Curious Cat – Si Pengkritik Comel Kesayangan
Advertorial

Curious Cat – Si Pengkritik Comel Kesayangan

Atas sebab persekitaran rumah sekarang yang terhad, kebanyakkan kucing dipelihara di dalam rumah ( indoor ).   Keadaan ini  membuatkan si manja  tersebut lebih mengenali  isi rumah lebih terperinci di setiap ceruk yang mungkin tuannya sendiri terlepas pandang.

Si Curious Cat yang ditinggalkan seharian mempunyai cukup masa untuk menjelajah seluruh ruang dengan bebas. Kucing secara semulajadinya memang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.  Ketelitian dan tahap kepekaan pada ruang rumah terutamanya ruang lantai yang  menjadi medan paling disukainya.

 

 

Sebagai haiwan yang suka bersosial, Si Curious Cat pasti  bergerak  aktif sepanjang masa di dalam rumah, saling berkejaran, mengendap, menguis , menerkam, bercakaran , menggigit dan tentu saja menjadi pemerhati yang cekap.

Agak-agaknya, apalah komen si comel ini mengenai rumah kita ?

Comelkan dia…. siap ada vblog lagi.

Kekemasan dan susun atur ruang di dalam rumah kadang² boleh merangsang si comel untuk lebih bergerak aktif dengan selesa.  Juntaian hujung langsir yang bergoyang pun cukup untuk menarik minat kucing untuk bertindakbalas.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Curious Cat – Si Pengkritik Comel Kesayangan

  1. kitorang adik-beradik suka kucing tapi mak paling tak suka, dihambatnya dengan penyapu ada.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Balik KampungMy Profile

  2. tak dapat nak komitmen jaga kucing ni..tambahan pulak dengan kucing kucing liar kat luar rumah selalu singgah..kalo peram kucing dalam rumah je, sian pulak..

    sekarang ni cuma berkongsi rezeki je ngan kucing kucing yang datang singgah kat rumah ni dengan letakkan makanan dan minuman..

  3. wahhhh…gebunya.

    kucing saya suka menyorok bawah sofa. kalau family panggil dia tak datang, kena saya panggil sendiri

Comments are closed.