Saya masih di Geng Blogger walaupun ramai rakan-rakan sebaya first batch semua dah hilang bawa diri. Saya tahu ramai rakan-rakan lama di GB kecewa – tidak memenuhi piawaian mereka. Banyak thread² merapu dan perbincangan yang sia².
Contoh mudah – setelah kita luangkan masa membalas menjawap dan berkongsi sedikit ilmu yang ada, akhirnya keluar jawapan ” lecehlah…”
Credit: Comstock Images
Dammmm! Mood berkobar² untuk berkongsi berdiskus hilang lenyap bila orang yang bertanya itu berfikiran negatif. Masih gemar menjadi katak dibawah tempurung .
Itu yang saya rasa pagi ni…. saya berkongsi dengan orang yang ingin belajar sahaja. Menjadi blogger bukan seperti belajar di sekolah. Suka tak suka kena balajar tetapi menjadi blogger adalah pilihan sendiri. Jadi perlu ada minat. Kalau malas dan remeh, jangan mendekati dunia blogging. Saya bukan cikgu yang baik untuk murid yang ada attitude macam ni.
Dan … saya faham kenapa rakan-rakan lain menjauh…
Sekarang nak ulas secara pendek mengenai isu Nuffnang racist. Ramai yang ambil kesempatan dapatkan trafik mengenai isu ini dan ramai juga yang sedang menyiram minyak. Pro dan Kontra masing² ada biasnya.
Terbuka dan moden macam mana sekali pun fikiran kita, ada isu yang tidak boleh diulas berdasarkan prasangka . Biasanya saya ulas isu yang sensitif secara personal kalau ditanya, tidak secara terbuka di blog kerana tak semua orang memahami perkara pokok sesuatu isu , ramai lebih kepoh mengenai ranting atau isu-isu sampingan. Perbincangan lebih mudah menjadi emosi. Orang lebih memberi perhatian pada komen yang kelaut dari membincangkan isu pokok perkara asas. Komen-komen yang tidak terkawal itu pula yang dijadikan isu.
Dalam isu Nuffnang, suka tak suka adalah pilihan. Mana-mana pengiklan yang kita serasi, bertahanlah. Kalau menghidu sesuatu yang tak sealiran dengan pemikiran dan kehendak, beralih arah.
Saya tahu susah nak ubah perspektif orang mengenai iklan di blog kerana dulu kami belajar buat blog dengan isu-isu ‘ cara menulis entri dengan baik’ tetapi sekarang blogger belajar ‘ cara mendapatkan buffered dengan cepat’
Ramai yang bertanya kenapa saya tidak lagi menggunakan Nuffnang sedangkan saya antara kumpulan awal menyertai Nuffnang. Jawapan saya :
Dulu sebiji kek dikongsi dengan 5000 orang, tetapi sekarang kek yang sama dikongsi dengan 50000 orang. Saya tamak tak nak sikit, tak cukup…jadi saya cari kek yang lain , yang fresh baru keluar dari oven! Tapi saya tak kacau periuk nasi orang!
©kujie – Respect each other as who we are, it starts here and believe me, it can go a long way! I’m supposed to feel so much better now.
Dah lama tak singgah GB…bosan!
he he he – kek mmg utk dikongsi, tak best makan sorang 😆
betul lah ayat2 cinta k jie nielah
haha, tahu nuffnang jer. malas nk explore yg lain. but well aware kalau trafik rendah, mana2 advert company pun bagi duit sikit
salam kak kujie…
ada sikit pendapat…
saya pun baru lg dlm dunia blog…ngam2 setahun dah…saya lihat ramai blogger macam dah tak ada idea…begitu juga saya masa mula2 berblog dulu…terus terang saya bgtau ahli2 GB ( last 3 months ) masih ada banyak menghantar artikel yg berkualiti….tp, sejak akhir2, kelihatan ramai blogger yang seolah2 kering idea…soal rage mmg dah tak pyh cakap dah..
copy & paste sy tak kisah sgt sbb sy pun mcm tu dulu sbb nak cari tapak & trafik…( tp, jgnla lebih2…)saya boleh katakan yg kurang dari separuh blogger di GB konsep entrinya tiada idea yg asli dr pengarangnya sendiri…
saya ada buat kajian tersendiri….panjang kalau nak diceritakan…alhamdulillah, kajian saya menjadi…tanpa blogwalking pun, PR alexa boleh naik…3 bulan lepas, PR blog saya berada di bawah dari 2 juta…skg dah naik menjadi 500k…
semuanya kerana idea yang original dan penjenamaan blog saya menjadi…ttg nuffnang, itu soal kedua…yg penting, blog kita ada jenama tersendiri yg tak ada pd blog org lain…
btw, saya baru nak berjinak2 dgn blog kak kujie….selamat berkenalan…
p/s : insy. akan bertukar ke kakimotong.com satu hari nanti…reader dah ramai….hu hu
1. Orang muda nak sort cut cepat kaya heee…apa nak buat dunia baru memang macam tu. Cuma hukum Allah dah tetap cepat dapat cepat hilangnya.
2. Selalu juga dapat email n twitter minta bantuan tapi bila diajar mereka tak nak ikut sebab katanya lambat …ada ke cara cepat?? ..mula lah ada rasa malas nak layan…
3. Saya lebih suka explore yg baru rasa puas.
Cara seseorang yang menyampaikan sesuatu yang berbeza
orang muda – itulah caranya
kalau kak jie yg tulis mcm gitu – kena hentam lagi teruk 😆
leceh tuh yang menjadikan kita lemah
tak lah hangat mana pun
kadang2 perlu juga kita buka mata tentang sesuatu isu
setuju atau tidak – itu no 2
kita jadi diri kita – ikut rule yg sepatutnya
memang agak bengang kalau kita dah ajar penuh semangat dia putus asa pulak.. penah juga kena dengan saya.. itu yang membuatkan blogger lama dikatakan sombong.. padahal sebenarnya tak sanggup menerima lagi seksaan menahan kemarahan.. lebih baik diam dari derita..
*samalah jugak pasal pengiklanan tu.. tak mau komen panjang sebab saya sendiri hanya pakai adsense jer..
Macam Kak Jie cakap – bertrus terang boleh
tetapi blog bukan medium yang bagus untuk menulis isu yang perlu dibincangkan secara matang
kebanyakkan komen kelaut…………
Kita baca TOC, kalau tak berkenan dgn kehendak kita
tak payah terima –
orang yg cakap ‘leceh’ dgn ilmu
susah nak dpt kefahaman…
Pedulikan saja kujie..yang penting kita buat apa yang kita rasa tepat untuk diri kita… Melihat kepada senario yang berlaku pada masa sekarang ni..semua nak dapat buffered earning dengan cepat, nak duit mudah tanpa memperdulikan isi kandungan dalam blog mereka…Maka jadikan sindrom sebiji kek 5000 orang… In other words, Be You… 🙂
hehehe, nampaknya sikap ‘nak kaya cepat/ekspress’ pun ada jugak dalam dunia iklan online ni..typical ya
diorang nak semua mudah..tekan2 je dapat hasil…kalau nak ada, tapi kene bayar mahal lah..mahal nanti bunyi pulak mahal…aduss..susah paham org macam ni n biarkan aje..biar mereka belajar sendiri jika nak..
kak jie dapat kek? ..naaakkkk….!!puasa dah dekat ni…he…hi..
Mengikut trend ni dah jadi macam penyakit berjangkit, bukan dalam dunia blogging jer, dalam banyak lagi bidang di luar sana pun sama. 🙂
mama dengan ayat tersirat,tak pernah terpisah 😆
Rilek je sebenarnya..
ala kadang2 ia tak besar mana. cuma ditambah minyak tu yg makin hebat.. masing2 punya pendapat.. jgn sampai berperang sudahlah
setiap orang ada sikap yang berlainan .. klau nak berjaya kenalah berusaha .. klau dia kata leceh , tak taulah nak kata apa .. hehe 😆
Salak kak jie… buat lah yg terbaik..asal jangan menyakitkan hati orang lain, itu yg penting bagi saya….eeerrrmmmmm..
Dear Kujie,
This is good topic. Your decision to move advertiser is a wise one. Be the early birds, then you are able to reap good margin and all your effort are paid for.
It is good to be the leader then bing a follower…
hum…xtau kebenda pun psl nuff.ada duit ka,xdak duit ka,yg penting nk juga tulis blog.sbb nk hilangkan tekanan duduk sorang2 kt negara ni.huhuhu!
wahaa…. ada certain orang blogging semata2 nak duit.. ada certain orang blogging untuk sharing idea, ada certain orang blogging suka2…
lain orang lain cara… hehe tapi kebanyakkan orang buat blog nak duit… heheh macam silap jeh~ sepatutnya duit tuh side income dari blogging.
sebab tuh r aq pentingkan entry, tanpa entry yang baik, sebab aq nampak pokok pangkal semua perkara ialah entry, hehe tanpa entry, takde traffic, takde traffic, takde duit.. ngeh3…
psssst.. kak jie.. Dah lame x lepak GB, kengkadang jeh~ ntah nape… feeling gengbloggerian dah kureng2… T.T lepak kat thread wat kacau pun xde orang dah~ dulu nombor11 ade, fiq ade, ramai gile r, tapi sekarang klau dok merapu kat thread, memang merapu sensorang jeh~ sangat x besh!
dan tu la antara sebab nazrien.com terhenti seketika.. kesibukkan + tak tau nak tulis pasal apa dah.. hohoho
yes, kalau nak prasangka pun, diam sorang2 sudeyhhh. tak payah siram minyak. tak baik wo.
saya memang takde akaun GB, sebab takde FB, so tak boleh nak kata apa
dok senyap2
racist, nuffnang?
kalau dah rasa gitu, pilih yang lain kan…
hurmm.. perasan jugak Gb tak semeriah awal-awal dulu. Tapi dri GB jugak saya kenal kebanyakan blogger macam kak kujie dan lain-lain. =)
Kak, Hadiah dah sampai, terima kasih =). Buku menarik, separuh suda habis di baca =)
GB dah terlampau ramai rasanya skrg nih.. sumi pun sekadar masuk dan ping entry saja.. GB dah tak semeriah awal2 dulu..
Yep… aku setuju!, GB mmg dh ilang seri…
hehe. GB da comel skang. tp mcm kalo ping dpt 2hits dr beloger len kira oke la kot. skang da xde.
tang forum… hehe. da jarang kot. komitmen tmpt len.
lg pun kat GB sapa pki opera yg baru… da xleh login. cam pelik skit.
nnti repot kong!
bab racist… hoho. racist tue mmg ade dalam diri sapa2. barang xleh nk elak. samaada sembur secara terbuka atau tertutup. racist mmg xsalah! haha 👿
blogging adalah pilihan sendiri.
blogging untuk meluahkan rasa hati.
blogging adalah untuk menyerikan kehidupan sehari-hari.
blogging adalah tempat berkawan dan mengenal serba sedikit peribadi.
blogging sebab duit, entahlah. dapat duit je lah yang lain mungkin hilang ‘kelaut’ 😆
sekadar membantu untuk memperbetulkan tanggapan masyarakat terhadap cara dia komplen sebelum ni adalah salah. Cara yang kedua adalah cara saya. Dia mintak pendapat. Dari awal saya dah pangkah cara dia semenjah cite tu kecoh. Mencari point2 kembali untuk menjawab persoalan sendiri.
Adat bertanding menang dan kalah. Tapi sekiranya peraturan sudah dimanipulasi, jadi… bertanding secara adil mcm mana pun, tetap tak boleh menang. Peraturan itu adalah punca kelemahan perkara ni terjadi.
Bukan menegakkan benang yg bsah. Jauh sekali membela yang bersalah. Motif saya mendidik dia supaya berhemah bila berkomplen. Sebab saya dulu jugak kakikomplen. Hehe
*send via mobile*
Salam ^_^ Lama tak masuk blog ni. Sedikit sibuk. Mengenai blogger yang ‘leceh’, saya takut ramai yang jadi blogger sebab trend dan mencari isu hangat konon nak join sekali topik semasa. Kadang-kadang bosan baca benda yang sama. Jadilah blogger tersendiri.
akak..mana2 pegi pun ade je isu x puas hati…..bak kate akak, kalo selesa setiala kan..kalo dh rase x ok, boleh angkat kaki… 🙂 bg atie, pape pun pkir +ve je la….tu lebih memadai kan….
oh kek..
rasa lapar pulak pagi2 ni kak jie
Hmm… pasal iklan ni memang Tie tak boleh nak komen. Sebab tiada pengalaman pun
Tapi, pasal komen yang tak terkawal tu, Tie tak kisah sebenarnya asalkan ianya tak melampau. Komen yang tiada kena mengena dengan entri pun Tie boleh terima, kerana tak semua orang faham apa yang kita maksudkan.
Tie sendiri kekadang blur bila nak komen, jadi kena tengok komen2 dari orang lain dulu. Dan kekadang tinggalkan komen yang tak berkaitan sebagai tanda meninggalkan jejak, dan kunjungan balas (sebab Tie ada banyak masa terluang)
sangat setuju dengan kakjie, sekarang ramai yang berblog untuk duit dan yang pastinya pilih advertiser mengikut kehendak kita bukan kita mengikut seperti lalang yang hanya mengikut arah angin yang bertiup
hmm…pasal isu nuffnang racist tu memang hot…saya ambil tindakan tunggu dan lihat je…tapi pilihan di tangan kita kan? tepuk dada tanya hati masing2…
pasal GB tu memang dah hilang seri…banyak topik kat forum ntah apa2…
saya sokong kata kak ina 100%
sokonglah 110%..tak nak keluarlah secara baik-baik
salam kakJie, kita pun selalu membaca blog ttg nak upkan trafik, nk bangunkan nuff tido la… kita pasang je kat blog, org baca tak baca blakang kira, yg penting kita sukaaa menaip kat blog. hehe…
pokonya… tepuk dada tanya selera kan?
Betul tu kak kujie. Sehingga kini, tunang saya mendidik saya agar berblogging dengan menulis dengan cara yang sopan dan berhemah. Pilihan tu atas masing2 lah. Tapi, bila berlaku isu macam ni, saya jadi terkilan. But nevermind, keep on writing. 😀 Blogging itu satu perkongsian walau apa pun. 😀
Pagi kak Jie….
pagi2 sumeer topik hangat….
apa2 pun… tepuk dada tanya selera..rasa x moh..boleh cr yg lain.. kan?? hehehe
x kisha la kak jie pakai apa pun.. yg penting ke ikhlasan berblog…
GB dah hilang seri..xtau knp jd cmni
betol sesangat tu, sokong entry ni….skng byk blogger tulis benda merapu for the sake of money, sanggup kutuk mengutuk…
tepuk dada,tanya selera…bagi saya apapun yang dibuat ataupun pilihan yang diambil, “Humility in Oneself, Respect for Others. Pilihan masing-masing dan terimalah ia seadanya…
*Mana-mana pengiklan yang kita serasi, bertahanlah. Kalau menghidu sesuatu yang tak sealiran dengan pemikiran dan kehendak, beralih arah.*
saya setuju sebab semua pilihan adalah di tangan kita sendiri. kita yang menentukan apa yng kita nak dan apa yang kita dapat..