Tanah Runtuh Laluan Ke Genting Highlands
Percutian

Tanah Runtuh Laluan Ke Genting Highlands

Hari ini saya ke Bentong memenuhi jemputan bekas jiran saya yang buat majlis walimatul urus anak sulungnya. Saya memandu melalui Jalan Batang Kali -Genting. Banyaknya kenderaan yang menghala mendaki ke Genting. Musim cuti sekolah memang tempat seperti ini dikerumuni pelawat.

 

Melepasi Gohtong Jaya , saya memandu turun ke arah Genting Sempah. Tiba disuatu tempat, ternampak anggota polis membuat sekatan lencongan jalan. Hati dah tergerak, kemalangan atau tanah runtuh. Kenderaan bomba juga berada di lokasi. Lori tanah juga sedang bergerak di laluan yang ditutup dari lalulintas.

image

 

Memang betul ada kejadian tanah runtuh di laluan ke Genting Highlands. Bukan satu tetapi beberapa tempat. Ada 2 tempat tanah runtuh yang besar seperti ini dan beberapa lagi runtuhan lebih kecil sepanjang jalan tersebut. Kedua-dua lane laluan ke Genting telah ditutup kira-kira 1.5 kilometer. Kenderaan mulai bergerak perlahan di sebelah sana.

 

image

Rasa ngeri melihat runtuhan tersebut. Menurut berita kejadian tanah runtuh ini berlaku jam 8.30 malam semalam. Musim hujan ni, kejadian tanah runtuh kerap berlaku terutama di kawasan lereng bukit seperti itu. Teringat pula kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 20 orang terbunuh di jalan susur masuk ke Genting Highlands pada 3 Jun 1995.

Kalau boleh, elakkan ke tempat yang berisiko berlakunya tanah runtuh di musim hujan ini. Rancang bercuti ke tempat seperti itu dengan melihat keadaan cuaca. Sebenarnya pergi bercuti ke Genting masa cuti sekolah macam ni bukan seronok pun… ada beberapa sebab

  • Terpaksa beratur lama untuk menaiki setiap permainan
  • Cuaca kerap berubah. Banyak permainan outdoor game ditutup akibat cuaca. Rugi sebab bayar tiket yang mahal.

 

Tapi… kalau bukan masa cuti sekolah, bila masa pula nak pergi, kan? Cakap senanglah…… komennya.

Maksud saya bagi yang tak terikat dengan jadual sekolah anak-anak, rancanglah bercuti selain dari musim cuti sekolah. Bercuti di luar musim cuti sekolah, harga tempat penginapan pun lebih murah.

sent from my GT-i9300

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

16 thoughts on “Tanah Runtuh Laluan Ke Genting Highlands

  1. Memang pada saya, seeloknya pergi di luar waktu cuti sekolah jika boleh kecuali bila tiada pilihan. Ini kerana selain kurang orang, biasanya untuk hal penginapan dan sebagainya lebih murah kerana permintaan kurang, mereka lebih perlukan kita 😉
    Jom terjah post menarik dari baguznet ..Giveaway Hatiputera.comMy Profile

  2. hujan yang turun zaman sekarang nih terlalu lebat…jadi kemungkinan berlaku tanah runtuh di mana-mana kawasan lereng bukit adalah tinggi. Berhati-hatilah semasa memandu..

  3. Kalau kejadian tanah runtuh berlaku malam semalam, kenapa keesokan paginya ramai yg melalui jalan tu ya. Takde keluar kat berita TV atau radio ke? Agaknya tak melibatkan kematian beritanya tak disensasikan….
    Petang tadi pun ada wartawan Astro Awani call suami bertanyakan tentang tanah runtuh ni…. berhati2 kepada semua yg tinggal berdekatan cerun bukit…tak tinggi pun kena hati2 juga…perhatikan tanda2 akan berlaku tanah runtuh seperti ada pokok atau tiang elektrik dah condong, ada tanah atau batu dah gugur sikit2…
    Jom terjah post menarik dari kakza ..Jubah dan kurung moden AqeelaMy Profile

Comments are closed.