Selepas berita kenaikan kadar premium insuran kenderaan pada 15 Februari 2014 diumumkan , ajen insuran saya aka jiran setaman hantar pesanan pemberitahuan tentang tarikh tamat cukai jalan ( roadtax) dan insuran . Tiap tahun pun sebelum tarikh mati, dapat sms peringatan.
Memandangkan roadtax dan insuran saya akan mati pada 3/3/2014, saya ambil keputusan untuk hidupkan lebih awal sebelum tarikh rasmi kenaikan kadar insuran kereta.
Ada yang bertanya, tak rugi ke hidupkan roadtax lebih awal? Maksudnya baki hari yang belum mati tu bila dihidupkan akan berubah tarikh lebih awal.
Saya bukan pandai bab ni, tiap tahun cuma sediakan duit mencukupi dan pergi ke pejabat ajen insuran. Petang bila dia balik kerja, dia singgah hantar roadtax dan insuran ke depan pintu rumah.
Saya tanya ajen insuran, dia kata, roadtax dan insuran boleh dihidupkan dalam tempuh 60 hari sebelum tarikh tamat.
Tak rugi ke hidupkan awal?
Tarikh yang tercetak pada roadtax kita adalah sambungan daripada tarikh luput.
Contoh : Roadtax saya mati 03/03/2014 dan saya hidupkan pada 08/02/2014. Roadtax terbaru saya tarikh tamat adalah 03/03/2015. Tarikhnya bermula selepas roadtax lama mati walaupun kita hidupkan lebih awal.
Jelas kot apa yang saya terangkan. Kalau ada keraguan yang lebih komplek, bolehlah tanya ajen insuran masing-masing. Ini bukan entri pakar insuran bertauliah, cuma berkongsi pengalaman.
Nota : 03-03-2014 ini genaplah 3 tahun bersama FairLady saya , ada berbaki 2 tahun hutang dengan bank.
sama ler dengan saya dah renew roadtax lebih awal…….
aduhh..roadtax tak g baru lagi ni;…
Baiklah. 🙂
Bagus gak bayar awal menda ni..nanti tak kalut sangat..hehe
baru tahu.. jarang guna kereta. sebab selalu guna public transport.. :/
sy pun tau gak pasal ni tu pun kwn2 yg cerita.tp sy belum pernah wat lg n tak perna lg tanya wakil insurans sy…ermm sy rasa tahun ni nak try la renew awl.
tak rugi pun, tarikh mati masih lagi ikut insuran yang lama
tak rugi rsnya kak jie ….daripada terlupa bayar sebab jarang naik kereta cam saya ….
🙂
tau 2 dah 2 bulan mati
wah best lah kak jie ada baki lagi 2 tahun nak habis bayar, saya ada lagi 4 tahun nak habis, terfikir juga rasanya untuk tahun nak nak cepatkan bayar hutang kereta
Kak Jie ambil loan 5 tahun, adalah baki 2 tahun lagi
tapi bayar lebihlah kalau nak dibandingkan dengan 7 atau 9 tahun.
Pakai Proton FL je tapi bayar macam Preve :p
Saya pun dah renew insurans untuk dua-dua kereta (Hummer dan Civic) sebelum 15 haribulan. Road tax tunggu dulu.
ha..betul betul tu… boleh saja renew insuran dan roadtax kemudian. Roadtax RM 70 je..kereta murah jadi buatlah sekali, kalau mahal kena tangguh juga ni. 🙂
okeh..kena check juga nih..
saya pula terlajak nak hidupkan roadtax dah kena 2 tahun tak boleh satu tahun dah. Nasib kena bayar lebih.
Saya tau naik bawa keta jer.. kih3
betol kak..mak saya pun buat macam akak…rugi katanya
Fuyoo.. Fairlady.. Nissan. Eh
Rasa tak rugi pun, konsep dia sama macam kita bayar duit kereta jugak, awal membayar, bunga pun sikit 🙂 , rajin membayar, dia promote natang lain. Natang bank ni. Huhu
FairLady Caffe Latte tuuu hahaha
saya pernah buat juga macam kak Jie. paling tak lupa bila road tax baru tu hilang masa tahun 2010 & dapat roadtax (salinan).