Cara Mendaftar Sebagai Ahli KWSP
Pengetahuan Am

Cara Mendaftar Sebagai Ahli KWSP

Bila mendaftar sebagai Ahli KWSP? Saya tak ingat secara tepat, mungkin tahun 1988. Lama dah dan saya pun lupa macam mana cara mendaftar sebagai ahli.

Rasanya kena isi borang yang disediakan di tempat kerja.

Hari ini saya temankan Angah ke KWSP untuk mendaftar sebagai ahli. Dia dah kerja sekarang sebagai cashier sementara cuti semester sampai bulan September.

daftar ahli kwsp

Tak sampai 5 minit pun proses mendaftar ini selesai.

Bawa kad pengenalan yang cipnya tidak rosak ( boleh dibaca ). Ambil nombor dan tunggu angka giliran di panggil. Kalau cip Kad Pengenalan boleh dibaca, tak perlu isi borang. Kakitangan KWSP scan Kad Pengenalan dan disahkan dengan imbasan ibu jari. Kalau tak ada masalah, sekejap saja dah selesai.

Mengikut maklmuat di laman web KWSP, anda boleh menjadi ahli melalui kaedah-kaedah berikut:

Mendaftar Secara Automatik

Anda akan didaftarkan sebagai ahli KWSP secara automatik apabila KWSP menerima caruman pertama daripada majikan anda. Pendaftaran ini dibuat berdasarkan kepada nama dan nombor kad pengenalan anda yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 6 (Borang A). Pendaftaran adalah sempurna setelah KWSP mendapat pengesahan maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Pendaftaran Melalui Kaunter/Mel

Anda atau majikan anda boleh mengemukakan Borang KWSP 3 melalui kaunter atau mel untuk didaftarkan sebagai ahli KWSP. Anda perlu memastikan semua maklumat peribadi yang dinyatakan di dalam Borang KWSP 3 berkenaan adalah lengkap dan betul serta cap ibu jari yang diturunkan adalah jelas.

Nampaknya tadi kami menggunakan kaedah yang belum dinyatakan di laman web.

 

Nota : KWSP  nak buka cawangan di Rawang One berdekatan Hospital KPJ Rawang.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Cara Mendaftar Sebagai Ahli KWSP

  1. KWSP memang penting untuk masa depan, dan informasi ini adalah langkah pertama yang perlu dilakukan. Tak gitu 🙂

  2. Saya baru je bercerai dgn KWSP 2 tahun lepas.Sape2 yg ada duit berkepok dalam KWSP bole lah buat pelaburan amanah saham utk akaun 1 KWSP.berbaloi2

  3. Kalau ada majikan kwsp ni memang otomatik kena register. Tapi untuk mereka yang buat perniagaan sendiri kena beringat untuk melabur dalam kwsp… Salah satu cara nak kawal perbelanjaan dan simpanan hari tua inshaallah…

    1. Apa maksud berjinak jinak? Kak jie mmg ada akaun lebih 20thn… pernah beli rumah guna caruman kwsp dan pernah keluarkan akaun 2 utk selesaikan baki pinjaman… tu kira jinak ke liar… hihi

    1. Dah pasang papan tanda lot premis tp belum buka… kalau dr trafik light tepi mydin tu dah boleh nampak… nnt senanglah nak berurusan. Nak pi kwsp kat Selayang tu nak parking kereta pun payah

Comments are closed.