Ini entri sambungan cuti-cuti naik Komuter KTM ke Seremban Selasa lepas. Selepas menjamu selera dengan menu masak lemak cili api Negeri Sembilan , Kak Long bawa kami ke Port Dickson. Port Dickson yang sangat terkenal dengan pantai peranginan dan bandar tentera darat. Terdapat sembilan pusat latihan dan lima pasukan, yang menempatkan sejumlah 10,439 pegawai dan anggota tentera ( (statistik sehingga 1 Mac 2012) di kawasan Port Dickson.
Bandar Port Dickson mendapat nama daripada seorang pegawai tinggi British, Sir John Frederick Dickson, yang begitu sinonim dengan ketenteraan sejak tertubuhnya kompeni perintis Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Mac, 1933.
Destinasi kami adalah untuk melawat Muzium Angkatan Tentera Darat yang terletak di Batu 4, berdekatan dengan Pusat Latihan Asas Tentera Darat(PUSASDA). Senang saja nak pergi, kita akan jumpa muzium ini selepas keluar dari lebuhraya Seremban ke Teluk Kemang.
Keistimewaan muzium ini adalah kerana ianya difokukan kepada segala yang berkaitan dengan tentera darat. Banyak maklumat boleh diperolehi dan yang paling menyentuh hati ialah kisah lampau perwira negara yang terkorban ketika bertempur dengan komunis
MuziumTentera Darat Port Dickson dibangunkan di dua buah depot lama Tentera Darat dan mempunyai sembilan ruang pameran bermula dari era zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke hari ini. Muzium ini merupakan muzium tentera yang terbesar di Malaysia.
Caribou yang dipamerkan di sebelah Auditorium Muzium Tentera Darat yang baru siap dibina.
Intan dan Wani ditemai bodyguard comel – Aiman
Kawasan muzium ini dipenuhi dengan berbagai jenis kenderaan tentera, termasuk kapal terbang, kereta kebal dan senjata artileri yang menjadi bukti kepada perjuangan dan pencapaian sejarah perang di Malaysia.
Tak banyak gambar dari ruang pameran muzium yang dapat saya kongsi kerana kawasan tersebut dilarang menggunakan ‘flash’ kamera. Suasana suram dan kelam di dalam muzium tak menghasilkan gambar yang jelas. Jadi………. kenalah pergi sendiri untuk melihat begitu banyak bahan artifak sejarah.
Masuk adalah percuma. Muzium dibuka setiap hari Rabu hingga Sabtu . Tapi musim cuti sekolah ini ,saya pergi hari Selasa pun muzium dibuka.
Waktu lawatan dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Ini adalah Pillbox M118 yang ditemui di tepi Sungai Langat pada tahun 1992 oleh pihak Institut Kemahiran Belia Negara Dusun Tua.
Ada satu terowong yang di panggil Terowong Komunis Malaya ( PKM ) sepanjang 142 meter dibina bermula dari Blok B Muzium Tentera Darat. Jangan lupa untuk masuk ke dalamnya kerana perjalanan melalui terowong ini tentu memberi satu pengalaman perit dan getirnya anggota tentera kita menangani ancaman PKM.
Terdapat artifak asal dan panel grafik untuk membantu pelawat menyelemai dengan lebih mendalam sejarah perjuangan menentang KPM. Contoh seperti bilik rawatan yang terdapat di dalam terowong , bilik mesyuarat dan bilik tidur pihak komunis.
Pada 29 September 2009, Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat sebagai tanda pengiktirafan jasa Tentera Darat yang banyak melahirkan rekrut baru di Port Dickson.
Sebenarnya rasa tak cukup masa sewaktu mengelilingi kawasan muzium . Rasa teringin untuk kembali lagi… bersama suami dan anak-anak. Menambah bilangan muzium yang pernah kami jejaki.
Sewaktu dalam perjalanan keluar dari Muzium, kami melalui padang kawat PUSASDA (Pusat Latihan Asas Tentera Darat) dan terdengar bunyi riuh pancaragam. Rupa-rupanya ada latihan perbarisan tamat latihan. Encik yang bertugas tak benarkan Intan bawa kamera jadi ini gambar dari telefon. Saya intai sikit untuk catatan kenangan.
Pertama kali nampak pasukan beruniform dengan derap bunyi kasut yang seiring dan senada.
Terimakasih Kak LOng dan Aiman yang mengiringi kami sepanjang percutian dan lawatan ini.
©kujie – Sesiapa yang mempunyai info dan maklumat lain mengenai Muzium Tentera Darat ini bolehlah dikongsi diruangan komen . Terimakasih
muzium tentera darat ni belum lagi melawat lagi rasanya..
Jom terjah post menarik dari guliroket ..11 perkara Ajaib yang selalu berlaku dalam Hari Sukan Sekolah.
Kalau anda semua nak tahu , muzium tentera darat ada terowong dan banyak lagi . Wowww! Bestnya
Bercuti je keje kak kujie ni ye. Maklumlah kaya kan. Hehe
Jom terjah post menarik dari Aiman Aziz ..Blogger ‘Famous’ tidak reti bercakap?
kaya? alhamdulillah
kos percutian ni tiket komuter tak sampai RM 50 untuk 3 orang, itu sahaja.
sampai saat ini sisa peninggalannya masih ada ya.. bisa menjadi bahan edukasi untuk generasi sekarang maupun mendatang
Jom terjah post menarik dari Jefri ..Manfaat Minum Air Putih Hangat Bagi Kesehatan Tubuh
teringat masa masuk muzium ni kat pd…
Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi ..Sejarah Ringkas Fahaman Syiah
belum pernah melawat kawasan ini.
masa kecil dulu saya tinggal di pga ulu kinta. komunis masih banyak. blok rumah pangsa betul2 di belakang hutan dan bukit.
memang waktu itu pasukan polis hutan yang baru menjalani latihan di situ. merasalah pengalaman melihat mereka berkawat. melakukan latihan tembakan.
Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Victoria Soto Seorang Wirawati
Banyak kali pergi PD…napa tak tau ada tempat ni…pelik….
Jom terjah post menarik dari Norizwan ..Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -5
PM tak pernah pergi Muzium kat PD tuh lagi…padahal hometown Seremban jer…huhu
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Budak Umur 4 Tahun Mohon Bekerja…??
Wah menarik Muzium Tentera Darat ini. Sebelum ini saya sudah ke Muzium Negara dan Muzium Tentera Udara di Sungai Besi.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Coconut Shake Klebang Aku datang
maza pernah sampai museum ini.. cuma tak berkesempatan menyelusuri torowong itew..
next time kena terjah di kawasan itew.. hehehe
Jom terjah post menarik dari maza ..Bonus Akhir Tahun untuk kakitangan awam dan bantuan persekolahan RM100
Pergi port Dickson memang main air je, darat-darat tak singgah pun kecuali untuk makan.
Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Bajet perbelanjaan, perlu atau tidak?
dah lama tak ke PD
Jom terjah post menarik dari hairulafiz ..3 Blog Pilihan Terbaik
rajin betul berjalan-jelan nih..
Jom terjah post menarik dari titan ..Mencintai Ain Maisarah – Part 12
dh pegi last year,sebenarnya byk tpt menarik kat dlm negeri yg belum diterokai tp sibuk nak pegi negara orang(itu cakap pd diri sendiri)
Jom terjah post menarik dari irfa ..Sedulang Kasih Sayang
Rupanya kak jie minat juga dengan muzium muzium. Lorong rahsia PKM tu menarik.
tahun ni kak jie pergi
muzium warisan kuala lipis
muzium felda lurah belut
muzium bank kerapu, kota bharu
muzium kota kuala kedah
muzium negeri kedah
muzium padi
dan…muzium tentera darat.
19/12 nanti nak bercuti ke pantai timur, bercadang nak ke muzium sg lembing dan muzium sultan abu bakar, pekan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ajarkan Aku Menulis Tajuk Entri
Rasa seram ada hantu x bila masuk terowong tu, cuba tengok balik gambar yang dirakam dalam terowong mana tau ada gambar hantu sekali ke.hehe
Tak pernah melawat lagi kat terowong ni.harap satu hari nanti dapt jalan2 kat sana
Jom terjah post menarik dari Old Trafford ..Live Streaming Malaysia Vs Thailand 13 Disember 2012 AFF Suzuki Cup
Memang best kalau dapat melawat tempat-tempat yang mempunyai sejarah dalam negara kita ini.
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..PR1MA Daftar Secara Online
Terima kasih kak jie berkongsi cerita.
Bunyi derap kasut pasukan beruniform berkwad mmg memberikan satu perasaan yg tak tergambar. Semangat!
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Petua Kesihatan:Punca Kebas Tangan
banyak info pelancongan leh kutip dari blog kak jie ni..
Jom terjah post menarik dari pipoq ..Jangan jadi ketam
Tu yg seronoknya lepak2 kat sini. Macam2 info menarik boleh kita baca. Best!
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Petua Kesihatan:Punca Kebas Tangan
Membawa anak berjalan pada musim cuti dah menjadi budaya jadi pemilihan tempat melancong sangat penting yg boleh menambah ILMU .. muzium ini memang bagus menjadi salah satu lokasi tujuan.
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Blogger Jutawan Bukan Hanya Khayalan
Selalu singgah PD, tapi tak pernah lagi singgah sini..Nanti azim dah besar skit,ble terjah kot..
Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Trafik Seminggu Selepas Berpindah ke WordPress
Kalau tak salah saya dekat heli (kat luar tu) ada kereta perisai lama berlubang kena bom,tak tahu Kak Jie perasan ke tidak,sekali tgk tak nampak,kena pergi dekat.Pernah pergi tahun 2008.
Jom terjah post menarik dari azman ..Che Det -Anwar-Ah Jib Gor-TGNA
ada bergambar kat situ tapi dari sisi yang tak berapa cantik kalau letak kat sini. ambil gambar nampak muncung
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ajarkan Aku Menulis Tajuk Entri
perasaan bangga tengok para tentera kita berkawad…kita belum tentu larat nak berkawat sampai 2-3 jam bawah terik matahari…
Jom terjah post menarik dari Farid Adam ..Apa “Exit Strategy” Dalam Pelaburan Korang?
betul tu… lain rasanya bila dengar bunyi derap kasut tu..itu baru bunyi kasut
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kembara Komuter Seremban Bak Pelancong VIP
Saya selalu juga pergi tengok kawad bila seseorang tamat latihan askar , ada satu perasaan yang wujud pd waktu tu .. tk boleh di gambarkan .. kan kakjie ?
Jom terjah post menarik dari puanbee ..Day 1: Mandi manda laut dan kolam bergilir-gilir
Berbaloi dapat ke sana kan… Bukan setakat makan angin tapi dapat mengenali sejarah lampau negara kita…
Jom terjah post menarik dari Afifah Munirah ..Responsible Blogging 2013: Blogging Secara Berhemah