Sambung lagi entri #throwback. Sebelum tu kena baca dulu entri sebelumnya
- Dari Pantai Sri Tujuh Ke Pengkalan Kubur Bersampan Ke Tak Bai Narathiwat
- Pengantin Silent Reader Di PCB
Selesai majlis kenduri kahwin pembaca senyap blog saya di Kampung Badang, PCB, kami ambil peluang melawat keluarga rakan serumah dan seuniversiti Along di Pengkalan Chepa. Dekat saja ikut jalan tepi lapangan terbang. Kami libatkan anak-anak dalam semua rancangan percutian. Ada bahagian makpak, ada bahagian anak-anak.
Selepas luangkan masa lebih sejam , kami teruskan perjalanan untuk balik ke Hulu Terengganu melalui jalan pantai. Masa pergi ke Tumpat kami ikut Setiu, Guntung, Besut, Jertih, Peringat, Kubang Kerian , Wakaf Baharu.
Perjalanan balik nak ikut jalan lain pula, lalu tepi Pantai Irama, Pantai Bisikan Bayu, Melawi, Tok Bali dan ke Kuala Besut. Sampai kat kawasan Kampung Balai, Bachok ternampak dari jauh patung buddha berdiri tinggi. Sebagai pelancong sebagai orang yang ingin tahu kami ambil keputusan untuk memasuki kawasan tersebut.
Kawasan memasuki tersebut. Populasi penduduk Kampung Balai adalah berketurunan Thai dan Cina dan bercakap dalam bahasa Kelantan Hokkien (Min Nan). Mereka juga sangat fasih bercakap Bahasa Melayu. kebanyakannya adalah penganut Buddha dan mengamalkan amalan tradisional Cina. ( rujukan wikipedia) Wat Phothikyan Phut Thak Tham bermaksud Wat Dua Naga ( Twin Dragon Temple ). Kawasan ini dipagari dengan patung naga sepanjang 598 meter. Mengikut catatan pada papan tanda untuk pelancong, Wat Dua Naga dibangunkan semula oleh sekumpulan sami pada tahun 1993. Wat ini mengandungi bangunan mandi wap sebagai satu cara perubatan tradisional dan bangunan lord tempat upacara ‘masuk sami’. Di dalam bangunan ini terdapat imej buddha yang diperbuat daripada tembaga bersadur emas.
Masa kami berada disekitar tempat ini, datang seorang penduduk atau mungkin pihak yang bertugas menjaga wat menegur dan bersembang dalam bahasa melayu yang sangat fasih. Beliau menerangkan beberapa maklumat mengenai patung ini. Bertanya kami datang dari mana dan di akhir perbualan sebelum bergerak beliau berpesan…hati-hati memandu, kalau penat, berhentilah rehat dulu.
Manis bukan…..! Patung Buddha yang diperbuat daripada simen setinggi 108 kaki. Penerangan daripada penduduk tadi, patung ini membawa maksud penganutnya tidak memakan daging. Dari Wat Phothikyan Phut Thak Tham, kami teruskan perjalanan dan singgah di Pantai Irama. Memang sengaja kami memilih untuk balik melalui jalan pantai supaya dapat berhenti dimana-mana saja lokasi menarik. Memang itulah gaya percutian kami sejak dulu. Tak tetapkan target, teruskan perjalanan dan berhenti saja di mana yang sesuai. Sebab itu dalam bonet kereta sentiasa ada tikar lipat. Petang yang indah di Pantai Irama dan tengok beberapa penduduk sedang menaikan wau mereka. Terpesona melihat lentuk wau yang terapung di udara. Teruskan perjalanan balik ke Tasik Kenyir melalui Kuala Besut , terus ke Jertih dan singgah di Jabi makan satay Lanang. Satay Lanang Jabi, Jerteh ni sangat popular, jadi masukkan lokasi ini di dalam peta perlancongan apabila ke pantai timur.
besarnya patung..tapi lagi besar patung kat batu caves
Gambar cermin mata hitam tu memang cantik dan mempersonakan
Teringin nya nak ke pantai irama
perhh…sy oghe sokmo g bachok pn x rajin sapa…
Salam Kak Jie,
Percutian keluarga yg paling menyeronokkan. Bila lah agaknya boleh sampai ke sana…
cukup menarik..percutian yang tak rumit dan yang pasti memberi kesan libur kepada anak-anak.
wah..jie pun xpernah mak kat patung tu.. tapi gaya bercuti kak kujie mmg menarik..byk tmpt2 mnarik yg kak pergi..
dulu,masa family duk kelantan,pernah termasuk Wat Phontivihan. Yang ada sleeping buddha tu. lagikk besauu. tak tau pulak ada yang terbaru dan terbesorr. dah lama tinggal Kelantan..:)
saya balik rantau panjang lalu grik..rugi pulak tak ambil kesempatan jalan-jalan di pantai..
banyak juga tempat menarik di kelantan untuk dilawati yea..
bersorrrnyer patung naga & patung budha
Menariknya ….sambil merapatkan silaturrahim dan bercuti ….. dapat re-energize…
besarnya patung buddha dia …
bestnyer bercuti kak jie
Teringat sewaktu kecil dahulu. Arwah bapa saya akan buat trip outstation ketika musim cuti sekolah. Dapat peluang melihat tempat orang dengan menjelajah Semenanjung.
Kalau pergi Pantai Timur memang lebih suka ikut jalan pantai macam-macam boleh tengok
Memang besar patung tu. Dari jauh dah nampak. Tapi saya tak pernah masuk pun kat situ
Assalamualaikum,
Kak jie, saya ore kelantan pun tak pernah sampai di wat ni.
Tiap kali balik kg banyak habiskan masa dengan keluarga dan tak jenjalan negeri sendiri, itu pasalnya.
Lepas ni bolehlah jenjalan macam ni dengan anak2 buah pula