“ma … garam secukup rasa tu banyak mana”
” sebanyak pengalaman ”
Semalam Angah call tanya, garam secukup rasa tu banyak mana. Dia nak masak sambal telur. Resepi sambal telur keluarga kami lain sikit, resepi yang suami buatkan. Sepanjang usia perkahwinan, suami jarang jarang jarang masak dan kalau dia masak, dia buat sambal telur.
Ajaibnya… itulah yang anak-anak suka. Kalau dia minta sambal telur, dia cakap sambal telur yang macam abah buat.
Resepi Sambal Telur ni mudah saja
- Tumbuk bayang dan cili api. Masukkan ikan bilis atau udang kering. Kalau tak ada ikan bilis atau udang kering, boleh letak belacan sikit.
- Tumis bahan yang ditumbuk tadi. Bila sebut tumis tu mesti dengan minyak.
- Bila dah terbit bau, dah masuk bumbu kita tadi, masukkan air. Jangan banyak, 2-3 sudu pun dah cukup. Kalau sebati. Masukkan garam secukup rasa.
- Masukkan telur 2 biji, kacau pelan, jangan sampai telur hancur. Biar berketul-ketul sikit.
Anak-anak saya tak suka sambal telur atau sambal bilis yang gunakan cili kering ( sambal merah ). Dia suka sambal guna cili api.
Berbalik kepada garam secukup rasa, memang tak ada sukatan sesudu, sesenduk atau secawan. Sukatan secukup rasa itu datangnya daripada pengalaman. Dari pengalamanlah kita akan tahu sebanyak mana perlu letak garam berpandu kepada kandungan bahan yang sedang dimasak. Dari pengalaman jugalah kita tahu setiap jenis garam memerlukan kuantiti yang berbeza.
“minggu lepas Angah masak, kawan-kawan cakap tak cukup garam ”
“Kenalah rasa sebelum angkat, kalau tak cukup rasa, tambah garam”
“Angah tengok mama tak pernah rasa pun..terus je hidang”
“Itulah pengalaman… jari yang mencubit garam dah sepadan dengan rasa yang terhasil”
Nota : tak sabarnya nak tunggu hujung minggu!
Buat saya yang sama sekali tidak pandai masak, sangatlah susah menentukan ukuran banyaknya garam.
Masakan emak paling best!
Pelikkan?
Tetapi subhanAllah, ciptaan Allah.
Guna cili api mahu berair air mata dan berhingus.
Sambal trelur gitu mak Aina suka buat tapi guna cili kering. Nasi panas2 sedap kak. Garam secukup rasa tu tak ternilai kak, sama macam Angah Aina dulu2 masak mesti rasa 3-4 kali sekarang bila dah lama memasak campak je garam tutup api.
Hebatnya air tangan mak. setakat ni tak dapat lagi nak kasi rasa konsisten macam mak n mertua masak. Berpoluh denn
hahaha.. kak yang ini feveret saya dgn anak2 en hubby pulak krg gemar !
Best gak menu ni buat makan malam ni..hehe..leh suggetkan pada isteri ni..hehe
Betul tu kak. Kalau tengok orang yang berpengalaman masak main cuit2 je garam tu kan. Dah tau banyak mana nak letak.
Sambai guna cabai burung bary urmmph!
Nanti try sambal peten kakjie ni.. Vs mak saya pun sambai. Haha
Kalau yang pro tu main campak-campak je ramuan
samalah juga dgn eksperimen. dr pengalaman lah kita tahu cloning mcm mana yg menjadi…eh, dah melalut plak.sorry 😀
Assalamualaikum,
Terima kasih dengan resipi ni…nak cubalah. Macam menarik je 😉
saya suka ayat anda…sesedap garam secukup rasa..best
wah gituhh… bila org byk pengalaman mengajar…hehe..saya dulu pom pening pasal kes secukup rasa nih…
typo : ” orang tua lebih dulu makan garam”
Sebab tu ada pepatah mengatakan ” Orang tu makan garam” hehehehe…