Saya selamat tiba selepas 8 jam perjalanan dengan keretapi Senandung Langkawi Hatyai – Kl Sentral.
Alhamdulillah koc tempat tidur selesa dengan tilam dan bantal yang empuk walaupun mendapat katil di tingkat atas. Saya tempah tiket 3 minggu sebelum perjalanan dan semua katil tingkat bawah dah habis ditempah.
Sampai di rumah, jengok blog dengan beratus komen termasuk sebahagiannya di dalam ‘spam box’ . Terimakasih untuk kawan² yang tetap datang bertandang walau tuan rumah berjimba² cuti² Malaysia di utara tanahair.
Sekejap tadi baca blog Ondscene mengenai Lokomotif Senandung Langkawi Terbakar- 600 Penumpang Selamat. Alhamdulillah tren saya naiki tidak terlibat dalam sebarang kemalangan. Waktu kejadian, saya dalam perjalanan arah utara ke selatan dan tren ini dari selatan ke utara. Rasa lebih tenang kerana saya tidak membaca berita tersebut sebelum perjalanan, kalau tidak mesti tak tenang dan tidur lena.
Perlu rehat dan masukkan baju dalam mesin basuh!
©kujie – beg yang sarat itu – dua biji yang besar adalah kepunyaan Angah. Dia selamat mendaftar masuk Tingkatan 5 di MRSM Merbok. Kami balik bercuti di kampung, kemudian terus ke Merbok.
tu kemalangan, tak kita sangka
alhadulillah tren yg dinaiki selamat
yup…. naik keretapi lebih selamat
tapi kalau dah namanya kemalangan, bukan kita rancang
jalan kaki depan rumah pun kalau dah nak jadi, jadi juga
kena percaya Qada & Qadar
mesti cuba, kena masuk dlm ‘things to do’ tahun 2011 ni 😆
dah kampung jauh…8 jam tu
tapi skrg ni keretapi best – entah…selesa je tak de masalah
salam abg budin
memang lama menghilang, takut nak kacau bila dah lama bertapa tu..takut tengah tuntut ilmu kebal tak menjadi pula 😆
cubalah maza, bagi pengalaman untuk anak²
memang selesa balik dengan kereta sendiri tetapi pengalaman tu lebih berharga 😆
tempat duduk biasa pun selesa – ada aircon juga. bila boring boleh jejalan dari hujung ke hujung 😆
kena cuba ni…. dah naik baru tau mcm mana
tapi seat tempat duduk pun selesa…kalau boring boleh jejalan dari hujung koc ke hujung – 😆
kat Kedah, sabtu dah kena masuk asrama
kemudian dapat cuti mengejut hari Jumaat, dibawa ke hari Ahad..dapatlah rest sehari kat asrama bergossip dgn kawan²
kita kena tempuh saja – ini kehidupan. nak cakap takut, tak kan nak lari duduk kat planet pluto.
masing2 ada tanggungjawap – Insyaallah hari tu naik bas transnasional – lebih yakin sebab pemandu basnya lebih berdisiplin
kawan2 tu..depa rindu
hehehe…ada kot singgah cuma tak tinggal jejak je
radar kak jie leh kesan 😆
kena cuba baru tau…ada org best, ada org rasa pening, mabuk…bergantung pada diri masing² 😆
dia sambung tu..tahun lepas Tingkatan 4, tahun ni kena register utk Tingkatan 5
Pengambilan pelajar baru MRSM 2011 belum dibuat
Tahniah kepada ngah ..sejuk perut ibu yang mengandung ..
best ke naik keretapi?saya belum pernah lagi naik keretapi
haha…lama la sgt…haha…ptt la…ye tak ye gak…takdalah nak kena patah balik…lg pun susah la nek bus skg…nak turun duta ng bkt jalil jauh la plak…
salam tahun baru kakjie.. hehe, best kan bile jenguk2 blog ade bratus2 komen.. hoho, teringin nak rasa camtue gak.. teehee.. lama tak singgah..
Sekarang ni banyak betul kemalangan yang melibatkan kenderaaan awam.. Apa yang perlu ialah berhati2.. Kalau rasa driver bawa laju, tegurlah elok2.. Bukan kata nak mengelak takdir tp kita cuma beringat kan.
Sesi sekolah mula dah. Selamat maju jaya buat Angah. 🙂
setakat bu tak pernah agi ler naik keretaapi…huhuhu
8 jam perjalanan? pergh!!boleh tercabut pinggang. sib baik ada katil erk…
maza dan anak2 teringin nak balik kluang naik keretapi yg setakat ini kami belum pernah cuba lagi.. hehehhe
err… mahu ambil first kelas takut terkucil lah fulaks.. aderkkk
salam jie… lama tak buka blog…
tidur dalam keretapi enak macam tidur dalam buaaian?hehe
8 jam kak?huhuhu..
lame betul..dah lame rasenya tak naik keretapi lama2 macam tu..
dulu kecik2 klu naik keretapi tu, mmg gemar sgt lepak kat kantin dia..hehehe
alorhhhh.sedihnya tapi bestkannn
Heeee.seram gila.Tapi kawan saya kata train lagi selamat.kih kih kih
naik bas memang sentiasa berjam.lagi best naik malam2.ehhehe
saya tak pernah naik lagiiii.teringin lah.hik hik hik
Perghhh,tak pernah naik keretapi lagi.hik hik hik
wah.lengkap semua. biasanya travel tukar2 kenderaan ni memang penat. tapi mmg pengalaman tu 😀
Sejak balik ke malaysia, dah lama tak naik keretapi, dulu selalu gak, nanti nak kena try gak aa naik senandung langkawi ni… 😀 sekali sekala tukar cara bergerak menarik gak.
Best naik keretapi ni..semalam sy nmpk dengan mate kepale sendiri train terbakar tu time driving…time tu baru je jadi..cuak btul!
tak pernah lagi naik keretapi berjam-jam. pening, tapi naik bas takpe.
saya pun peah juga macam tu kakjie. hehe. best jugak ye hehe
saya pun peah juga macam tu kakjie. hehe. best jugak ye
ke utara pernah naik seat biasa.. ke Singapore merasa katil bawah tapi tetap tak selesa sebab baru lepas skciden… rasa remuk semua tulang.. huhu
ok… kotak komen telah diperkecikkan fontnya. cume placing kedudukan text nama, email dengan website tu macam tak kena jer. nak alter gak ke? kalau masukkan dalam table baru kemas ni.
Dah lama tak naik keretapi kali terakhir semasa ayah saya belajar di USM. Selalu naik keretapi dari KL ke Butterworth
kekeke…. erm.. mcm mana bercuti… kami tak tau bila nak pg langkawi plak. nak gak buat percutian keluarga. lame dah teringin.
Itulah..kalaulah kak jie dah baca berita tu
mau tido pun tak lelap
dah sampai rumah baru tau
tiap kali keretapi berhenti lama ( Ipoh & Tanjong Malim ) mesti terjaga…mcm buaian dah berhenti 😆
sy kalau blk semula suka dgn keretapi, tak perlu sampai ke KL
kalau dgn bas…kena berhenti kat R&R Highaway tu…susah
Tak dak salah pa aih…. ( lidah lum tukaq lagi ) 😆
Kak Jie pernah bercuti – naik kapalterbang ke Langkawi, kat sana sewa kereta…balik dengan bot dan sambung dengan keretapi….udara, darat, laut semua naik 😆
tinggal blog lama le juga…dari tahun lepas 😆
kak jie biasa naik keretapi kalau balik, sebab terus berhenti kat Rawang..kalau naik bas – kena ke KL
mcm jauh nak patah balik
sorry kak jie. tak sempat nak menghulurkan bantuan. amirul memerap. haha
kalau dapat seat katil memang enak untuk tidur!hee
Tahniah buat Angah..alhamdulillah.. 🙂
Wah…… naik keretapi!
Dah lama benar TIe tak naik, kali terakhir di Kelantan tika anak-anak masih kecil.
patut kak jie senyap jerk…pergi bercuti rupanya…hehe…naik kete api sekali jerk…dr kl sentral ke taiping…hoho…naik sorg2…nsb ada awek comel duk sblh…leh gak berborak…hehe
uihh!!!
baru tahu tentang berita ni…
memang selalu ulang alik dari Gurun-Kl dgn train ni…
8 jam perjalanan naik keretapi? nasib baik selesa tempat tidur. saya pernah naik keretapi, seat biasa. 12 jam dari johor ke ipoh memang boleh buat pinggang patah 😀