Yahoo! Live Messenger Akan Ditutup Mulai Esok
Isu Semasa

Yahoo! Live Messenger Akan Ditutup Mulai Esok

Awal pagi tadi mungkin ramai yang baru perasan antaramuka Yahoo Mail yang berubah.  Saya pun nampak perubahan tersebut bila buka pagi tadi dengan warna theme ungu.   Mungkin ramai yang tak perasan pada perubahan ini mungkin kerana lebih senang menyemak email melalui smartphone masing-masing.

Pandangan pertama, yang boleh dicakap – saya suka!   Saya menggunakan akaun Yahoo untuk kebanyakkan urusna online yang biasa dan menggunakan akaun Gmail untuk urusan yang lebih formal.

Yahoo Mail memperkenalkan rekabentuk dengan sokongan skrin sentuh yang semakin  popular sejak pengenalan Windows 8.  Nampak   lebih kemas dan mesra pengguna.

Default theme saya berwarna ungu, kalau nak tukar  klik icon ‘gear’ di sebelah penjuru kanan atas.

yahoo messenger icon

Bukan itu saja, menurut Tok Penghulu Rawang, Yahoo! Messenger Akan Mematikan Sokongan Live Messenger Dan Chat Room Pada 14 Disember

Yahoo! Messenger will no longer be interoperable with Microsoft Windows Live Messenger as of December 14, 2012. Microsoft buddies will still appear on your Messenger contact list, but they will be greyed out, and if you try to send instant messages to them, the messages will not be delivered.

Saya dah hampir setahun tidak  menggunakan perkhidmatan IM popular ini.

Waktu suami di Algeria, Video Chat YM adalah penghubung yang mendekatkan kami kerana perkhidmatan lain agak terbatas disebabkan kemudahan internet yang terhad.   Bagi mereka yang melalui fasa perhubungan jarak jauh,  YM memang satu perkhidmatan yang amat berguna selain dari Skype .

Terimakasih YM !

Selepas suami dah kembali ke Malaysia awal tahun 2012, YM tidak lagi berada di dalam komputer saya. Lepas format semula, saya malas nak install YM kerana memang tak guna pun.  Ada banyak saluran lain untuk berhubung.

Tak kenang budi langsung.

Saya masih ingat pada tahun 2003  sewaktu Microsoft pernah menutup MSN Chat di sebahagian besar Asia termasuk Malaysia kerana masalah dengan spam dan kebimbangan tentang pornografi kanak-kanak.  Masa tu, MSN sangat popular dan ramai yang sangat terkesan dengan penutupan ini.

 

©kujie – ada gaya aman tak? kami #teamrawang 🙂

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Yahoo! Live Messenger Akan Ditutup Mulai Esok

  1. jadi tidak terhubung lagi dengan layanan microsoft windows ya, saya baru mengetahui ini dari anda
    terima kasih infonya

  2. mirc, icq dan YM memang jadi hiasan hidup saat bujang dan awal perkahwinan. lama ke lamaan perasaan ingin berchatting hilang dgn sendiri. rasa bosan pula.

    skrg ini di FB pun saya disable kan ruang chatting

  3. YM memang nostalgia..waktu sebelum berkahwin dulu, sy di perak, isteri di sabah, maka YM la penghubung selain dari bergayut di telefon..hehehe

  4. Saya pun sydah jarang menggunakan YM. Apalagi Yahoo Live Messenger. Masih ada Facebook sebagai penggantinya. Pasti ada alasan Yahoo untuk menutup Live Messenger, walaupun penggunanya sudah banyak.

  5. kepada yg menggunakan tenet secara aktif sejak 97/98 hingga 2012 dan merupakan kaki kaki chat .. mesti akan dapat mengenang kembali saat gemilang ketika MIRC dan MSN chat tgh naik sekitar awal millenium – hingga 14 Oktober 2003 dan msn chat ditutup… diikuti group msn tak lama kemudian..

    kemudian Yahoo Chat mengambil alih kemasyuran tersebut hingaa 14 Dec 2012 walaupun pernah dilanda kontroversi kerana pronografi kanak kanak sehingga penutupan “user-created chat rooms” oleh yahoo..

    yang masih bertahan sekarang ialah mirc. tapi tak sepopular dahulu lagi.. rasa macam nak kembali ke zaman sebelum kawen… di mana kerap buat gathering sesama rakan rakan chat.. pehhhh… kenangan lama …

  6. dh lama x jenguk YM since dh byk alternatif lain berhubung dgn org tersyg yg jauh dmata hehe..tp nti nk g cek jgk la nk tgk 🙂

  7. alamak window 8 sudah mari.. huhuhu

    maza baru angkat laptop beberapa bulan sudah dgn applikasi window 7.. huhuhu.. apakah ini bermakna harus bertukar arah lagi? atau terus sahaja dgn window 7..

    dan sebenarnya apakah faedah2 yg boleh diperolehi dari window 8? hmmm…

  8. Oh maza juga sudah lama tidak menggunakannya..
    entah apa yg berlaku dgn IM itu pun maza tak ambil kisah.. hehehe

    Memang maza perasan dgn perubahan Yahoo! cuma tidak cakna sahaja.. hehehe

  9. Saya sudah mengetahui mengenai status YM. Pihat Yahoo juga mengikut langkah yan diambil oleh Microsoft. Nampak YM ini telah banyak memberikan kenangan manis kepada penggunanya.

    1. Teringatkan zaman IRC chatting dengan rakan ‘ehem’ ketika zaman bujang bertugas di Sarawak. Jadi anak perantauan jauh dari orang tua.:-)

    1. Kawan saya ahli perniagaan mengunakan YM untuk menghubungi Pengilang diluar negara untuk khidmat nasihat teknikal dan urusan perniagaan.

Comments are closed.