Sze Yeah Kong Rawang
Percutian

Sze Yeah Kong Rawang

Tak berapa nak sihat sebenarnya. Tak lah teruk sangat. Dedor ( the door ) aje kata orang.

gambar tahun baru cina

Hari Sabtu lepas, saya hadir event blogger di Carcosa Seri Negara dengan 2 anak sebagai peneman.  Kemudian melawat adik bongsu yang sarat menunggu hari di Jalan Klang Lama.  Lepas maghrib baru balik.

Gambar kami gunakan Sony Alpha5000 yang boleh flip skrin 180º untuk ambil gambar self-potrait.  Korang kena tengok spec kamera ni di sini http://bit.ly/1bHwIzo

Dah beberapa kali saya nak singgah di sini, tetapi selalunya berdua saja dengan Intan.  Kali ni ada anak lelaki, kami pun singgahlah sekejap.  Ambil gambar dua tiga keping.

Tokong Sze Yeah Kong, Rawang

Tokong Sze Yeah Kong , Rawang yang dibina pada tahun 1869. Lokasinya bersebelahan Rawang Walk dan Wisma Etonic ( Parkson Rawang )

 

penjaga tokong

Apek ni punya teruja tengok kami masuk kawasan yang biasanya orang Melayu takut nak masuk. Dia siap nak bergambar sekali  dan betul-betulkan “remos’ rambut dengan air liur.

 

tanglong

Intan berdiri kat belakang ni..dia cakap ” semua tu gambar Intan ambil, jangan lupa bagi kredit”

Dengan mama sendiri pun nak berkira. :p

Nota : Hujung minggu ada percutian keluarga…dah lama kami tak sekeluarga ( 5 orang ) bercuti bersama. Last tahun lepas waktu bercuti tengok LIMA2013 kat Langkawi.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

12 thoughts on “Sze Yeah Kong Rawang

    1. Ada seketul canon, tapi hangat2 taik ayam je nak guna tu
      sekali pakai hp je juga
      dia ada frame view yang org lain tak terfikir, itu je
      remaja usia 15 thn buang masa kat twitter dan facebook , dia menjelajah instagram tengok gambar orang lain

Comments are closed.