Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai
Percutian

Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

lokasi gunung jerai

Selesai  Majlis Graduasi Angah di Mrsm Merbok, saya dan anak-anak meneruskan percutian kami ke arah utara lebih kurang 24 kilometer sehingga sampai di kaki Gunung Jerai, Gurun , Kedah.

Terus memandu mendaki 12 Kilometer ke puncak  Gunung Jerai dengan perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan flora dan fauna di tanah tinggi. Memandangkan jalan agak sempit, ikutlah papan tanda yang ada seperti bunyikan hon di selekoh tajam.

bercuti di regency jerai hill resort

Lebih kurang setengah jam memandu sambil menikmati setiap perubahan persekitaran dari landskap tanah tinggi flora dikelilingi hutan simpan kekal, akhirnya kami tiba di satu-satunya tempat penginapan yang terdapat di puncak Gunung Jerai iaitu Regency Jerai Hill Resort.

The Regency Jerai Hill Resort dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah pada 18 Mei 2010.

harga bilik di gunung jerai

Terdapat 75 buah unit chalet di Regency Jerai Hill Resort dengan harga (Nov 2011) Bilik Superior (RM240), Bilik Deluxe (RM265), Bilik Premier (RM340), Bilik Eksekutif (RM390), Deluxe Eksekutif (RM440), Suite (RM560)
* Tidak termasuk 6% cukai kerajaan dan 10% cukai perkhidmatan.

Sekarang ada promosi harga istimewa sehingga 31hb Disember 2011 sempena ulangtahun ke-2 Regency Jerai Hill Resort. Bilik Deluxe yang saya tempah 2 minggu sebelumnya berharga RM 120 termasuk sarapan pagi untuk 2 orang.

Saya suka konsep bilik air yang unik, kemas dan bersih.

pemandangan di puncak gunung jerai

Antara sudut paling menarik di resort ini adalah bahagian  dengan pandangan yang luas, sayup mata memandang sawah padi yang seolah-olah tidak pernah berakhir dan pada satu bahagian yang lain,   pemandangan lautan luas yang berkilauan.

gambar pemandangan menarik di gunung jerai

Resort ini berada pada ketinggian 986 meter dari aras laut , dikelilingi hutan hujan tropika, persekitaran yang tenang dan udara yang segar dan sejuk mendamaikan.

Suhu tidak sesejuk Cameron Hinghlands atau pun Genting Highlands atau  tidak seluas Frasier Hill, tetapi angin bertiup agak kuat.  Petang hari pertama kedatangan kami, cuaca gerimis dan lembab tetapi tidak menghalang kami untuk terus keluar menjelajah sebaik saja check in.

Kata anak² saya, itu bukan hujan tetapi kabus yang mengandungi wap air.  Kalau kena, tak demam, mama.… alasan saintifik untuk bermain hujan.

tempat menarik bercuti di kedah

Mengabadikan kenangan dari salah satu sudut menarik yang terdapat di Gunung Jerai.  Sekeliling kawasan ini dipenuhi berbagai jenis pokok orkid.

restoran puncak kedah, gunung jerai

Kami sarapan dan makan malam di restoran Puncak Kedah.  Walaupun mengambil masa agak lama untuk mendapatkan hidangan, kami yang bersantai tidak pernah diam untuk berbual, bercerita, bergurau senda anak beranak, sehingga tidak terasa masa yang berlalu.

Saya selalu memotivasikan anak-anak supaya lebih bertenang dengan apa juga persekitaran dan jangan biarkan aura negatif tersebut meresap dan merosakkan saat-saat indah yang ingin kami tempuhi.

komunikasi anak remaja
Anak-anak remaja ini mudah lepaskan emosi mengkritik dan merungut tentang sesuatu yang tidak dapat dipenuhi dalam hidup ( contoh ketara di twitter dan facebook ) Kalau kita sebagai ibubapa tak cuba mengimbangi keadaan, memang akan menjadi seperti api disimbah minyak.

Saya sering berpesan secara terus di depan anak-anak supaya perkara-perkara negatif yang berlaku itu tidak meresap dan mengubah diri mereka sehingga menghilang nilai-nilai positif dalam kehidupan.  Contohnya memandu dengan dikuasai perasaan geram dan marah kerana tercabar atau diprovokasi oleh pemandu lain.

ketinggian gunung jerai
Yang penting, ada WIFI pada aras ketinggian ini!  Memandangkan anak-anak semakin remaja dan masing-masing sedang belajar di tempat yang berbeza, peluang untuk sesekali berkumpul perlu digunakan dengan perkara-perkara yang menyeronokkan.

Saya cuba mengurangkan keadaan dimana anak-anak remaja lebih berminat bersendiri dengan dunia mereka dan rakan-rakan sebaya berbanding keluarga.  Perbezaan usia , personaliti dan kecenderungan kadang-kadang menyebabkan mereka bertengkar, berselisih pendapat dan kerap kali menunjukkan kuasa ingin mendominasi dikalangan adik beradik.  Bagi saya, itu lebih baik daripada adik beradik yang nampak diam, baik dengan membuat hal masing-masing.

pemandangan dari atas gunung jerai

Bercakap, bergaduh, bersembang, berkongsi, bertekak lagi dan lagi dan lagi itu adalah satu bentuk komunikasi untuk saling memahami dan menghargai hubungan adik beradik.  Keadaan ini membentuk satu hubungan yang lebih mendalam kerana masing-masing tahu kelebihan dan kelemahan, sifat baik dan buruk adik beradik yang lain.

bunga lavender

huh……. banyak pula saya membebel kelaut jadinya. Tetiba boleh masuk silibus subjek lain. Mak-mak sungguh…dapat saja momentum untuk membebel, laju je keyboard diketuk. Maafkan saya ye…mak² memang suka selitkan berbagai cerita dalam satu topik.

Balik pada entri asal… hiks!

Gunung Jerai adalah salah satu tempat percutian hujung minggu yang sangat menarik dan mendamaikan juga berada di lokasi mudah untuk dikunjungi. Ada trek untuk berjogging, tracking atau menyewa basikal untuk menyusuri kawasan resort sendiri yang luas dan cantik.

Esok sambung entri menjelajah mengenali Gunung Jerai dengan lebih dekat bersama buggy ride. Ada cerita sejarah dan mistik.

Klik untuk baca kisah lanjut percutian ini  – Buggy Ride Gunung Jerai Menjelajah Cerita Mistik

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

51 thoughts on “Percutian Di Regency Jerai Hill Resort, Gunung Jerai

  1. saya pun pernah p dulu..tp tk la cantik mcm la..cuma ongkosnya bertmbah coz chalet makin canggih..

  2. dulu saya pernah ke Gunung Jerai tak ingat nama resort nya. Kami cuba cari air terjun tapi sesat dalam hutan. Dengar bunyi macam dekat tapi tak jumpa2.. teringat sekrang rasa takut pula. Semasa itu saya mengandung 4 bulan
    Jom terjah post menarik dari ciksembang ..Cara toskan kencing lelaki dan wanitaMy Profile

  3. Sekali dulu dah sampai . Tapi tersanagtlah lamanya hampir 24 tahun dulu,ikut rombongan sekolah.

  4. pernah sampai Gunung Jerai ni dlm tahun 2003.. Rasanya dulu tak secantik sekarang bila tengok pic kat atas tu… Tak pernah sampai lagi buat kali kedua walaupun kampung mentua dah dekat sgt dengan Gunung Jerai ni…

    suka bebelan K.Jie dalam entry ni.. Bukan bebelan kosong tapi penuh makna..
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..PAGE RANK DAH NAIKMy Profile

  5. Salam Aidiladha Kak Jie.
    Lama tak tinggal jejak di sini. Saya suka baca ‘bebelan’ kak Jie… penuh pengisian dan pengajaran. Teruskan ‘membebel’ ye kak Jie. 🙂

Comments are closed.