If you are meant to know, you will – contineu at Wajib Baca.
p.s – yang paling kelakar , dia suruh delete kotak komen kalau tak bagi orang komen.
p.s – sesiapa pun jangan cedera di sini, saya tak sempat nak ubat nanti – nak pergi Shah Alam.
p.s – saya mohon maaf kerana mencederakan banyak hati kerana saya biasanya mendelete komen yang tidak bersangkut dengan entri . Maafkan saya.
Entri ini juga nak bagitau kawan-kawan, janganlah berprasangka yang bukan-bukan kalau saya tidak membalas kunjungan atau tinggalkan komen di blog. Saya bukan muda remaja lagi ada banyak masa berfoye-foye secara online. 5 tahun dulu waktu saya mula berblog mungkin tidak seghairah sekarang. Dah jadi blogger menopause kot.
©kujie – itulah kuasa komen. Boleh menjadi ubat hati yang cedera atau menjadi kudis bernanah pada hati yang berprasangka buruk.
wah! bab ego ni yg payah sikit kan?
huhuhu
kekadang maza sendiri pun tak berjejak kaki ke tanah..err mcm antu penanggal gak ler..eeeeehehehehhe
wahh! itu macam meh? huhuhu
kat blog mcm ni pun ada worang yg tak ‘tenang’ dgn komen dia di moderate ek? huhuhu
komen maza pun pernah kena delete.. kecik atie gak.. tapi kena lah hormat tuan tanah.. kekadang musim tuan tanah kedaung sampai masa banjir, nak buat camner.. kita pun bermusim juga kan? hehehhe
huhuhu
kalau jiwa kacau, kalau ada hati sudah luka, meh ke seberang sana.. kita memancing ikan kat pasar gitew…
Macam2 pengalaman kak jie dalam dunia blog ni 🙂
P/s: komen senapas mhunakan henpon baru. Henpon cap ayam iza dah “meninggal” hu hu
bukan…bukan
komen dia bukan mengutuk atau apa
cuma hal di luar dunia online
hal bukan bersangkut dgn kak jie
hal org ke tiga
jadi kak jie delete – jadi dia tersentap
kecil hati hingga membengkak
ada beratus2 senarai kawan2..kadang2 singgah ikut random
tak dptlah hari2..tapi kadang2 jengok tak komen..baca ambil tau juga kisah kawan2
tak pe jiji
nnt kak jie menderum derum depan rumah tekan minyak ! 😆
baca kes tu – mmg selalu baca blog tu
he he he…lepas aktif
sampai satu ketika – pausekan diri sekejap 😆
No komen la pasal entry kak jie…tak reti nak komen.. 😛
Tp betul kak jie…yg di cerita di blog hy 50 % ttg hidup kita….
Ira pon tak berapa gemar crita pasal husband……
Ira lebih gemar cerita pasal diri Ira yg kejap okay…kejap down……………skrg nie dunia tonggang langgang pun ku tak peduli asalkan Ira kuat… Doakan Ira sentiasa kuat ya.. 😆
bukan…bukan…. pasti bukan
jelas dan nyata bukan!
hahaha…. agak bermesorat tingkap tu 😆
tetapi kadang2 dikuasai emosi
ego tercalar
Betullah tu Sarah – kena ada had sebagai pembaca
jangan pakai borong je semua keadaan pun boleh
bab komen mengomen tu – benda ni subjektif
bergantung ruang masa masing2 kan
Bukankah hak untuk memadam komen tu , merupakan hak tuan punya blog .
Saya pun selalu gak padam komen orang .
terimakasi- semua bermula dari pestaim baru jadi bertaim taim 😆
blogger menopause tu…kehkeh
yang dah tak ghairah lagi nak berhuhahuha
tulis tinggal 😆
kadang2 dok dalam kotak spam – encik akismet tu garang sgt 😆
selalu delete komen kt blog ni
kadang2 tak berkaitan dgn entri
Bestnya kena serang.. Saya pun nak kena serang jugak! Bila ada orang serang kita… tu menunjukkan kita dah hampir berjaya. Kita dah berada lebih tinggi dari sebelumnya.
nononono…salah faham ni
kak jie yang delete dan mencederakan hati orang lain
kerana satu tindakan – delete komen
yang sepatutnya kita sedia makluk hak tuan blog
boleh menyebabkan timbul berbagai fikiran negatif
semuanya terletak di hati
tapi minyak rambut..hehe
salam singgah sini..
itulah manusia kak.. ada macam2 ragam..
tapi kak.. tajuk blogger menopause tu nampak menarik..
akak buatlah satu entri pasal tu..
permintaan ramai ni… huhuhu..
Takpe Kak Jie.
Zara setiap hari pun delet banyak gila komen yang hanya mengutuk, mencarut tidak tentu hala.
Malas mahu layan lagi.
Kak Jie, hubby beli telaga minyak?
Mintak 10 liter. :p
1. Kak jie bagi saya idealah untuk buat promosi free blog ….ha ha ha kalau saya bagi komen negatif mesti dapat review macam ni dan pasti ramai yg serbu blog tersebut kan…
2. Kalau baca komen kat entri sijil halal saya tu memang banyak komen yg panas telinga tapi tu lah bagi je lah peluang kat diaorang luah perasaan walaupun di tempat yg salah…
Spam filter di blog sy amatlah hebat sampai kdg2 komen yg xde apa2 pun masuk spam folder. Pastu takde keje plak nak mengorek spam yang berjuta2 lemon tu T_T
saya penah disapprove komen, tp bgtau kat tuannya that i had to tarik balik the comments. Maklumlah ada org mudah sgt berkecil hati. Walaupun bukan kawan tp jgnlah jadi musuh pulak kan.
kelakarlah kak kujie ni. ada ke istilah blogger menopaus? haha. macam2.delete komen pun nak sentap.sensitip nye..
kalau dalam bahasa kasarnya… “sukati akulah nak delete ke tak komen org, ni kan blog aku!” hahahaha
penangan bahasa/ayat/perkataan. mungkin sebab itulah kita dikehendaki berfikir sebelum menulis/bercakap. dan mungkin sebab tu jugak lah mulut ada satu padahal mata & telinga ada dua. tp zaman sekarang, jari ada sepuluh. sukar lah nak menjaganya.
ni yang seronoknya blog, kita baca blog orang dan kita nilai..
ada positif kita ambil, kalau negatif kita campak jauh kan kak jie
komen… sebut pasalnya mesti ada sesetengah pihak yang akan komen dengan emosi.. biasa la tu.. namun apa daya, kita takleh nak kawal komen org, apatah lagi nak kawal mulut org 🙂
Tuan blog seperti tuan rumah. Tuan berhak atas apa kepunyaannya. Tetamu yang terasa, luahkanlah kat blog sendiri. 🙂
Entri ini bukan bab ‘dapat komen menguris hati’
tapi bab orang yang komennya di delete telah tersentap hati
Assalamulaikum kak jie 🙂
Kak Jie yg yati kenal bukannya akan delete komen secara sengaja atau tanpa sebab. 🙂 jadi jangan sedih-sedih okeh. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya.
Pernah gak dapat komen yang menunjuk konon dialah yang paling pandai..tapi tak pernah pun explain dengan detail apa yang dia tahu..cuma suruh orang cari sendiri..Motifnya? Entah!!
Bukan Tie – Tie saya kenal online dan offline
Ini nak kata kawan BUKAN MUSUH
mungkin kenal tapi bukan kawan
jadi sebab KAMI BUKAN KAWAN YANG KENAL MENGENAL
tak sepatutnya dia komen di luar batas
Dia tetap orang LUAR – BUKAN KAWAN BUKAN MUSUH
baru 2x mengomen di sini
pertama kali
aduh….komen itu terpilih sbg letter from heaven
menangis tersedu depan komp.
teringat apa ada dibalik komen itu….
k.jie itu komen kt blog
adik beradiknya komen kat jiran setaman
lagi sadis…tertusuk di hati
dan kadang mengundang lucu 🙂
Kak Gie,
Saya pun pernah dapat comment durjana macam tu..ada yang saya delete dan saya biar begitu…ugutan dan kecaman pun ada…biarlah…macam kak gie kata biar dia kenal hati budi dia sendiri..
Tak kisah pun kalau kak gie tak balas kunjungan…cuma sesekali kak Gie singgah terkejut juga..:P
kadang2 tu…
memang susah nak melayan….
apa pun, be urself….
komen sentap “amboi telaga minyak eh? tak jeles pongggggg”
Kak jie br-baru ni pon ada baca blog (glemer juga..O*be**e*D), siap kaitkan mak apa adik beradik blogger tu sekali… puncanya… tuan empunya blog kutuk negeri mamat tu… pelik manusia yang tunjuk belang tak bertempat.
dasat juga penangan komen ni..
ps: best pulak istilah tu..menopouse blogger..hehe
komen ni banyak sifatnya, ada yg komen sbb nak show off, kadang2 ada yg komen tak sangkut paut dengan entri, ada yg komen nak provoke dan segala macam lagi…
apa pun bila dah sampai satu tahap, komen beratus2 mana sempat nak jawab satu2
Kak…
Saya rasa orang tersebut dan orang yang sedang “serang” blog saya ini adalah orang yang sama. Nanti kita kepoh-kepoh dekat email ya.
Tuan punya blog mempunyai hak mutlak ke atas segala komentar yang ditulis… sepatutnya diorang dah sedia maklum…. ;-p
ek eleh, itu pun nak sentap bagai, ekeke, lucu.
saya pun ada gak delete komen yang saya fikir tak seswai. kita ada hak tersebut. sebab blog masing2 kan.
entry saya pun dah jarang dikomen. heheh. tak apa, yg penting ada pembaca. still make me happy. =)
Assalamualaikum.. tok..tok..tok..
hurm.. komen tu mcm satu appreciation utk kita yang menulis.. tapi kan.. tapi.. kalo menyentuh sensitiviti takde salah haih kalau di-delete kan je..
notakukujari: fes tyme baca blog kak jie..
notakaki: haish.. kalo kak jie delete komen ni saya tak cedera hati.. ~lalala..
notatambahan: suka blogger jujur
kena tulis satu entri tentang blogger menopause ni, kujie.
kujie yang tulis lah, saya baca
boleh buat panduan
Rasanya kalau komen saya didelete pun saya tak akan tahu. 🙂
Leha pun selalu je delete komen-komen yg tiada kaitan dengan entri. Ataupun yg lari daripada topik. Sebab mereka boleh menimbulkan topik baru yg kontroversi. Hehe.
komen saya pernah kena delete x?mana tau pernah mencederakan hati kakjie..hehe
Haha…
Adakah kerana entri Tie yang lepas Jie tulis entri ini ? Hihi… Tie faham tu.,,
Tie pun ada gak delete komen orang. Tapi ada yang saja Tie biarkan. Biar orang tahu hati budi dia sendiri.
Tapi kan Jie, apa yang Jie alami tu memanglah tak patut. Walaupun kekadang Tie rasa diri sendiri macam showing off jugak!
Tak pe laa..
Entri ini menyedarkan diri Tie sendiri. Ada kebaikannya bila baca luahan yang lama terpendam.
Perkara yang sukar untuk ditangani, terutama bila orang begitu senang berprasangka. Kehidupan ini perlulah saling hormat-menghormati, andai ada ketidaksenangan, tanyalah, dapatkan penjelasan, bukan berprasangka dan menabur tuduhan membuta tuli.
kadang-kadang komen memang boleh menyakitkan hati 🙁
klau kak jie boleh telaga minyak kat Algeria best tuu , tak yah beli minyak lagi .. hehe