Lecehlah Ada Blogger Macam Ni
Blogger

Lecehlah Ada Blogger Macam Ni

Saya masih di Geng Blogger walaupun ramai rakan-rakan sebaya first batch semua dah hilang bawa diri. Saya tahu ramai rakan-rakan lama di GB kecewa – tidak memenuhi piawaian mereka. Banyak thread² merapu dan perbincangan yang sia².

Contoh mudah – setelah kita luangkan masa membalas menjawap dan berkongsi sedikit ilmu yang ada, akhirnya keluar jawapan ” lecehlah…”

Credit: Comstock Images

Dammmm! Mood berkobar² untuk berkongsi berdiskus hilang lenyap bila orang yang bertanya itu berfikiran negatif. Masih gemar menjadi katak dibawah tempurung .

Itu yang saya rasa pagi ni…. saya berkongsi dengan orang yang ingin belajar sahaja. Menjadi blogger bukan seperti belajar di sekolah. Suka tak suka kena balajar tetapi menjadi blogger adalah pilihan sendiri. Jadi perlu ada minat. Kalau malas dan remeh, jangan mendekati dunia blogging.   Saya bukan cikgu yang baik untuk murid yang ada attitude macam ni.

Dan … saya faham kenapa rakan-rakan lain menjauh…

Sekarang nak ulas secara pendek mengenai isu Nuffnang racist.  Ramai yang ambil kesempatan dapatkan trafik mengenai isu ini dan ramai juga yang sedang menyiram minyak.  Pro dan Kontra masing² ada biasnya.

Terbuka dan moden macam mana sekali pun fikiran kita, ada isu yang tidak boleh diulas berdasarkan prasangka .  Biasanya saya ulas isu yang  sensitif secara personal kalau ditanya, tidak secara terbuka di blog kerana tak semua orang memahami perkara pokok sesuatu isu , ramai lebih kepoh mengenai ranting atau isu-isu sampingan. Perbincangan lebih mudah menjadi emosi.  Orang lebih memberi perhatian pada komen yang kelaut dari membincangkan isu pokok perkara asas.  Komen-komen yang tidak terkawal itu pula yang dijadikan isu.

Dalam isu Nuffnang, suka tak suka adalah pilihan.  Mana-mana pengiklan yang kita serasi, bertahanlah.  Kalau menghidu sesuatu yang tak sealiran dengan pemikiran dan kehendak, beralih arah.

Saya tahu susah nak ubah perspektif orang mengenai iklan di blog kerana dulu kami belajar buat blog dengan isu-isu ‘ cara menulis entri dengan baik’ tetapi sekarang blogger belajar ‘ cara mendapatkan buffered dengan cepat’

Ramai yang bertanya kenapa saya tidak lagi menggunakan Nuffnang sedangkan saya antara kumpulan awal menyertai Nuffnang.  Jawapan saya :

Dulu sebiji kek dikongsi dengan 5000 orang, tetapi sekarang kek yang sama dikongsi dengan 50000 orang.  Saya tamak tak nak  sikit, tak cukup…jadi saya cari kek yang lain , yang fresh baru keluar dari oven! :lol: Tapi saya tak kacau periuk nasi orang!

©kujie – Respect each other as who we are, it starts here and believe me, it can go a long way! I’m supposed to feel so much better now.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

79 thoughts on “Lecehlah Ada Blogger Macam Ni

  1. Entri ni banyak membuka mata saya utk melihat bagaimana dunia blogging yg sepatutnya….tapi dari satu sudut sebagai pemula, tak banyak pilihan yg ada selain terpaksa juga berkongsi kepingan 50,000 kek tu.. 🙁

  2. Salam,
    Kak Jie, saya ni suka nak tahu dan nak belajar, tapi selalu je jumpa orang yang tak nak ajar. Ataupun tak ikhlas pun nak kongsi ilmu.

    Belum lagi tanya, dia dah start dengan ayat “saya ni dulu tak ada siapa yang ajarpun. Cari sendiri. Bila kita ajar orang, bila dia dah pandai…bukannya ingat kita pun” saya pun STOP nak tanya dia dan cari sendiri sebab saya tahu tentang sesuatu …

    Terima kasih, kak Jie, kongsi ilmu kat sini.

  3. “isu-isu ‘ cara menulis entri dengan baik’ tetapi sekarang blogger belajar ‘ cara mendapatkan buffered dengan cepat’” suka dengan ayat ini.. kadang hanyut apabila terlalu mengejar earning ..hhuhuh

  4. Racist?? Blogger-blogger kena matang dalam membuat telahan. Betul kata K.Jie, dulu 5000 orang yang kongsi.. sekarang dah jadi 50,000 …. Kena terima hakikat ‘PERSAINGAN’..

  5. Banyak udang, banyak garam. Banyak orang banyak ragam. Begitulah sikap orang yang berblogging.Mereka mempunyai matlamat yang berbeza dalam berblogging.

  6. saya blogger baru dalam dunia blogging ni…so nak mintak pndangan untuk lihat sikit sebanyak perkembangan blog sy…klau ada slh tegur sbb dgn teguran dpt mmbetulkan kesalahan…im 18

  7. Sebab tu nas lagi suka baca blog kak kujie. 😀 dan abg azman. Ehehe.~ Sinis tapi terkesan. Kalau blog orang muda ni mungkin, direct tapi tak terkesan. Ekekek.

  8. I’ll like this phase
    “Saya tahu susah nak ubah perspektif orang mengenai iklan di blog kerana dulu kami belajar buat blog dengan isu-isu ‘ cara menulis entri dengan baik’ tetapi sekarang blogger belajar ‘ cara mendapatkan buffered dengan cepat’” … it give me view what is blogging is about. keep up your good work!

  9. Sekarang ni ramai blogger yang buat blog untuk duit..rasa macam dah hilang seni blogging tu sendiri… kan best kalau syarikat pengiklanan ni takde, semua aman berblogging dengan penuh minat, dan bukan kerana duit.. 😥 😥

  10. hehe.. bab mengajar tu saye pun dah penah kena.. kita usahala susah payah nak ajar dia.. last² dia stop.. cepat sngt putus asa.. huuu..~ geramnyaa… tp marah dlm ati je la.. :mrgreen:

  11. sedap perumpamaan yang kak jie pakai, kek yerk. sy sebenarnya tak kisah sgt pasal racist or tidak. kita yg pandai ambil risiko, pandai tanggunglah. kita kena hadapinya juga, andai kata kita tidak dihargai. kita cabut. cari kek lain. lagi sedap, betul tak kak jie. dari menumpahkan kek orang lain. 🙂

  12. ermm sy antara yg masih bru dlm dunia blog…geng blogger bru pun jer join tp xpenah involve ruang pbncangan atau chat..sbb sy rasa lain org lain cara penyampaian dan penerimaan..lebih baik jd pemerhati saja…belajar dr pembacaan..tak paham bru tanya..mcm kak jie penah bls komen sy sblm ni, ikuti dan baca blog kak jie kalau nk belajar..selama sy jd pemerhati,. komen2 yg kelaut atau merapu lebih dilayan berbanding komen yg mbina… Apa pun, sy respek sma kak jie….

  13. blogging bukan paksaan – minat utk belajar mesti adalah dalam hidup – kita jadi gembira kalau org yg nak belajar tu lebih bersemangat

    pasal nuffnang – kadang2 tak perlu org bagitau apa, kita kena guna daya usaha sendiri utk ambil tau ‘apa yg sedang kita gunakan’

  14. leceh la.. lambat lah.. asyik nak cepat.. buat2 nak terus jadi je.. pahamnye idak.. no point kalau diajar buat dan terus nak bende tu jadi, tapi tak paham ape2.. belajor la slow2 yop.. bagi paham.. nampak bende rumit skit, ckp leceh, pastu malas buat.. error pon takut nak berdepan.. cane nk belajar camtu?

    bab racist…. kene selidik btol2.. main tunjal2, tuduh2 tak sedap jugak.. sape btol sape salah, tak tau.. bende yg kita nampak tak semestinya betol.. kalau betol sekalipon, mungkin bersebab.. bende daripada tak penah ade boleh jadi ade kalo amalkan sikap tuduh2.. kalo bende tu tak btol, fitnah namanya.. hukumnya plak? tanye google.. ❓

  15. saya ala2 beralih arah tapi takde lah nak cakap apa2 kat depa.. ye la ada sebabnya blog kita tak terpilih hehehe.

  16. Jangan hilang kuasa ke atas blog sendiri, sudah… kepuasan semakin kurang kerana memenuhi kehendak pengiklan.

    bab GB – rasa ralat kerana tak dibendung dari awal

Comments are closed.