Akhirnya …
Selepas memandu lebih kurang 510 kilometer dan tidur 2 malam di Kuantan, tepat jam 5.30 kami selamat tiba di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir .
Menunggu suami keluar menjemput dari kawasan kerja di Empangan Hidrolektik Hulu Terengganu, lebih kurang 30km dari sini.
Tak pasti berapa lama akan di sini dan sedang merancang melintas sempadan negara sempena cuti Hari Keputeraan DYMM 2hb Jun nanti.
Kalau talian internet memuaskan, bolehlah update gambar. Kalau semput-semput tak cukup nafas tu .. faham sajalah.
Posted with WordPress for BlackBerry.
saya pernah dulu masa zaman u…berkayak dari start jeti melalui pulau herba dan pergi pulau ape entah yang ade absailing tu bermalam 3 malam situ haha
bersama suami tersayang spjg masa buat masa skg 🙂
Alhamdulillah. Moga pengalaman bercuti di Terengganu cukup indah buat Kak Jie sefamili 😀
Selamat menikmati panorama yang ada di sana, selalu share pemandangan nan indahnya..
Indahnya pemandangan di sana. 🙂
Ini pengalaman pertama Kak Jie bercuti bersama suami sewaktu cuti musim sekolah anak-anak dan semasa suami menjalankan tugas, kan? Semoga cuti kali ini menjadi cuti yang terindah buat Kak Jie sekeluarga.
Semoga kami juga akan ada waktu terluang untuk bercuti seperti Kak Jie.. hehehe
saya mmg asal trg, tapi tak pernah sampai ke tasik kenyir. ha ha
Jauhnya berjalan kak ujie… Tak sabar tengok gambar menarik dari tasik kenyir..
selamat bercuti. seronoknya intan angkat kedua tangan ke atas.
happy holiday kak jie =)
Seronoknyer k.kujie.. apapun jaga diri ye.. nok makang kepok lekor gok….
Misi memandu tanpa back up driver berjaya..tahniah…
Alhamdulillah dah sampai Akak kita nih..happy holiday Kak Jie..
Jauh Kak Jie dan anak beranak bercuti?
Assalamualaikum,
Selamat bercuti kak Jie…
Selamat bercuti 😀
sy pernah sampai tasik kenyir sekali je..tu pun masa ada sedara yang kerja ukur hutan kat sana..sempat jugak la layan memancing ikan + tidur atas bot kat sana..
nampak macam kak jie nak pusing semenanjung je cuti sekolah ni..hehehe..mane tau peh lintas sempadan, singgah Kedah lak jenguk anak bujang sebelum balik ke rumah..
Nampaknya kak jie dah dapat idea…lalu terus ikut grik…terus ke kedah tengok angah 😀
biasa nampak je signboard tasik kenyir tuuu bila lalu LPT..kalau ada rezeki kemudian mungkin bolehlah singgah 😉
dah sampai.. mesti besh gi jalan-jalan.. alahai siannya diri ini.. kena kejer..arghhh..
cuti-cuti malaysia lagi..tengah cuti kan skrg ni..huhu
pakai blackberry jer update?dasyat muh..huhu
Teringat pulak masa saya pergi Tasik Kenyir pada awal 90an dulu. Masa tu belum ada jalan tar dan penginapan yang ada ialah Rumah Tumpangan Ah Tong (rumah rakit). Masa dekat nak sampai tu siap kena berhenti kereta sekejap, sebab gajah nak melintas.
Oh how times have changed.
belum berkesempatan lg nak ke sana..kalau dpt org ganu bolehlah ajak selalu 😀
cuti cuti malaysia??