Bagi saya ada beza mendapat imbuhan dengan menulis produk yang saya cuba dan rekemenkan kepada pengunjung blog dengan pengalaman sendiri berbanding post entri yang dibayar tanpa kita alami pengalaman tersebut. Perbezaan juga pada menulis entri berbayar dengan iklan yang diletakkan di blog melalui syarikat pengiklanan.
Itulah prinsip sehingga saya menolak menerima satu advertorial yang ditawarkan minggu lepas walaupun dibayar mahal. Saya tidak mahu bertanggungjawap membawa kawan-kawan saya mendekati perkara-perkara yang memudaratkan.
Adakah dengan menolak tawaran tersebut membuatkan saya keterlaluan menjaga kredibiliti . Saya seolah-olah blogger yang tolol menolak tuah. Tetapi selepas difikirkan , saya langsung tidak menyesal kerana keputusan tersebut dan saya yakin inilah perasaan ‘memiliki kuasa ke atas diri sendiri ‘.
Walaupun saya bernafsu mencari keuntungan melalui blog tetapi ada sebahagian dari diri saya menghalang untuk memanipulate pengunjung demi kepentingan diri sendiri. Berlaku konflik disebalik halatuju dan minat saya menghasilkan blog ini.
Saya tahu kelemahan diri – menulis untuk memuji! Saya tak pandai mereka cipta kata-kata hanya sekadar ucapan. Tiap kali cuba melakukannya saya seperti kehilangan diri sendiri. Seolah-olah tidak dapat tidur memikirkan saya telah mengambil kesempatan keuntungan ke atas kawan-kawan sendiri dikala mereka tidak sedar.
Pernah tak awak mengalami dilema seperti ini?
Adakah duit boleh mengubah prinsip yang dipegang selama ini?
Adakah awak gembira dengan keputusan yang telah dibuat selepas itu?
Nota : Saya tidak berniat mempertikaikan mereka yang menulis advertorial, kita mempunyai personal code yang berbeza. Ini adalah pandangan diri sendiri mengenai hubungan wang dan nilai peribadi.
p.s – dapat offer lagi…serba salahnya!
©kujie – dibanding dengan usia blog, dan kedudukan ranking, saya masih ‘blogger miskin’
Cara penilian yg salah berapa banyak duit, berapa besar kereta, berapa besar rumah …eehhh berapa bini??? memang salah salah salah…saya bercampur bisnismen cina mereka very very very low profile bukan sebab baik sebab tak mau kena kejar LHDN…tapi Melayu …tak percaya tengok lah kat majalah…semua nak tunjuk.
1. Macam mana nak terima menulis Advertorial kalau minta promosi konsert walaupun syarikat satu dunia tahu …bayangkan lah kalau seorang je pembaca yg pergi konsert …woooo ada saham tu.
2. INsyallah rezeki dari Allah dah telah ditetapkan dan pasti ada walau di mana pun yg penting kita terus menulis ada yg sedang melihat kalau tidak di atas di bawah pun ada.
anda tidak keseorangan sebernanya dalam hal itu.. 🙂
anda tidak keseorangan sebernanya dalam hal itu..
betul2..
rezeki tu datang dari Allah.
So, berpeganglah pada prinsip.
kalau rezeki ada, tetap ada.
oo begitu sekali sekarang ni ya kujie?
saya tidak berada di tempat kujie. jadi saya tidak dapat memberi pandangan yang adil.
apa pun, kita seboleh mungkin bertindak mengikut gerak hati dahulu, kemudian baru kita rasionalkan…
setiap tindakan ada pro dan kontranya kan, pastinya kujie lebih matang dalam hal ini
setiap blogger mempunyai pendirian dan halatuju masing-masing. Jadi buat apa yang kita rasa ianya terbaik untuk diri kita dan juga orang disekeliling kita
sebenarnya menulis adv ni memang berisiko sikit walaupun harga bayaran yang diterima agak tinggi( memang tinggi bangat).. tapi kena igt, kalo kita tulis sekadar hendak dapat duit, takut macam tak berkat pulak. Lagi la kalau dalam adv kita terpaksa menipu.. >.<
Saya rasa, kalau dapat trafik dan elexa yang cantik, itu satu kepuasan seorang blogger bermain dengan SEO. Rezeki boleh datang dengan iklan yang dah ada dan pelbagai cara yang lain, tak semestinya dari advertorial.
Masing-masing ada prinsip dan etika tersendiri. Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan masa tengah sengkek, tetiba dapat job tulis entry pasal ‘gambling’ – nak tak nak, memang kena tolak.
semua tu bergantung pada kita… kalau rasa benda tak betul, takkan nak perdaya orang lainkan?… tapi benda yang buruk lah…
setiap orang berbeza tingkat dia… sesetengahnya ada kata benda ni tak baik dan sesetengahnya kata benda ni boleh….
macam gula putih la jugak…. doktor da kelaskan sebagai bahan racun (baca kat mana ntah) tapi pengeluar kata itu makanan…
selebihnya terletak ditangan kita….hehehehe “kuasa ditangan anda”…
cap jempol pun berbeza, kan?
ni kan perkara mcm ni…
maza suka menulis di atas pengalaman sendiri…(errr setakat hari ni ler.. hehehehe)
itulah ‘guilty conscience’ kan kak jie..
boleh membantu mengawal diri kita. sesetengah je ada dan menggunakannya
hum..betoi betoi..slalu gak jalan2 kt blog2 org lain,tgk depa buat iklan advertorial,tp mcm entah apa2..kalau kita guna produk tu,kita mmg suka betul,mmg akan promote.kalau org tak bayar pun takpa,asalkan kita dpt share kebagusan 1-1 produk tu.kalo promote tiptop,tp produk hampes,xpasal2 kita pulak disalahkan.kan?
tak apa lah Kak Jie..duit hasil dapat dari iklan yang Kak Jie rasa was-was tu kalau dapat pun mungkin tak menenangkan hati Kak Jie, so dah tolak ni let go je lah..kalau kita jujur, ada rezki lain Tuhan bagi..
bukan kak jie yg pilih… 😆
boleh cuma bersederhana – nampak smart kan
kalau kita buat sesuatu dgn gembira senang hati – mesti puas, kan
Blogger sekarang menilai kejayaan blogger melalui berapa banyak duit dapat kumpul 😆
kepuasan diri sendiri – kadang2 terbitkan entri yg kita sendiri tak seronok… rasa mcm tak sesuai je…dgn blog peribadi
papa rock! 😆
kak jie miskin, saya papa la kot
huhu
saya suka pendirian kak jie 🙂
Mungkin kujie buleh twist supaya benda tu jadi terbaik. Kan? Anyway, great power comes with great responsibility. Err…
patutnya pengiklan tu bagi kak jie test dulu..kalau pass baru kak jie terima. wah, macam sirim plak..
respek kak jie..
saya pun blogger miskin jika diikut umur blog ku..
salute!!
saya baru dapat tawaran. apakah ianya sama dengan kak jie? beria betoi orang tu reply email. saya jugak punya prinsip. tak semua saya lakukan dengan kadar bayaran. kerana pertolongan ikhlas itu lebih tinggi nilainya.
sekarang ni cuma saya nak tau apa yang dia nak saya tulis. sekiranya saya menulis tentang sesuatu produk, saya lebih mengambil jalan selamat seperti mencarik adakah ianya sumber sah termasuk lah kelulusan dari kementerian kesihatan. adakah produk tersebut tersenarai. berkata bagus tidak sekali kerana hidup saya tidak bergantung kepada mana-mana produk kesihatan kecuali dikenali umum semata-mata.
P/S: Produk tak sihat saya ada banyak bleh rekemen. hehehe. kak jie pon tau rasanya. *aiyark*
tahniah..pendirian akak teguh..jangan risau pasal rezeki…
akak tolak yang ini..akan datang lagi yang lain…
yang mungkin menepati citarasa akak…
saya tunggu saat itu..apa yang menepati citarasa akak..
wah bestnye kak jie.aku menulis kat blog ni pun saja suke2. sambil berkongsi idea dengan pembaca
rezeki kak jie..tp bg saya,kalau kak jie rasa apa yang kak jie buat betul,just teruskan..sebabnya biarla hanya kita yang tahu even ada setengah orang cakap kite ni sombong ke or something like that:)
kalau sume org cam akak, mesti bankrup syarikat yg suruh buat advertorial hehe 🙄
wah bestnya..bukan senang nak dapat tu..
bestnya dapat advertorial.. leh jana pendapatan.. tapi kalo berfikir mcm kak jie fikir ni, mmg takkan selesa…
teringin nak cuba..tapi berapa ribu dia bayar kak jie..?
respek cara kak jie..lain padang,lain belalangkan?
harap duit tak mengubah prinsip aku.. huhu
salute dengan pendirian kak jie.walaupun ganjarannya boleh tahan, kerana pendirian kak jie bertahan. kerana sifat gini la saya rasa ramai yang ikuti kujie2.com ni.
Saya nak komen… tapi tak tahu nak komen apa.. Boleh ke macam ni.. HUhuhuhh
Ayie dah mengong .. erkkk
kadang2 dapat job dari churp2 pun fikir banyak kali nk buat ke tidak…. banyak yg tak buat dari buat
sebab tu earning belum dpt cash out…ada iklan yg tak suka nak buat…
suker suker entry nie
Ohh.. menulis advert tweet pun macam tu juga, ada iklan yang seronok ditulis.. ada yang tidak.. percaya atau tidak, biasanya iklan yang ditulis dengan rasa seronok biasanya perform better compared to iklan yang ditulis dengan perasan susah.
saya kagum dengan pendirian akak.. ye la, duit bukan segalenye kan ;p
kalau difikirkan ada logiknya…iklankan produk terutamanya padahal kita sendiri tak guna produk tu..
semua yg diterima bukan produk – rancangan tv dgn peraduan . Selalu menolak advertorial, kadang2 rasa betul ke cara macam ni
habis tu kenapa nak kejar2 trafik, ranking bagai tapi bukan utk dapatkan income macam tu…
salute! respek dengan pendirian kak jie. 😉
untungnya kak jie .. rezeki datang lagi 🙂
klau kita nak menulis sesuatu produk tp x pernah menggunakannya macammana nak bagitahu molek ke tak produk tuu ? 😆
emm….x pernah dpt pun… dn teringin ank mencuba.. tp x der rejeki..hehehe…
betul..berbeza mengalami dgn hanya mempromote tp x mengalami…
mcm bersalin la.. yg pernah dn belum..mesti lain cerita di dengar dn bercertia..hik3..
erk… hehehe
bagi sy la kak jie
heee
Bagi saya, saya tetap akan pegang pada prinsip, sebab andai duit yang jadi panduan, pasti suatu masa nanti akan rosak pegangan. Macam saya bukan berkaitan ngan advertorial, tapi perkara lain yang melibatkan duit, walaupun mungkin nampak mahal peluang yang diterima, namun dengan prinsip yang ada. kita akan sentiasa tenang walaupun tanpa pendapatan tersebut.
Lain pula jika kita lupakan prinsip kita, dan lakukan juga demi pendapatan yang lumayan. Kepuasan yang dicari mungkin tidak sehebat kebiasaannya.
-sekadar pendapat peribadi, lain padang lain belalang.
yg terbaik buat mama tuler yg mama ambil…
kalau yg tak elok dan memudaratkan mama atau org lain baik ditolak sahaja kerana rezeki yg diperolehi tu takut tak berkat nnt…
halllamak. bravo punya post ni 😆 1 nama je berlegar2 kat kapla yonna masa baca entry mama. u know i know dah la hahaha.
betul jugak ma, kang beria2 kita promote,tempek kat kulit muka, kat bada, esok2 org lain pakai,jadi buruk, nama kita jugak busuk. so, baik lah tolak dr terima.
p/s : last tgk adv job kt blog mama, iklan astro yg opah tu. ke ada lg?